Roti Jejari Simple Dan Sedap. Hanya Guna Campuran Dua Tepung Ini

Roti jejari simple dan sedap ini hanya menggunakan campuran dua jenis tepung iaitu BESTARI dan sedikit tepung jagung. Tersangatlah mudahnya kan?  Anak remaja pun boleh buat sendiri. 

Menurut puan Har Ryea, dia mendapat resipi ini daripada perkongsian daripada grup MAHN. Cuma memandangkan tepung BESTARI sedikit masin, ditambahkan sedikit tepung jagung untuk seimbangkan rasanya. Tip itu juga diperoleh daripada grup masakan tersebut.

So, bagi yang belum cuba bolehlah cuba. Mudah dan sedap! Bajet pun tak tinggi.

Roti Jejari Simple Dan Sedap

 Bahan-bahan:

Roti

Tepung BESTARI – boleh beli online di sini

1 sudu makan tepung jagung – boleh beli online di sini

Air

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Roti Jejari Simple Dan Sedap. Hanya Guna Campuran Dua Tepung Ini

IKLAN

Roti dipotong-potong memanjang atau gunting. Dalam satu mangkuk, bancuh tepung goreng BESTARI bersama tepung jagung. Tambah sedikit air.  Kacau sebati jadi bancuhan tepung.

Dalam satu mangkuk lain, masukkan tepung goreng BESTARI dan tepung jgung, gaul rata. Tapi yang ini tak perlu bancuh. Biar kering.

Roti Jejari Simple Dan Sedap. Hanya Guna Campuran Dua Tepung Ini

Kemudian celup jejari roti ke dalam bancuhan tepung, kemudian gaulkan pula dalam tepung kering.

Roti Jejari Simple Dan Sedap. Hanya Guna Campuran Dua Tepung Ini

IKLAN

Setelah itu boleh terus goreng menggunakan api sederhana sampai ia bertukar jadi warna keperangan. Angkat dan toskan. Ulangi hingga selesai.

Roti Jejari Simple Dan Sedap. Hanya Guna Campuran Dua Tepung Ini

Siap, kita cicah dengan sos Thai. Makan panas-panas memang sedap. Kalau ada roti yang belum habis makan sedangkan waktu dah hampir expired, baik cepat-cepat masak ini. Gerenti habis licin anak-anak makan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

IKLAN

Himpunan Resipi Pisang Goreng Homemade Yang Sedap & Mudah

Sedapnya Dimsum Homemade, Buat Sendiri Memang Puas Hati

Durian Belanda Muda Goreng, Sedap Dan ‘Rare’

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI