Ads

Roti Kukus Gebu Gebas, Lembut Sedap. Inti Boleh Macam-Macam

Roti kukus gebu ini boleh dijadikan sajian minum petang. Intinya boleh dipelbagaikan sama ada kaya, coklat, sambal bilis dan sebagainya. Teksturnya memang cukup lembut.

Dikongsi oleh empunya resipi Juliana Jue Cullen yang sudah mencuba dan mendapat hasil memuaskan, ia juga boleh dijadikan bahan jualan.

Pesannya kalau nak jimat, boleh guna tepung gandum dulu sebelum ‘upgrade’ ke tepung pau untuk hasil yang lebih putih dan halus. Nak cuba? Jom tengok cara penyediaannya.

Cara Buat Roti Kukus Gebu

Roti Kukus Gebu Gebas, Lembut Sedap. Inti Boleh Macam-Macam

Bahan-Bahan 

425g tepung pau (boleh juga guna tepung gandum, tapi warna roti kekuningan sikit)
75g tepung tang mien (jika ada)
125g gula halus
5g yis kering
5g baking powder
50g shortening (lemak sayur)
±225g–240g air sejuk

Cara Penyediaan

1. Campurkan semua bahan dan uli menggunakan mixer (contohnya mixer 7 liter Golden Bull) selama lebih kurang 30 minit pada kelajuan rendah. Kalau uli tangan, cuma ambil masa lebih lama.

Ads

2. Doh yang siap diuli boleh dibahagi kepada 4 bahagian, setiap satu dalam bekas saiz kod 4573, anggaran berat 225g–228g setiap satu.

Roti Kukus Gebu Gebas, Lembut Sedap. Inti Boleh Macam-Macam

3. Perap doh selama 1 hingga 1 jam 30 minit, bergantung kepada suhu bilik atau cuaca, hingga doh mengembang cantik.

Ads

4. Kukus roti dalam pengukus selama 25–30 minit. Pastikan tutup pengukus dibalut dengan kain bersih supaya air tak menitis atas roti.

5. Bila dah masak, sejukkan dulu sebelum potong. Gunakan pisau bergigi halus untuk potongan yang kemas.

Roti Kukus Gebu Gebas, Lembut Sedap. Inti Boleh Macam-Macam

Ads

Tip Ekstra

  • Roti lebih gebu & putih jika guna tepung pau. Tapi kalau nak jimat, boleh mulakan dengan tepung gandum dulu.
  • Tepung tang mien membantu hasilkan tekstur lebih halus dan lembut, tapi tak wajib.
  • Lebihan roti boleh dibekukan. Bila nak makan semula, kukus balik dan roti akan kembali lembut.

Kredit resipi & foto: Juliana Jue Cullen 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sardin Goreng Bawang Cili Paling Padu, Menu Simple Tapi Buat Nasi...

Sardin Goreng Bawang Cili ialah menu ringkas yang padu, mudah dimasak dan buat nasi tak cukup sepinggan. Resipi bajet dengan rasa luar biasa.