Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Menerusi perkongsian petua daripada saudara Mohd Amri, dia menggunakan teknik tanaman secara gantung dan hasilnya sangat mengagumkan. Cili tumbuh dengan segar, saiz besar dan panjang-panjang.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam.
Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.
Ads
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan:
1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini. 2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.
3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman yang lalu, penggunaan baja organik lebih melembutkan tanah berbanding dengan menggunakan baja cecair. Lama-kelamaan, tanah menjadi lebih keras. Baja tu, pilihan masing-masing. 4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.
5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik. 6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit-sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal-mahal kan. Agak-agak jela ya.
Ads
Inilah namanya cabang Y. Boleh rujuk video saya di link untuk jadikan pokok macam ni.
Itu sahaja teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua gembira dengan tanaman masing-masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Ikan celup tepung memang sedap. Kena pula ikan segar, memang terasa manis isinya! Bila buat secara homemade, kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung yang betul tu agak susah. Ada kalanya, ikan kelihatan rangup semasa baru angkat, tapi lepas tu, dah lembik. Tak sedap la kan? Jom cuba petua perkongsian saudari Nor Syahidah ni. Nampak sedap!
BAHAN-BAHAN:
Tepung beras secukupnya – ikut jumlah ikan
1 biji telur – jika guna ikan banyak, tambah jumlahnya
Serbuk kunyit
Kapur makan
Garam secukup rasa
2 @ 3 ketul ais – bergantung kepada kepekatan tepung
CARA-CARA:
1.Satukan tepung dan telur. Gaul sebati.
2.Dalam bekas berlainan, satukan kapur makan, serbuk kunyit dan air. Adun sebati.
3.Tambahkan garam dengan secukup rasa.
4.Akhir sekali, tambahkan ais. Gaul rata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5.Bolehlah celup ikan dan goreng hingga masak. Hasilkan kerak ikan celup tepung anda akan jadi lebih halus dan lebih rangup.
Ikan Salmon kaya dengan Omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan. Kini semakin ramai orang menggemari menu salmon yang sedap dan dianggap mewah ini. Kepada anda yang ingin membeli dan memasak salmon secara homemade, jangan risau berikut RASA kongsikan beberapa tip mudah membeli dan cara memasaknya sekali supaya segala kebaikan Omega-3 boleh dimanfaatkan sepenuhnya.
Pilih Salmon Segar
Jika ingin terus memasak, anda boleh terus beli salmon segar. Sampai rumah terus perapkan dengan bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk sementara menunggu masa untuk dimasak.
Tambah Rempah Ratus Sebagai Penambah Rasa.
Tidak kira kukus atau panggang, sebaiknya gaulkan dengan sedikit garam, lada hitam dan rempah ratus atau sos sebelum dipanggang, digoreng atau dikukus. Isi salmon juga enak dihidangkan bersama pasta,campuran dalam salad atau dijadikan inti untuk sandwich.
Masak hanya 6-8 Minit.
Apapun cara anda memasak salmon, sebaiknya jangan lebih dari 6-8 minit, tujuan untuk mengekalkan kandungan zat dan memberikan rasa yang lazat. Jika dipanggang, sebaiknya selepas tiga minit segera terbaikkan. Jika dimasak dengan kuah, masukkan salmon selepas kuah menggelegak.
Frozenkan Jika Belum Sedia Digunakan.
Apabila anda membeli salmon dan tidak bercadang untuk menggunakannya terus, sebaiknya simpan di dalam freezer, kemudian letakkan di dalam peti sejuk biasa bila ingin memasaknya. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesegaran ikan salmon.
Menikmati minuman seperti lemonade sangat menyegarkan terutama ketika cuaca panas. Tetapi, anda dapati ada sedikit rasa pahit di dalam minuman lemonade tersebut. Kemungkinan besar penyebabnya adalah dari lemon itu sendiri. Demikian juga dalam beberapa masakan, campuran lemon atau parutan kulitnya membuat rasa masakan pahit.
Terdapat tip untuk mengatasinya:
kredit: www.misslizzy.me
1. Jika anda merasa pahit pada hidangan bersos akibat penggunaan lemon, tambahkanbeberapa cubit garam kemudian kacau. Garam mampu meneutralkan rasa pahit. Masukkan sedikit demi sedikit hingga rasa pahit hilang.
kredit: mychefstoolbox.com.au
2. Untuk hidangan makanan lain yang kuahnya lebih pekat, anda boleh menghidangkannya dalam keadaanmasih panas atau suam agar rasa pahit tidak begitu ketara. Suhu panas boleh membuat rasa pahit tidak dapat dikesan. Ini yang membuatkan kopi panas tidak terlalu pahit rasanya dibandingkan kopi sejuk.
kredit: drhealthbenefits.com
3. Jika anda akan membuat minuman daripada lemon, pastikan anda hanya menggunakan isi buahnya sahaja. Buang biji dan bahagian kulit yang berwarna putih, kerana bahagian itulah yang membuat lemon terasa pahit.
Jadi lepas ni bolehlah hasilkan minuman atau hidangan yang lebih enak dan bebas rasa pahit lemon. Selamat mencuba!