Anda yang suka makan ulam mahupun salad segar dari sayur-sayuran dan buah-buahan mentah, wajib baca info ni ye. Walaupun ada sebahagiannya lebih baik diambil mentah tetapi kena ingat ada beberapa jenis darinya berbahaya jika tidak dimasak lebih dahulu.
Nak tahu, ini antaranya:
Kentang
Ads
Kentang adalah sayuran ubi yang popular dijadikan sebagai hidangan makanan ringan. Tetapi mengambil kentang mentah boleh menyebabkan kembung, gangguan penghadaman, sakit kepala dan mual. Kerana kentang mentah mengandungi racun Solanian. Sebaiknya rebus, panggang atau masak kentang adalah cara terbaik jika ingin memakannya.
Kekacang
Kacang merupakan makanan sangat sihat dan kaya dengan sarat, protein dan antioksidan. Tetapi jika diambil mentah ia boleh sebabkan anda berasa sakit perut dan mungkin muntah atau cirit birit. Ini kerana sebahagian kekacang mengandungi enzim yang menyebabkan gangguan pencernaan.
Brokoli
Ads
Brokoli adalah sayuran yang kaya nutrisi dan kaya dengan manfaat kesihatan. Namun, brokoli mentah mengandung gula yang sukar dicerna dan boleh menyebabkan masalah penghadaman. Gula dalam brokoli ini akan lebih mudah dicerna jika dimasak terlebih dahulu.
Cendawan
Ads
Cendawan jika dimakan mentah, ia dibimbangi masih mengandungi mikroorganism yang boleh menyebabkan sakit perut dan keracunan makanan. Oleh itu wajib masak cendawan sebelum memakannya.
Ok, dah tahukan, jadi masak dulu makanan ini sebelum dimakan untuk mengelakkan risiko keracunan . Semoga info ini bermanfaat untuk semua.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
SAMSUNG CAMERA PICTURES
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Tauhu telur memang enak dimasak dengan pelbagai cara masakan. Ada yang letak dalam sup, masak sambal, masak sos tiram dan sebagainya. Tapi teksturnya yang lembut kadang-kala menjadikan tauhu ini hancur dan nampak tak cantik apabila dihidangkan.
Menerusi perkongsian Puan Nor Azua Amlan, bagi mengelakkan tauhu telur hancur, sebelum dimasak salutkan hirisan tauhu dengan tepung gandum. Kemudian goreng seketika. Angkat dan toskan minyak. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa masing-masing.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Husna Azlan telah berkongsi tip yang sangat berguna untuk semua yang ingin masak ikan. Ini kerana dia berkongsi petua untuk hilangkan hanyir pada ikan. Masak ikan kalau masih ada bau hanyir, memang sangat tak best, kan?
Jom kita baca apa petua daripada Husna.
1. Orang dulu, kalau nak hilangkan bau hanyir ikan, mereka akan letak gandum, limau, cuka atau garam kasar. Rasa ikan lepas dimasak pun best berbanding kalau dibasuh biasa tanpa diletak apa-apa pada ikan.
2. Satu lagi cara adalah gunakan daun pokok jambu batu. Ambil beberapa helai daun jambu ikut pada jumlah ikan yang hendak dimasak. Kemudian basuh dan ramas daun jambu itu. Ramas dalam air. Kemudian rendam ikan dalam air ramasan daun jambu itu. Gosok pada ikan. Bilas ikan. Kemudian masak macam biasa.