Ketiadaan bazar dan gerai jual lemang sudah cukup menyukarkan nak beli lemang. Iya lah nak membakarnya tentu rumit lagi lah pulak kalau dok apartment atau rumah flat, memang mustahil lah jawabnya.
Tetapi usah risau sekarang ni bukan aje dah ada trend masak lemang kukus guna cawan dan ada juga guna tin, tetapi Rozaini Razali punya caranya tersendiri memasak lemang dengan lebih pantas dan lengkap menggunakan buluh betul sekali.
Apa rahsianya, ya Rozaini menggunakan periuk tekanan tinggi @ pressure cooker untuk memasak lemang cara mudah dan pantas. Bila memasak gunakan buluh dan daun pisang lebih terasa asli aroma dan rasanya. Set 30 minit dah siap.
Ads
Jom ikut resipi ini tapi kalau nak buat 1kg lemang macam Rozaini gandakan aje jumlah sukatannya.
LEMANG PRESSURE COOKER
BAHAN-BAHAN :
Ads
1/2kg beras pulut | cuci bersih dan tapis
2 kotak santan kecil
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
CARA MEMASAK : 1. Masukkan empat sudu beras pulut dalam setiap buluh (lebih kurang separuh dalam bulu)
2. Tuangkan santan yang sudah dicampur dengan air/garam dan minyak masak (paras santan biar tenggelam aje beras pulut tu) ke dalam buluh yang sudah berlapis daun pisang di dalam. 4. Paras santan dan beras pulut dalam buluh lebih kurang 3/4, jangan letak sampai penuh.
5. Susun dalam periuk ( buluh potong pendek biar muat dalam periuk), Rozaini tuangkan secawan air dalam inner pot tu. 4. Kemudian tekan 30 minit, dah siap.
Tip : Masa dah tuangkan santan, gunakan lidi gaulkan sedikit bagi santan turun dan sekata, hentak-hentak manja aje. Buluh sekarang dah ada jual secara online. Order aje, bukan senang nak cari buluh ni.
Daging dendeng ni sebenarnya ada banyak versi. RASA bawakan resipi yang paling mudah. Tak perlu banyak rempah-ratus.
DENDENG DAGING
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (rebus lembut)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil biji ketumbar
BAHAN-BAHAN
800 gram daging
Kicap manis
Minyak masak untuk menggoreng
6 biji bawang merah kecil
Sedikit asam jawa
Cara Penyediaan Daging
1. Daging direbus lembut. Potong nipis dan tumbuk satu-satu dalam lesung batu. Kemudian perapkan dengan kicap manis dalam tempoh 10 minit. Goreng agak-agak garing sikit. Angkat dan ketepikan.
Cara membuat
1. Hiris bawang merah kecil dan goreng untuk dijadikan bawang goreng. Ketepikan.
2. Tumis semua Bahan Kisar dengan minyak goreng daging tadi. Minyak agak-agak macam masak sambal biasa.
3. Tumis sampai naik minyak. Masukkan kicap manis dan asam jawa sikit. Seimbangkan manis, masin, masam ikut selera masing-masing.
4. Nak berkuah sikit boleh tambah air.
5. Selepas tumisan naik minyak, boleh masukkan daging dan kacau sebati.
6. Tutup api dan tabur bawang goreng tadi.
Sedapnya Kuih Kaswi / Kosui Gula Merahni. Lembut, lemak manis dan makan pula dengan kelapa parut, memang buka selera. Bagi anda yang nak cuba belajar buat kuih ni, resipi Kuih Kaswi Gula Merah perkongsian saudari NorDiana Mat Desa ni antara yang terbaik yang boleh dicuba. Resipi ni memang lembut dan bergoyang. Bila dah sejuk pun masih lembut. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH KASWI / KOSUI GULA MERAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum – beli online disini 1/2 cawan tepung ubi – beli online disini 1 sudu air kapur (secubit kapur + sesudu air kapur yang siap dibancuh) – beli online disini 1 cawan gula merah – beli online disini 1 helai daun pandan 3/4 cawan gula pasir – beli online disini 5 cawan air Kelapa parut – ambil bahagian putih sahaja Sedikit garam garam
CARA MEMASAK: 1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak atas api sekejap untuk hancurkan gula. Letak daun pandan untuk aroma. Bila gula telah larut, biarkan sejuk. 2. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur bersama 3 cawan air. Sebatikan. 3. Kemudian masukkan air gula yang dimasak tadi. Kacau sebati dan tapis. 4. Guna adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8. 5. Kukus adunan kuih selama 30 – 40 minit. 6. Bila Kuih Kaswi telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
7. Gaul kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus sekejap supaya kelapa tahan lama dan lambat basi.
8. Gaulkan potong Kuih Kaswi bersama kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.
TIP UNTUK POTONGAN KUIH KASWI YANG CANTIK
Tunggu kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Potong guna pisau plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya, terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu. Antara yang disukai ramai hingga sekarang adalah talam dan bingka ubi kayu. Bagaikan terasa kenyal tekstur dan lemak manis rasanya. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan resipinya
BINGKA UBI KAYU BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula kastor
1/2sudu teh garam halus
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
7. Sejukkan dan potong.
TALAM UBI BAHAN-BAHAN: A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gram gula
Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
800ml air
320ml santan pekat
100gram tepung beras
80gram tepung ubi
80gram tepung gandum
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Kukus selama 40 minit.
6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!