Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.
.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.
.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA
Ads
Bahan A
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung gandum
½ cawan air
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Bahan B
3/4 cawan gula Kastor
4sudu besar marjerin
**pukul hingga sebati
Bahan C
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji telur
.
CARA MEMASAK :
Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.
.
Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan
Resipi yang min nak kongsi ni adalah rendang sapi @ lembu dengan citarasa dari Indonesi. Tapi jika diperhatikan resipinya seaakan sama aje dengan negara kita. Cuma ia menggunakan daun salam sahaja tanpa daun kunyit atau daun limau purut.
Apapun rasanya tetap hebat memang sesuai dengan selera kita, maklumlah warisan masakan negara tetangga Indonesia ni memang dekat dengan selera Malaysia.. RENDANG SAPI @ LEMBU
BAHAN-BAHAN :
250 gm daging sapi @ lembu
800 ml santan | dari kelapa segar
1 batang serai
2 helai daun salam
3 hirisan lengkuas
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan kisar :
3 biji buah keras
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 sm halia
3 sm kunyit hidup
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan biji ketumbar | ditumbuk halus
7biji lada merah (direbus terlebih dahulu)
Gula merah secukupnya
CARA MEMASAK :
Bersihkan daging lalu dipotong.
Masukkan daging, bahan kisar, santan, serai daun salam dan lengkuas ke dalam periuk di atas api..
Masak dan kacau sekali sekala hingga jadi keperangan dan keluar minyak
Biarkan sampai daging empuk ( lebih kurang 45 minit)
Info Chef : Anda boleh juga rebus daging dengan bahan ramuan dan air, biarkan sampai airnya hamper kering kemudian baru dimasukkan santan.
Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli.
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi
Hari ni RASA nak share satu menu ringkas, sedap, sihat dan senang membuatnya. Menunya ialah Ketam Kukus. Jika ke pasar pagi ni bolehlah beli ketam dan cuba buat menu Ketam Kukus. Takdalah nak masak sambal je ketam tu…
Jom ubah selera yang lebih sihat….
KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam | bersihkan
500gm isi ayam
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato
1 biji cili benggala merah
1 biji cili benggala hijau
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.