Jom cuba buat Sambal Bilis Kering yang sedap ni. Ramai yang suka makan sambal, sama ada jenis sambal basah berkuah atau sambal kering. Tapi kalau buat Sambal Bilis Kering rangup ni, makan memang tak berhenti. Berhantu betul sebab boleh juga sedap ratah macam tu saja.
Menerusi perkongsian daripada Sara Long, Sambal Bilis Kering ini menjadi kegemaran mereka suami isteri. Malah lebih menarik, sambal mampu bertahan 3 bulan di luar dalam masih elok rangup dan tak rosak.
RESIPI SAMBAL BILIS KERING YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg bilis (kalau nak sedap, cari bilis yang nipis) – beli online di sini 300gm cili kering gemuk (tak pedas) – beli online di sini 150gm cili kering pedas (kalau nak pedas, letak banyak mana anda nak) 2 ketul pati bilis knorrs 250gm bawang goreng Gula halus @ kisar je gula biasa – beli online di sini Garam – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Cuci bilis dan toskan. Goreng sampai garing. 2. Basuh cili kering dan toskan. Masak guna air fryer sampai rangup. 3. Dah masak, tumbuk-tumbuk atau patah-patahkan. Nanti toskan guna jaring nak buang biji-biji cili.
Ads
4. Kisar kering sampai jadi chili flakes. Pakai sarung tangan dan pelitup muka ya, nanti terbatuk menangis-nangis kena habuk cili. 5. Panaskan 3 sudu minyak masak. Masuk pati bilis kacau sampai hancur.
6. Masuk cili kisar tadi, gula, garam. Kacau-kacau sampai sebati. Guna api kecil, nanti hangus cili dan akan rasa pahit. Kacau dalam 5 minit je, kemudian tutup api. 7. Masuk bilis dan bawang goreng. Gaul-gaul sebati. Rasakan cukup masin manis semua tu. Kalau nk tambah tempe/ kacang pun boleh. Goreng sampai garing dulu, kemudian masukkan semua dan gaul-gaulkan.
Sambal Tempe Hancur sedap untuk dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih. Kalau malas masak banyak lauk, kita kena sediakan makanan yang sedia untuk dimakan seperti Sambal Tempe Hancur ini. Nak buat pun senang sangatlah. Jom kita cuba resipi Sambal Tempe Hancur seperti yang dikongsikan oleh Asmida Asman
Tengok gambar je sudah terliur. RASA kongsikan resipi cabai picit utara yang dikongsikan oleh Juwe Soh Juwe dalam facebook group Rasa Share Resipi. Sedap dimakan dengan ulam celur atau ikan bakar. Jom tengok!
CABAI PICIT UTARA
BAHAN SAMBAL
Cili padi (dipotong)
Air asam jawa
Belacan
Garam
Sedikit gula
Sedikit air
1 ekor ikan kembung (dibakar)
1 biji limau kasturi
CARA MEMBUAT
1. Cili padi, air asam jawa, belacan, garam, gula dan sedikit air disatukan dan dipicit-picit.
2. Perisikan ikan kembung. Masukkan dalam bahan tadi. Kemudian dipicit lagi.
3. Belah dua limau kasturi dan perahkan dalam sambal.
Sambal pemecah selera makan, malah ada juga orang berkata, takda sambal makan tak lengkap. Sebab itulah di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu sambal wajib ada dalam menu makan tengahari ataupun malam. Kalau bukan sambal yang bertumis, sambal yang tidak perlu masak pun dah ok. Kalau nak cuba, ini ada enam koleksi sambal mantah boleh korang cuba.
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah
10 biji cili hijau
15-20 biji lada Thai merah
6 biji limau kasturi dibuang bijinya
½ keping belacan
3 sudu cuka
3 sudu makan udang kering
½ biji lemon ataupun limau nipis
100 ml air
Garam dan gula
CARA MEMASAK:
Bakar belacan terlebih dahulu
Masukkan limau kasturi yang telah dibelah ke dalam kuali, layukan sehingga 5-8 minit untuk membuang rasa pahit limau kasturi.
Selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pada api sederhana besar selama 3-4 minit untuk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
4.Kemudian masukkan ke dalam blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
5.Masukan air perahan lemon, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman.
SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1biji mangga muda
1 sudu makan gula merah
5/6 biji cili padi | pedas ikut kesukaan
1/2 sudu teh garam
1cm belacan bakar
CARA MEMASAK:
Bersihkan mangga dan cencang atau parut halus atau mengikut kesukaan
Tumbuk, cili pada bersama gula, garam dan belacan hingga lumat.
Masukkan ke bekas dan gaul bersama mangga tadi. Pastikan semuanya sekata.
Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah
10 biji cili hijau
15-20 biji lada thai merah
6 biji limau kasturi dibuang bijinya
½ keping belacan
3 sudu cuka
3 sudu makan udang kering
½ biji lemon ataupun limau nipis
100 ml air
Garam dan gula
CARA MEMASAK:
bakar belacan terlebih dahulu
Masukkan limau kasturi yang telah dibelah ke dalam kuali, layukan sehingga 5-8 minit untuk membuang rasa pahit limau kasturi.
Selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pada api sederhana besar selama 3-4 minit untuk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
Kemudian masukkan ke dalam blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
Masukan air perahan lemon, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman.
SAMBAL CENDALUK
BAHAN-BAHAN:
1/2 botol cencaluk
6 – 10 biji bawang kecil
10 biji cili api merah | kalau suka pedas boleh tambah
5 biji cili api hijau
5 biji lima kasturi
CARA MEMASAK:
Hiris halus semua cilipadi dan bawang
Dalam mangkuk, masukkan cencaluk dan campurkan hirisan cilipadi dan bawang.
Perahkan air limau kasturi. Kalau kurang masam, boleh tambah limau. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.
SAMBAL MERAH CIBIUK
BAHAN-BAHAN :
20 biji cili padi merah
3 biji cili merah | hiris
4 biji bawang merah hiris
1 ulas bawang putih | hiris
1cm kencur | hiris
4 biji tomato | dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kencur bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidangkan.
SAMBAL LASANA BAHAN-BAHAN:
15 cili padi
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kencur
1 genggam daun kemangi | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
Kemudian masukkan daun kemangi, garam dan gula secukup rasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!