Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam goreng style mamak yang sangat sedap. Ayamnya kelihatan berwarna agak kemerah-merahan. Sudah semestinya, cita rasanya juga amat menyelerakan.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM GORENG MAMAK
BAHAN KISAR
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 inci halia
Ads
BAHAN LAIN
1 ekor ayam (belah 8 atau ikut suka)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar rempah kari ikan
Garam
1 sudu kecil serbuk lada
1 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, masukkan bahan kisar.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong-potong dan dibersihkan.
3. Masukkan tepung jagung, tepung beras, daun kari, rempah kari ayam dan ikan, garam, serbuk lada dan telur ayam.
4. Gaul semuanya sehingga sebati dan perap selama 1 jam.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ayam sehingga masak.
Orang lelaki ni bila masuk dapur dan masak, haa memang terangkat la bila makan. Sedap tak terkata! Lagipun sekarang ini, sudah ramai lelaki yang mula masuk dapur menolong isteri kan.
Kali ini, jom kita resipi Ayam Masak Kurma resipi daripada Umi Watie. Katanya, kalau abah yang masak, sampai ke kuah habis licin. Rupanya ada bahan rahsia yang abah bubuh. Jom kita buat.
1.Kisar bahan yang bertanda *. Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan di dalam kuali sampai wangi dan garing. Bubuh rempah kurma. Kacau-kacaukan supaya tak hangus.
2. Bila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan bahan rahsia iaitu daun bawang, daun ketumbar dan badam. Kacau lagi.
3. Bila semua bahan elok pecah minyak, masukkan ayam. Kacau-kacau. Bila air ayam dah sedikit kering, bolehlah masukkan air.
4. Sementara menunggu untuk kuah mendidih, Gaulkan semua bahan.
5. Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata. Bila kentang, lobak merah dan ayam dah elok masak dan empuk, bolehlah masukkan santan pekat. Biarkan kuah mereneh.
6. Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau-kacaukan lagi. Jangan biar dia hangus. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera masing-masing ya.
7. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Dah siap!
Enaknya kalau dapat makan Chicken Chop. Walaupun homemade, tapi kalau kena dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur dibuatnya. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari Che Nim ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga.
CARA MEMASAK CHICKEN CHOP HOMEMADE YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN CHICKEN CHOP: Kepingan ayam tanpa tulang (ayam chicken chop) Tepung bestari secukupnya – beli online disini Serbuk roti secukupnya – beli online disini Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam. Ayam tu boleh beli yang siap dipotong khas untuk Chicken Chop. 2. Salut ayam dengan tepung bestari kemudian perap selama beberapa jam.
3. Selepas beberapa jam diperap, salut pula ayam tadi dengan campuran tepung bestari dan serbuk roti berwarna oren hingga rata.
4. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng kepingan ayam tadi hingga garing keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. 5. Untuk sos, tumbuk bawang putih dan lada hitam. Tumis bahan tumbuk bersama mentega. 6. Bila sudah naik bau, masukkan sos prego. Tumis sampai mendidih. 7. Tambahkan sedikit air untuk dapatkan kepekatan sos yang anda suka. 8. Akhir sekali masukkan kicap manis dan cukup rasa. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api. 9. Untuk menyediakan coleslaw, parut kubis dan lobak merah halus-halus.
10. Tambahkan mayones denagn secukupnya. Gaul rata.
11. Hidangkan bersama Chicken Chop, kentang goreng dan juga sos.
Majalah masakan Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali yang pastinya menyajikan pelbagai resipi menarik kepada penonton. Berbeza dengan program masakan Rasa: Instafamous, kali ini Aunty Aini akan memasak serta berkongsi dapur bersama selebriti dan instafamous terkenal, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam dikalangan peminat di Instagramnya.
Norzaini Abdul Hamid, atau lebih mesra dengan panggilan Aunty Aini; tentunya sudah ramai yang mengenali wanita hebat ini. Kehebatannya dalam bidang masakan pastinya bukan biasa-biasa. Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Martin Yap adalah antara chef-chef tersohor yang pernah berkunjung ke restoran miliknya; Aunty Aini’s Garden Café yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Dalam program mereka, Aunty Aini begitu bersahaja memasak sambal berkongsi pelbagai petua memasak masakan Melayu. Malah dia langsung tidak ‘canggung’ berkongsi dapur dengan chef-chef hebat yang punya program memasak sendiri yang sememangnya popular serata dunia.
Manakala, Adam yang merupakan finalis rancangan realiti masakan, kini mempunyai 361,000 pengikut di laman Instagramnya, yang dipenuhi dengan gastronomi menyelerakan sehingga membuatkan ramai tertunggu-tunggu menu baharu yang akan dimuat naik ke akaun miliknya itu. Siapa sangka Adam yang pada mulanya tidak pandai memasak sebelum ini, menemukan cinta dalam bidang kulinari kira-kira lima tahun lalu selepas terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Menurut jejaka kelahiran Kelantan berusia 28 tahun ini, minatnya yang mendalam dalam bidang masakan turut mendorongnya untuk mengikuti kursus intensif pendek selama enam bulan di institusi pendidikan hospitaliti terbesar dunia, Le Cordon Bleu di London, UK. Adam juga merupakan bapa saudara kepada trio yang pernah tular kerana bertutur dalam dialek Kelantan biarpun menetap di Birmingham, UK.
Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan bermula 29 Oktober 2018, setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Disini kami kongsikan resipi-resipi yang disediakan oleh Aunty Aini dan Adam dalam episod pertama program masakan Rasa: Ketuhar Kuali..Selamat mencuba!
1. JEJARI AYAM BERSAMA SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
2. MAC & CHEESE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
3. SANDWICH TAT TELUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!