Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.


.

Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.


.

ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA

IKLAN


.

Bahan A

  • 2 sudu teh yis kering (mauripan)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan air

*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong

IKLAN

Bahan B

  • 3/4 cawan gula Kastor
  • 4sudu besar marjerin

**pukul hingga sebati

IKLAN

Bahan C

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji telur



.

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
  2. Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
  3. Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
  4. Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
  5. Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.


.
  1. Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan

credit : Mak Uda Intan
FB : Aneka Resepi Kuih Muih