Asyik dengan menu lauk pauk, ini RASA kongsikan dua menu sayur kampung yang dari dulu sampai sekarang diminati. Ia tidak pedas dan sesuai juga untuk anak-anak. Kepada sesiapa yang ingin mencuba ini resipinya, sangat mudah disediakan tak sampai 20 minit ye…

Sayur Lemak Putih Paling Sedap & Ringkas, Kena Cuba Ni!

KUBIS BULAT MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 350gm kubis |dihiris nipis
  • 1 ulas bawang merah | dihiris
  • 1 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji cili hijau | dihiris
  • 10gm suhun | direndam
  • 10gm fucuk |direndam
  • 1 helai daun kunyit | dihiris
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Campurkan air bersama santan dan panaskan menggunakan api sederhana.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili dan daun kunyit. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan kubis yang telah dihiris nipis. Masak sehingga lembut.
4. Akhir sekali, masukkan suhun, fucuk dan sedikit garam. Kacau sekata dan biarkan mendidih seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Sayur Lemak Putih Paling Sedap & Ringkas, Kena Cuba Ni!

IKLAN

PUCUK MANIS KELEDEK MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:

  • 450gm pucuk manis
  • 2 biji keledek |potong kiub
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 1 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 biji cili merah | dibelah dua
  • 1 biji cili hijau | dibelah dua
  • 1 helai daun kunyit | dihiris
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Campur air bersama santan dan panaskan di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan daun kunyit.
3. Apabila mendidih, masukkan keledek dan biarkan sehingga lembut.
4. Kemudian masukkan pucuk manis dan perasakan dengan garam secukupnya. Bairkan sayur masak sepenuhnya.
5. Sedia untuk dinikmati.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI