Adakala selera kita dah tak mampu nak menghadap makanan berlemak santan, berminyak, dan berkuah. Mulalah rasa macam nak cari sambal. Nak makan lauk yang kering-kering kan. Jangan bimbang, sambal getuk berapi pasti membuka selera.
Resipi ini memang paling mudah. Guna empat bahan asas yang memang ada di dapur sahaja. Tapi, tak sedar nasi dah habis sepinggan.
Sedap tak terkata. Makan dengan nasi panas, telur mata, dan kicap, memang syahdu. Jom cuba perkongsian resipi daripada Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas ini. Mudah sahaja cara membuatnya.
Sedapnya Sambal Bilis Belimbing Buluh ni. Menu ringkas yang sangat membuka selera. Nak buatnya pun tidak susah malah tidak menggunakan banyak bahan. Cubalah resipi perkongsian saudari Nanie Rosnani ni. Pasti makan sampai bertambah-tambah nasi di pinggan.
CARA MASAK SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN: Ikan bilis (beli online disini) 2 biji cili merah dan cili padi secukupnya– jumlahnya boleh sesuaikan dengan kepedasan yang disukai 4 biji bawang merah (beli online disini) Belacan secukupnya– jika suka (beli online disini) Belimbing buluh secukupnya – hiris bulat. Jika suka masam, boleh lebihkan jumlahnya Petai – hiris Garam dan gula secukup rasa Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Ikan bilis dibersihkan. Kemudian tumbuk bersama cili merah, cili dan belacan. Boleh tumbuk kasar atau halus ikut cita rasa.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
3. Kemudian masukkan hirisan belimbing buluh dan juga petai.
4. Tumis hingga garing dan bahan tumisan menjadi pecah minyak.
5. Perasakan sambal dengan garam serta gula dengan secukupnya. 6. Sambal Bilis Belimbing Buluh siap dan sedia untuk dinikmati.
Sambal tempe bilis dan kacang ini antara sambal kegemaran ramai, bukan orang Jawa saja suka. Sambal ini boleh jadi lauk tapi ratah pun sedap. Sebab itu kalau masak kena buat banyak terus, takut tak sempat jadi lauk semua diratah.
Untuk buat sambal tempe ikan bilis dan kacang boleh ikut perkongsian Sharinaz Redwan. Sambal ini katanya boleh tahan lama hingga dua bulan jika betul cara masaknya.
Kalau resipi sambal balado dari Indonesia semestinya menjadi kalau dicuba! Macam resipi sambal balado ni yang dikongsikan Mazliana Mazlan di Facebooknya. Kalau korang peminat sambal gerenti nak cuba resipi ni, simpan resipi ni elok-elok sebelum menyesal nanti. Padu katanya sambal ni, boleh buat simpan stok kat rumah. Jom cuba resipi ni sekarang.
SAMBAL BALADO INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan
hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
CARA PENYEDIAAN:
Kisarkan kesemua bahan kecuali gula, garam, dan minyak.
Kisarkan jangan terlalu lumat, pastikan nampak serdak cili tu.
Panaskan minyak.
Masukkan bahan kisar tadi masak sehingga kering untuk tahan lama.
Masukkan gula dan garam sesuai rasa.
Dah siap! Boleh simpan dalam bekas dan letak di bahagian chiller bukan sejuk beku boleh tahan dua minggu.