Sambal butter atau dikenali sebagai crispy chilli & garlic compound butter adalah sapuan alternatif untuk mereka yang menggemari hidangan roti bakar, selain menggunakan garlic butter, jem atau kaya.

Kalau garlic butter kita dah rasa sedap, sambal butter ini lagi enak kerana ada gabungan lemak mentega, bawang putih rangup dan juga pedas dari kepingan cili.

Ia bukan saja boleh dimakan dengan roti, tapi dipelbagaikan kegunaannya. Boleh sapu pada ayam panggang, ikan bakar, sayur panggang dan juga digunakan dalam hidangan pasta.

Resipi sambal butter, sapuan pelbagai guna

Sambal Butter, Sapuan Serba Guna. Boleh Makan Dengan Roti, Ayam Bakar & Pasta

Bahan-bahan

2 ulas besar bawang putih -dicincang halus
1½ – 2 sudu besar chilli flakes
½ blok mentega masin (sekitar 125g) -dilembutkan
Sedikit minyak zaitun

Sambal Butter, Sapuan Serba Guna. Boleh Makan Dengan Roti, Ayam Bakar & Pasta

Cara Penyediaan

1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali kecil.

Ads

2. Tumis bawang putih hingga keemasan dan beraroma.

3. Masukkan serpihan cili, kacau sebati, dan segera matikan api.

4. Dalam pemproses makanan, gabungkan mentega lembut dengan campuran bawang putih dan cili.

Sambal Butter, Sapuan Serba Guna. Boleh Makan Dengan Roti, Ayam Bakar & Pasta

Ads

5. Kisar hingga semua bahan bercampur rata.

6. Pindahkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk atau bekukan untuk kegunaan kemudian.

Cara penggunaan

Sambal Butter, Sapuan Serba Guna. Boleh Makan Dengan Roti, Ayam Bakar & Pasta

Ads

Roti Bakar: Sapu pada roti bakar panas untuk sarapan yang menggoda.

Pasta: Gaulkan dengan pasta panas untuk rasa yang kaya dan pedas.

Daging Panggang: Letakkan di atas steak atau ayam panggang sejurus selepas dimasak.

Sayur Panggang: Campurkan dengan sayur-sayuran panggang untuk menambah rasa.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Kredit resipi & foto: Nur Aisyah

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI