Sambal Hitam Pahang ini memang cukup popular di negeri Pahang Darul Makmur. Ramai yang suka makan Sambal Hitam Pahang ini terutama ketika di bulan Ramadan, sebagai pembuka selera. Kalau hendak beli boleh tahan juga harganya. Apa kata kita cuba buat sendiri mengikut resipi Koleksi Resipi Puan Sharifah Shaari
RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1 semangkuk ikan bilis, dibersih dan dicuci –BELI ONLINE 1/2 mangkuk asam belimbing (belimbing buluh) direbus 1 1/2 genggam cili padi –BELI ONLINE 2 sudu penuh gula-BELI ONLINE 1 1/2 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah, dimayang nipis. Bawang boleh juga ditumbuk bersama cili.
Nota: Semua bahan adalah anggaran sahaja. Boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesukaan masing-masing.
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili padi dan apabila lumat masukkan belimbing dan tumbuk lagi.
Ads
2. Masukkan ikan bilis dan tumbuk manja. Jangan sampai terlalu hancur.
3. Gaul sebati dengan cili dan belimbing tadi.
4. Panaskan kuali dan tuang minyak 1 cawan dan goreng bawang hingga layu.
Ads
5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau. Masukkan gula. Tambah minyak kalau perlu.
6. Kacau selalu.
7. Apabila garing sedikit, angkat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk pauk yang lain. Selamat mencuba.
Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
Belacan – banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat – perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi – ambil jus
2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
Ikan goreng
Ubi kayu
Tempe goreng
Ayam goreng
5 Bahan Rempah Utama:
Bawang putih – banyak
Kunyit hidup – 2 inci
Jintan putih
Ketumbar
Garam himalayan atau sea salt
Cara mebuatnya:
Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Tambahan
Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Cara Untuk Menggoreng Ayam
Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu
Kredit: SurayaMsyed
Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Mak Pesan
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.
Sumber/Foto: Mai Mgnesium / Viralkami
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hanya dengan modal yang kecil, puan-puan dapat menghasilkan sos Sweet Chilli Thai homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat sedap dan boleh jimat banyak. Ada rasa pedas, masam dan manis. Sesuai sangat kalau guna untuk cicah keropok, ayam bakar, udang, sotong celup tepung, kerang rebus dan macam-macam lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah ni. Pasti puas hati.
RESIPI SOS SWEET CHILLI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah
5 biji cili padi
13 ulas bawang putih
1 cawan gula organik – boleh guna gula biasa
1 sudu makan garam pink
1 sudu makan cuka
Sos ikan secukupnya – boleh abaikan
1 sudu tepung jagung untuk memekatkan sos
CARA MEMASAK: 1. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang putih yang dipotong kasar ke dalam pengisar.
2. Kisar tanpa air. Pastikan tidak kisar terlampau halus kerana kita mahukan kepingan cili yang sedikit kasar.
3. Dalam periuk bersesuaian, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.
4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.
5. Masakkan atas api sederhana besar hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.
6. Tunggu sos sehingga sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.
7. Sedia untuk dinikmati. Mudah buat, sedap dan lebih jimat.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!