Bagi mereka yang sibuk buat kerja work from home tu , ni dia sarapan pagi yang mudah dan ekspres. Roti sosej keju , kukus aje.
Kalau nak letak sayur pun boleh macam salad dan tomato, tapi kalau nak ringkas aje sosej, roti, mayonis dan keju pun dah cukup sedap dah. Ni menu mudah, ringkas dan cepat dari Nuhaz Kitchen.
ROTI SOSEJ CHEESE.
BAHAN-BAHAN :
Ads
• roti frankfurter gardenia • frankfurter ayamas / sosej • mayonis lady’s choice • cheddar cheese slices – potong dua • sos cili (jika suka) • blackpepper sauce (jika suka)
CARA MEMASAK : 1. Sediakan pengukus, biarkan air kukusan panas mendidih. 2. Ambil roti frankfurter atau roti hot dog dan sapukan mayonis
3. Letakkan kepingan keju dan sosej. 5. Tambahkan sos cili dan sos lada hitam , ikut suka. 6. Kukus selama 3 minit. Kalau kukus lama nanti cheese tak cantik sebab meleleh keluar. Tadaaa dah siap
Ads
* Anda boleh menambahkan sayuran jika suka seperti salad, tomato, bawang dan sebagainya
Salad ni sangat sinonim dengan orang diet. Jadi kalau ada yang sedang berdiet, mungkin korang akan suka dengan resipi Salad Pasta ni. Sedap dan menyihatkan. Nak cuba? Nah, RASA berikan resipinya.
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi peminat sajian menu Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu dan Rebung, resipi perkongsian saudari CikPuan Julie Raja Iskandar ni boleh anda cuba. Sangat mudah untuk memasaknya dan rasanya tentunya membuka selera. Jika suka pedas, boleh lebihkan cilinya mengikut selera masing-masing. Nikmat tak terkata! Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK MENU MASAK LEMAK CILI PADI PERUT LEMBU DAN REBUNG
BAHAN-BAHAN: Perut lembu – dibersihkan, direbus & dipotong 1 biji kelapa – perah santannya. asingkan yang pekat & cair 1 inci kunyit hidup – kisar @ tumbuk 1 inci asam gelugur – beli online disini 1 batang serai – dititik 20-25 biji cili padi – kisar @ tumbuk Garam secukup rasa Rebung secukupnya – boleh gantikan dengan nangka
CARA MEMASAK:
1. Perut lembu direbus hingga lembut dan empuk kemudian dipotong mengikut citarasa masing-masing.
2. Masukkan perut lembu yang sudah dipotong ke dalam periuk. Masukkan juga bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar.
3. Masukkan santan cair ke dalam periuk. 4. Kemudian masukkan serai yang sudah dititik dan asam gelugor. Rebuskan lagi hingga mendidih. 5. Masukkan hirisan rebung.
6. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Biarkan atas api yang perlahan, kacau kuah supaya tidak pecah minyak. 7. Perasakan dengan secukupnya dan tunggu beberapa minit dan sudah siap untuk dihidang!
TIPS: Semasa merebus perut lembu, masukkan halia sekali untuk hilangkan bau.
Sebut tentang lauk kari ikan, memang terasa-rasa kesedapannya. Apatah lagi, saat menjamu selera dengan Kari Ikan Kembung Stail Mamak yang pekat dan sedap kuahnya.
Nak tahu apa rahsia kari ikan stail Mamak ini sedap? Boleh tengok pada cara memasaknya di bawah ini yang dikongsikan oleh Siti Nor Azizah Rahim.
Menurutnya, kari ikan kembung ini pasti sedap jika mengikut sukatan yang sama seperti di dalam resipi ini. Jika nak lebihkan ikan, maka lebihkan juga sukatannya. Jom kita buat.
Tumiskan bahan A sampai naik bau. Gunakan minyak yang banyak untuk menjadikan kuah kari cantik warnanya. Ini tips paling penting. Bahagian ini, ada sesetengah orang gagal buat.
Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan bahan B. Apabila semua telah sebati, masukkan pula bahan C.
Tumis lagi sampai pecah minyak. Tumiskan sekali tomato yang telah dipotong dadu tadi sehingga semuanya sebati.
Kemudian, baru masukkan air asam jawa. Agak-agak sama ada mahukan kuah banyak atau sedikit. Sesuaikan dengan kuantiti ikan. Cuma, jangan cair sangat. Nanti kurang sedap. Lebih baik buat kuahnya agak pekat, barulah stail mamak!
Selepas itu, bolehlah dimasukkan ikan kembung. Masukkan juga santan. Ini pilihan. Jika tak mahu letak santan pun tak mengapa.
Biarkan masak sampai pecah minyak, sehingga kuahnya jadi cantik begini.
Perasakan dengan garam. Masukkan pula sayur bendi, terung atau tomato dibelah empat mengikut cita rasa masing-masing.
Dah siap. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
NOTA: Lauk kari ini akan sedap dan sebati setelah satu jam selepas masak.
Kuah kari akan rasa masam masa kita merasa ketika sedang memasak. Ini kerana air asam jawa masih belum sebati lagi dengan kuah. Selepas 1 jam, ketika kita makan, ketika itulah baru rasa sempurna lauk kari kita.
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.