
Minum petang dengan hidangan roti memang enak. Tambah pula jika baru dimasak. Hari ini jom kita buat roti kukus. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap. Buat roti ni, kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti semasa kukus ia akan mengembang lagi. Loyang jangan dibalut ketat sangat semasa kukus. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
ROTI KUKUS
Bahan-bahan:
150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan butter yang dicairkan untuk topping
Cara membuat:
1.Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2.Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik dua kali ganda.
3.Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4.Bulatkan dengan tangan.
5.Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang dua kali ganda.

6.Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.

7.Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/butter cair.

8.Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
Kredit: Khairunnisa Mohammad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara-Cara Buat Portugese Egg Tart Guna Puff Pastri Segera. Sangat Mudah & Comfirm Jadi.

Bagi penggemar Tat Telur, pasti pernah merasa keenakan Tat Telur Portugis yang biasa dijual di kedai-kedai bakeri. Harga boleh tahan mahal. Jika nak beli dalam jumlah yang banyak, agak ‘gerun’ nak membayarnya. Jadi kalau nak puas makan, apa kata anda hasilkan sendiri. Resipi asal perkongsian dari saudari Faridah Ainuddin ni telah dicuba oleh saudari Cik Sue. Memang menjadi! Anda bolehlah cuba.
PORTUGESE EGG TART (DAPAT 25 BIJI TAT)
BAHAN-BAHAN:
- Puff pastry segera – boleh dibeli di pasaraya di bahagian sejukbeku.
BAHAN KASTAD:
- 4 biji telur
- Sedikit esen vanilla
- 150ml air
- 250ml susu penuh krim
- 120gm gula kastor
- 1 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Canai manja kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tak melekat.
2. Potong pastri lebih besar dari acuan. Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart. Lebihan tepi-tepi pastri masih boleh digunakan. Satukan semua dan bulatkan. Kemudian canai semula. Kalau tak ada acuan, boleh guna cawan muffin yang keras.
3. Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara. Ketepikan sekejap. Panaskan ketuhar.

4. Untuk menyediakan kastad, campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati. Susu penuh krim boleh diganti dengan susu cair.
5. Tapis adunan kastad kemudian tuang ke dalam acuan. Bakar pada suhu 200C selam 40 minit. Guna api atas bawah.

6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Resipi asal: Faridah Ainuddin
Kredit foto & dicuba oleh: Cik Sue
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mini Pizza Budget 10 Keping Cukup Untuk Satu Famili

Mini pizza ringkas dan gebu sesuai selera satu keluarga. Buat sendiri dengan sosej kegemaran anak-anak dan boleh tambah bahan kegemaran anda.
MINI PIZZA BUDGET
BAHAN-BAHAN DOH:
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air suam*
- 1 sudu besar yis mauripan*
- 1/2 sudu kecil gula*
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN TOPING:
- Cili sos/tomato sos
- 7 batang sosej (dihiris)
- Sedikit bawang besar cincang
- Mayonis
CARA MEMASAK:
- Larutkn bahan bertanda * hingga kembang.
- Gaulkan tepung gandum, garam, minyak bersama air yis tadi. Gaulkan dan uli hingga tidak melekat di tangan.
- Kalau doh masih lembik masukkn extra tepung gandum sedikit-sedikit dan uli hingga tidak melekat di tangan.
- Perap doh hingga naik dan kembang. Bila doh sudah naik bahagikan kepada 10 bahagian dan canai nipis.
- Cucuk dengan grafu permukaan doh dan sapu sedikit minyak.
- Letakkan sos dan taburkan sedikit bawang dan susun sosej.
- Perap 20minit hingga kembang.
- Bakar suhu 160°c 25 minot atau hingga masak
- Sudah masak paipkan mayonis.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Raja Zulaida Raja Kamal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 IDEA ANEKA ROTI MENARIK, BOLEH HIDANG DI JAMUAN ANAK-ANAK

Pilihan bakeri kali ini memang sesuai kalau nak buat ‘tea party’ atau makan petang bersama anak-anak dan seisi keluarga. Selain tekstur yang gebu dan lembut, gaya hiasan dan persembahan roti yang lahir daripada kreaviti pembuatnya juga menjadikan ia semakin berselera untuk dinikmati.

Jom cuba buat resipi dari blogger dan pengajar kelas masakan secara online Zalina Zainal @ Zalynz Oven ini Sedap weiii…
1. FROGGY CUTE BREAD

