Sambal ikan kelapa makan dengan nasi impit. Selain makan dengan kuah kacang, ini cara orang pantai timur menikmati nasi impit atau dipanggil juga nasi kapit.
Dicicah dengan sambal ikan kelapa, hidangan ini mungkin agak kering tapi rasanya memang sedap sekali. Lagi enak kalau kedua bahan ini dibungkus dalam daun pisang, aromanya makin sedap.
Bagi yang teringin nak merasa keenakan sambal ikan kelapa ini boleh buat sendiri ikut resipi ini.
Ads
Resipi sambal ikan kelapa
Bahan-bahan
4 ekor ikan selayang/kembung
1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk atau kisar
3 keping asam keping
1 sudu garam
Bahan tumbuk/kisar
3 biji bawang merah
1/4 inci halia
2 batang serai dihiris nipis
1 keping gula melaka – tumbuk
1/2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat
1. Rebus ikan dengan 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dengan air separas ikan.
2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air supaya tidak berbau hanyir.
3. Tumbuk atau kisar bawang merah, halia dan serai hingga lumat.
Ads
4. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yang sudah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka.
5. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing.
Sedia dimakan dengan nasi impit. Sambal ini juga boleh dimakan bersama nasi dagang.
Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni.
SAMBAL HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
2 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
Tapis dan buang airnya.
Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
Resipi Sambal Kicap ni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam ni. Oh ya, ada petua tau supaya Sambal Kicap ni tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.
CARA MEMASAK: 1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.
3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
INFO:
Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja. Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut . Petua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.
Makan tanpa sambal rasa tak lengkap hidangan. Jom hari ni kita buat sambal yang membuka selera. Sambal hijau dan sambal ayam penyet ni enak dimakan dengan ikan goreng dan ayam goreng. Gerenti bertambah nanti.