Lidah orang melayu ni memang dah sebati dengan sambal-sambal yang pedas. Bila sampai waktu makan nasi, mesti hendak cari sambal untuk digaul bersama. Dah selalu sangat makan sambal belacan, sambal ikan bilis, sambal udang, sambal ayam, sambal terung pipit, sambal itam belimbing buluh dan macam-macam lagi lah.

Kali ini RASA nak kongsikan resepi dari penulis blog Afiqah Syamin yang import resepi terus dari Jawa. Resipi sambil kering mudah dari mantan bibik Afiqah sendiri. Ramuan sambalnya mudah sahaja, tapi kalau dimakan dengan nasi tanpa lauk lain pun dan cukup sedap! Senang kata, sambal ni memang ‘berhantu’.

Bahan:

Must Try! Resepi ‘Sambal Rangup Bibik’ Untuk Orang Yang Malas Masak

  • Tempe
  • Suun (glass noodle)
  • Kacang Tanah
  • Tauhu kembung
  • Cili api, diracik
  • Kicap jenama ABC
  • Garam secukup rasa

Cara:

Must Try! Resepi ‘Sambal Rangup Bibik’ Untuk Orang Yang Malas Masak

1. Tak perlu merendam suun. Pastikan minyak dalam kuali benar-benar panas lalu gorengkan suun sehingga menjadi kerinting seperti di dalam gambar.

2. Goreng sedikit demi sedikit seperti keropok, kerana jika anda goreng terlalu banyak bersama dikhuatiri akan jadi berbuku dan ada bahagian yang tidak masak. Pastikan juga anda menggoreng secara minyak penuh. Toskan dan letak tepi.

3. Kemudian hiris pula tempe ikut cara tersendiri. Seperti penulis, penulis potong tidak terlalu nipis dan tidak juga terlalu tebal. Goreng garing dan toskan.

4. Setelah itu gorengkan kacang tanah. Toskan dan letak tepi.

IKLAN

5. Goreng tauhu kembung dan hiris. Letak tepi.

6. Panaskan minyak baru dalam kuali bersih untuk mulakan proses memasak sambal.

7. Sementara menunggu boleh hiriskan cili. Jika memang benar mahu pedas, boleh racik ia halus-halus jika tidak, hiris tebal supaya ia kelihatan dan boleh diasingkan sewaktu makan nanti.

8. Tumis bawang merah hingga naik bau… masukan bahan yang trlah digoreng tadi; tauhu, tempe, kacang tanah dan suun. Gaul hingga sebati.

9. Taburkan hirisan cili dan gaul lagi.

10. Masukan kicap abc, lalu taburkan secubit garam. Gaul dan cuba rasa kalau-kalau ada yang kurang.

IKLAN

Siap dan boleh makan dengan nasi panas-panas sekarang!

 

Must Try! Resepi ‘Sambal Rangup Bibik’ Untuk Orang Yang Malas Masak

10 Khasiat Makan Tempe

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi,
mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.– nak elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan
tekanan darah.– elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas,
baik bagi penderita jantung. – yang sakit jantung pun bagus

IKLAN

4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana
kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin
B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe
.– untuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe
mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe
(R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe
bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.– alternatif kalau tak larat
makan oat.

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. – harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi)
beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif.
– menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. – elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.
– haaa, x yah beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe
dah memadai.

Share resepi: www.wanista.com / tempegorengrengginang.blogspot.my

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI