Jom cuba buat sendiri Otak-Otak Nyonya yang sedap untuk hidangan keluarga. Ada resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni, pasti lebih mudah kerana resipinya lengkap dan tidak memerlukan banyak langkah memasak yang sukar. Anda hanya perlu mencampurkan bahan-bahan yang diperlukan, bungkus adunan dan masak secara bakar ataupun kukus. Dah boleh makan. Pasti ramai yang dah tak sabar nak cuba ni. Jom kita lihat cara-cara penyediaannya.
Kanak-kanak sangat suka makan waffle. Kalau beli, sekeping dalam Rm3- RM3.50. Mahal… Bayangkan kalau nak kena beli untuk 5 orang anak. Buat sendiri lagi jimat. Satu adunan ni anda boleh dapat dalam 7 keping waffle. Cukup untuk jamu 1 keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Salina Saad ni. Mudah & pasti menjadi.
WAFFLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 biji telur
3 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 paket mauripan ( yis segera)
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan susu tepung
Esen vanilla
2 cawan air
Jem kegemaran/mentega kacang/coklat/nutella
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, gula, mauripan, susu tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan air. Kisar atau adun hingga sebati. Lagi mudah jika adun guna blender.
3. Setelah siap mengadun, pastikan adunan betul-betul sebati dan tidak berketul. ( TIP RASA: kalau berketul boleh tapis)
4. Panaskan mesin waffle dan oles sedikit minyak dipermukaannya.
5. Tuang 1 senduk atau penuhkan permukaan acuan waffle. Tutup penutup dan biarkan masak.
6. Buka penutup waffle untuk pastikan waffle sudah masak atau tidak. Biar dalam 3-4 minit.
7. Bila waffle dah masak, angkat dan sapukan dengan jem, mentega kacang, coklat atau Nutella. Boleh juga nikmati dengan krim putar serta hirisan buah-buah. Terpulang pada citarasa.
Suka makan Roti Goreng berbalut kulit popia macam yang biasa dijual di pasar malam? Sedap kan rasanya. Ringkas sahaja tapi membuka selera. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri roti ni di rumah untuk sajian keluarga, saudara Ahmad Salehuddin Amirwan ada kongsikan resipinya. Sukatan bahan-bahan boleh ubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat intinya, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. 2. Bila sudah kekuningan, masukkan cincangan daging burger. Tumis sampai daging burger masak. 3. Ambil serbuk kari dan bancuh dengan air. Tuang ke dalam kuali berisi daging tadi. Kacau sebati. 4. Perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Menurut empunya resipi, seeloknya bagi inti sedikit masin supaya rasanya lebih sedap kerana roti tu tawar. 5. Masak lagi hingga inti menjadi sempurna. Jika suka, boleh tambah ubi kentang yang dipotong dadu halus dan juga daun kari supaya lebih wangi. 6. Bila inti sudah kering dan sedikit pecah minyak, padamkan api dan ketepikan.
7. Ambil roti dan belah tepinya. Masukkan inti tadi dengan secukupnya. Boelh juga letak lebih supaya lebih sedap.
8. Tambah sos cili dalam inti tadi.
9. Bungkus roti menggunakan kulit popia.
10. Buat bancuhan tepung gandum dengan air suam. Rendam roti dalam bancuhan tepung tadi kemudian terus balut menggunakan kulit popia. 11. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng roti yang telah dibalut tadi hingga kekuningan. 12. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Kalau inti tu ada lebih, boleh tambah telur dan jadikan Roti John.