BAHAN-BAHAN : :
- 500gm tepung protein tinggi atau tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gm marjerin atau mentega
- 100gm @ 2 biji telur gred B
- 210ml air suam kuku * uli tangan
- 5gm @ 1 sudu teh garam halus
- 10gm @ 2 sudu teh susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 peket yis kering
- 1 sudu teh pewarna hijau
- Susu cair secukupnya | untuk sapuan atas roti
Bahan Inti Coklat :
- 300ml susu penuh krim
- 40gm coklat gelap | dipotong kecil atau beli bentuk ‘coin’
- 20gm serbuk koko
- 30gm tepung jagung
- 50gm gula kaster
- 15gm mentega
- Coklat putih secukupnya | dicairkan untuk hiasan mata
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
- Sebelum itu bancuh air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
- Masukkan bancuhan gula dan yis ke dalam bekas tadi dan gaul rata.
- Kemudian kita keluarkan dan uli atas tikar/ silikon mat supaya senang kerja menguli. Boleh juga diuli atas papan canai atau meja.
- Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sehingga doh betul-betul licin.
Selepas itu tutup dengan plastic dan biarkan selama 30 minit - Lepas 30 minit, doh sudah kembang, tepuk-tepukkan dan buang angin.
- Timbang doh seberat 25gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
- Timbang juga doh 2gm untuk mata. Bulatkan doh. Biarkan doh mengembang berasingan.
- Paipkan inti coklat di dalam doh 25gram, tutup doh dan terus masukkan doh di dalam bekas cupcake.
- Biarkan doh mengembang hingga paras atas cawan acuan cup cake. Sapu susu cair. Letakkan 2biji doh 2gram untuk mata.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
- Selepas dibakar, sejukkan roti.Kemudian boleh dilukis mata, mulut dan pipi menggunakan pen edible (selamat dimakan). Lekatkan gula-gula untuk mata menggunakan coklat putih yang telah dicairkan.
Cara buat inti coklat:
- Kacau semua bahan atas api secara kaedah double boiler (beralaskan bekas berisi air).
- Kacau hingga pekat, bila dah masak, tekapkan plastik atas inti coklat.
- Bila inti dah sejuk simpan dahulu dalam peti sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu
Waktu memasak : 35 minit termasuk hiasan
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Inspirasi roti cute dari Jepun
INFO CHEF : Boleh pelbagaikan inti contoh seperti jem strawberi, kaya dan inti kacang merah.
2. BEAR CUTE BUN WITH CHOCOLATE FILLING

BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gm mentega atau marjerin
- 2 biji telur @ 100gm gred B
- 210ml air suami kuku | untuk uli pakai tangan
- 1 sudu teh @5 gm garam halus
- 2 sudu teh @ 10gm susu tepung
- 1 sudu teh Bread Improver
- 1 peket yis kering
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih..
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis ke dalam bekas tadi dan gaul rata.
4. Keluarkan dari bekas dan uli atas tikar silicon (silicon mat), atau atas papan canai.
5. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau hingga doh betul-betul licin.
6.Kemudian tutup dengan plastik atau kain, biarkan selama 30 minit. Lepas 30 minit, bila doh dah kembang, tepuk doh untuk buang angin.
7. Timbang doh seberat 25gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
8. Timbang juga doh 2 gm untuk telinga. Bulatkan doh.Biarkan doh mengembang berasingan.
9. Paipkan inti coklat di dalam doh 25gm, tutup doh dan terus masukkan doh di dalam bekas cupcake.
10. Biarkan doh mengembang hingga paras atas cawan cup cake. Sapu susu cair. Letakkan 2 biji doh 2gm untuk telinga.
11. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
12. Selepas dibakar, sejukkan roti.Kemudian boleh dilukis mata, mulut dan pipi menggunakan pen edible.
Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu
Waktu memasak : 12 hingga 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Inspirasi roti cute dari Jepun
INFO CHEF: Boleh juga dimasukkan pewarna jika mahukan roti cute bear berwarna yang lebih menarik
TORTOISE BREAD WITH CHOCOLATE TOPPING

BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi atau tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gm mentega atau majerin
- 2 biji @ 100gm telur Gred B
- 210ml air suam | untuk uli tangan
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu teh susu tepung
- 1 sudu teh Bread Improver
- 1 peket yis kering
- Coklat gelap @ coklat masakan @ coklat coin secukupnya | masak cara ‘double boiler’
- Coklat cip putih secukupnya | untuk hiasan
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
- Sebelum itu bancuh air suam dan gula dahulu, kemudian letak yis. Kacau dan biar hingga berbuih.
- Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
- Kemudian keluarkan doh dan uli atas silikon mat atau papan canai untuk memudahkan kerja menguli dengan tangan. Uli tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
- Selepas itu tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit..
- Lepas 30 minit, doh bila doh sudah kembang, tepuk-tepuk doh untung buang anginnya.
- Timbang doh seberat 40gm untuk bahagian badan, 5gm untuk kepala, 5 biji doh 2gm untuk kaki, tangan dan ekor. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
- Paipkan inti coklat di dalam doh 40gram, tutup doh dan terus susun di atas dulang pembakar yang telah disapu margerin atau dialas dengan kertas baking. Susun terus doh untuk kaki, tangan dan mata pada doh badan kura-kura.
- Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Sapu susu cair.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
- Selepas dibakar, sejukkan roti.
- Cairkan coklat coin atau bar coklat bar secara kaedah double boiler. Kemudian celup bahagian atas badan kura-kura pada coklat yang telah dicairkan. Letak coklat cip putih di bahagian atas sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 20 ketul, anggaran 40gm setiap satu
Waktu memasak : 12 hingga 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Gaya corak roti yang sesuai untuk selera anak-anak
INFO CHEF : Sedap juga kalau menggunakan hiasan keju, kastad atau jem beri.
CHICKEN FLOSS EGG ROLL

BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gm majerin atau mentega
- 2 biji telur Gred B (100gram)
- 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu teh susu tepung
- 1 sudu teh Bread Improver
- 1 peket yis kering
Bahan untuk hiasan :
- Chicken floss secukupnya | ada dijual di kedai bakeri
- 2 biji telur | dikacau untuk disapu atas roti
- Daun sup secukupnya | helaian daun
- Cili merah secukupnya
- Sos cili secukupnya | dipaipkan atas roti gulung
- Mayonis secukupnya | dipaipkan atas roti gulung
CARA MEMASAK :
1.Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2.Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis , kacau dan biar hingga berbuih.
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi, gaul rata. Keluarkan dan uli di atas tikar silikon atau papan canai . Taburkan sedikit tepung.
4. Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
5. Kemudian tutup dengan plastik atau kain, biarkan selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit, doh kembang, tepuk atau tumbuk doh untuk buang angin.
7. Timbang doh seberat 200gram setiap satu.Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
8. Gelek doh dan muatkan doh di dalam loyang 22.9 sm ( 9 inci) . Cucuk-cucuk doh dengan garfu.
9. Biarkan doh mengembang lebih kurang sejam. Pecahkan 2 biji telur dan kacau. Kemudian sapukan atau tuang telur ke atas doh. Hias dengan daun sup, cili merah dan bijan.
10. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
11. Selepas dibakar, boleh terus keluarkan roti dari loyang dan terbalikkan roti pada plastik atau kertas baking.
12. Paipkan sos dan mayonis dan taburkan chicken floss secukupnya. Roti hendaklah digulung waktu masih suam. Selepas digulung kemas, boleh potong roti dan dihidang.
Saiz hidangan : 5 ketul , loyang saiz 22.9 sm ( 9 inci)
Waktu memasak : 12 hingga 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti gulung
Keistimewaan : Roti gulung dengan chicken floss,gaya menarik menggantikan bun.
Info Chef : Chicken floss juga boleh digantikan dengan inti tuna atau sardin yang telah digaulkan dengan sedikit mayonis. Anda boleh juga menggunakan serunding ayam atau serunding daging.
CINNAMON ROLL WITH CREAM CHEESE & MILK TOPPING

BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
- 100gm gula Kastor
- 100gm marjerin atau mentega
- 2 biji @ 100gm telur
- 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu teh | susu tepung
- 1 sudu teh Bread Improver
- 1 peket yis kering
- 1 sudu teh pewarna hijau.
Bahan Tabur :
- 100gm gula perang
- 1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon)
- *Gaul rata kedua-dua bahan
- Hirisan badam secukupnya | dibakar (roasted) terlebih dahulu
Bahan topping krim keju :
- 250gm krim keju
- 50gm gula aising | telah diayak
- 150ml susu cair atau susu penuh krim
*Pukul creamcheese dan gula icing sehingga lembut. Kemudian masukkan susu cair. Pukul rata.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih..
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi, gaul rata.
4. Kemudian keluarkan dan uli di atas tikar silikon atau papan canai/permukaan rata untuk memudahkan kerja menguli menggunakan tangan. Uli lebih kurang 15 minit atau sampai doh licin.
5. Tutup doh dengan plastik atau kain dan biarkan selama 30 minit.
6. Selepas 30 minit, doh sudah mengembang, kemudian tepuk atau tumbuk-tumbukkan doh untuk membuang angin dalam doh.
7.Timbang doh seberat 500gm setiap satu. Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
8.Tabur sedikit tepung pada meja. Gelek doh memanjang menjadi ukuran 30cm x 40cm.
9. Cairkan sedikit mentega. Sapu mentega menggunakan berus pada keseluruhan bahagian atas doh yang telah digelek.
10.Tabur rata serbuk kayu manis yang telah digaulkan dengan gula perang.
11.Gulung kemas doh. Potong doh menggunakan pisau gerigi pada 9 bahagian.
12. Susun doh yang telah dipotong di dalam loyang 20 sm (8 inci). Loyang hendaklah disapu marjerin atau dialas dengan kertas baking.
13. Biarkan doh mengembang bercantum.
14. Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
15. Selepas dibakar, sejukkan roti. Kemudian boleh sapu bahagian atas roti dengan krim keju dan taburkan hirisan badam yang telah dibakar terlebih dahulu.
Saiz hidangan : 9 ketul , loyang saiz 20sm (9 inci)
Waktu memasak : 12 hingga 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti gulung
Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah serbuk kayu manis dan lemak berkrim
Info Chef : Selain serbuk cinnamon dan gula perang sebagai taburan, boleh juga disapu krim coklat.
RESIPI : ZALINA ZAINAL, Blogger ZALYNZ OVEN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!





