Tengah merancang nak ‘meroti’, ni dua resipi roti istimewa yang pasti memikat selera. Roti blueberi brioche dan roti sandwich pelangi, bukan sekadar rupa menawan tetapi kegebuan dan kelembutannya memang tak boleh bawa bincang.
.
Jom semak resipi hebat dari tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak Selangor.
1. ROTI BLUEBERI BRIOCHE
.
Ads
BAHAN-BAHAN:
20gm yis
100ml susu segar atau UHT
600gm tepung roti
100gm gula kastor
5 biji telur
½ sudu teh parutan kulit lemon
2 sudu makan esen vanila
200gm mentega
Garam secukup rasa
Inti blueberi secukupnya | segar atau ada dijual dalam tin di pasaraya
CARA MEMASAK : 1. Adunkan semua bahan kering seperti gula, tepung roti, yis dan kulit lemon yang telah diparut menggunakan mesin pengadun sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar, esen vanila dan telur. 3. Masukkan mentega dan gaul sehingga sebati sehingga doh menjadi elastik dan tidak melekat di keliling mangkuk pengadun. 4. Rehatkan doh 20 minit 5. Bahagikan doh kepada 30gm, masukkan inti blueberi di tengah dan bulatkan. Masukkan dalam acuan. 5. Sapu mentega dalam acuan untuk mengelakkan doh melekat. 6. Rehatkan 45 minit atau naik sekali ganda 7. Sapukan dengan telur. 8. Bakar selama 20 minit pada suhu 180C 9. Sejukkan dan paipkan blueberry filling di atas roti
Saiz hidangan : 20 ketul Masa memasak : 30 minit Jenis masakan : Roti Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Roti gebu dan lembut, enak dengan inti bluberi Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Kulit lemon parut memberi aroma citrus yang wangi kepada brioche.
2. ROTI SANDWICH PELANGI
.
BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung roti
8gm garam halus
15gm yis segera
30gm gula kastor
20gm susu tepung
40gm lelemak sayuran
310gm air sejuk | dari peti sejuk
5gm pelembut roti
Beberapa titik pewarna merah, hijau, biru dan kuning
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung, garam, yis , gula, susu tepung, pelembut roti dan lelemak dan gaul sekata 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh. 3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. 4. Campurkan 1 pewarna pada 1 bahagian doh. 5. Rehatkan doh selama 5 minit pada suhu bilik. 6. Canai doh satu persatu.Lapiskan doh satu persatu dengan setiap doh berwarna. 7. Gulungkan doh tersebut. 9. Bahagikan doh kepada 400 gram 10.Susun di atas tin pembakar roti yang digris dengan lelemak. 11.Biarkan doh naik selama 30 – 40 minit atau mengembang sekali ganda 12.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 °C selama 25 minit. 13.Sejukkan dan hidangkan.
Saiz hidangan : 3 buku roti Masa memasak : 25 minit Jenis masakan : Roti Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Roti berwarna warni yang pasti menceriakan hari Anggaran kos : RM 8
Ads
INFO CHEF : Pastikan adunan naik sepenuhnya untuk mendapatkan bentuk segiempat tepat
FOTO : TUAN AZMAN TUAN MUDA RESIPI : MOHD NOOR ALFAHIZAM BERAHIM, MOHD FAIRUZ A. GHAFFAR 7 AZAENN MOHD AZIZ TERIMA KASIH : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah,Kuala Kubu Baru, Selangor. MAKLUMAT LANJUT :FB : Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
Ni dia tawaran hebat untuk anda yang suka membeli secara online shoppe, jom klik ni . Dapatkan free shipping deals.
Pernah cuba makan Ikan Lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Sangat ringkas tapi ia mampu membuka selera makan. Kalau orang Pantai Timur, Ikan Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba resipi perkongsian saudari Salmah Wawa ni? Jom lihat bahan-bahannya.
IKAN LENGAT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ikan temenung lemak – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
4 sudu makan garam – lebihkan 3 kali ganda jumlah garam yang kita guna untuk ikan goreng biasa
10 keping asam gelugur/ keping – ikut selera masing-masing nak masam atau tak
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
5. Selain goreng, ikan lengat ni sesuai juga dimasak sambal atau masak asam.
Korang pernah merasa kimchi stew? Ini adalah rebusan dengan bahan dasar kuah kimchi khas Korea. Biasanya selain kimchi juga diisi pelbagai jenis lauk. Jika tidak ingin menggunakan daging, pakai bahan apa saja sesuai selera anda. Misalnya daging ayam, ikan atau seafood.
Bahan-bahan : 1 mangkuk kecil tanpa air 1 sudu besar Gochujang 3 ekor ketam -belah 2 1/2 mangkuk air kimchi 1 mangkuk kecil air kosong. Boleh tambah air lagi jika suka air banyak. Minyak untuk menumis Sedikit Brownsugar & himalayan rock salt
Optional: Cendawan enoki Cili besar hijau dan merah Tauhu Telur Keju Mi segera
Cara memasak: 1. Tumis kimchi bersama gochujang sampai kimchi agak garing. 2. Masukkan air kimchi dan air biasa 3. Gaul sebati dan tunggu hingga menggelegak. 4. Masukkan ketam. Kacau. Dan tunggu ketam masak. 5. Jika nak letak tauhu dan telur, boleh letak waktu ini. Kemudian susun bersama cendawan enoki dan cili potong.
Boleh makan bersama nasi atau dengan mi segera yang telah dicelurkan terlebih dahulu.
Tip: Jika nak makan homemade ramen/ramyeon yang sedap, lepas letak mi segera yang telah dicelurkan, letak la kepingan keju untuk rasa lebih umph!
Minyak bawang putih ni memang banyak guna dalam masakan. Selain boleh digunakan untuk menumis, ia juga sangat enak jika dimakan bersama sup. Kalau nak masak apa-apa menu, hanya perlu ceduk dan terus masak. Tak perlu dah susah-susah tumbuk dan panaskan minyak. Resipi yang dikongsi oleh saudari Sharinaz Redwan memang sangat mudah. Puan-puan boleh cuba.
CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3-4 labu bawang putih – jumlah bergantung kepada banyak mana anda nak buat.
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas bawang putih, bersihkan dan keringkan dengan tisu.
2. Masukkan ke dalam pengisar makanan ( food processor) dan cincang tanpa guna air.
3. Panaskan minyak dengan banyak menggunakan api sederhana.
4. Tumis bawang putih tadi hingga garing dan keperangan. Angkat.
5. Bila minyak dah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan sedia digunakan dalam masakan.
6. Minyak ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukup disimpan di ruang biasa sahaja.