Kadangkala lauk yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Jika suka masakan yang  berkuah, terdapat pelbagai masakan berkuah yang boleh dimasak dengan menggunakan telur. Bukan sekadar kari telur atau masak lemak kuning telur sahaja.

 

1. RENDANG TELUR CILI KERING

Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur |rebus
  • 6 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia |kisar
  • 1 inci kunyit hidup |kisar
  • 2 batang serai | hiris
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit minyak
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
  3. Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

 

Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas atau nasi minyak.

 

2.ASAM PEDAS TELUR MASIN

Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur! 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur masin
  • 1 sudu teh halba
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • ½ inci halia |kisar
  • ½ inci kunyit hidup |kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 tangkai daun kesum
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
  2. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.

 

IKLAN

3. KURMA TELUR

Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | direbus
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 mangkuk santan
  • 3 sudu teh rempah kurma
  • ½ inci halia
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang cili hijau
  • 1 batang cili merah
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika. Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
  2. Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan. Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
  3. Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
  4. Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.

 

 

Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih atau pun nasi beriyani.

 

4. TELUR PUYUH KRIM MENTEGA

Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!   

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh | rebus dan goreng
  • 5 biji cili padi | dihiris
  • 5 biji bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 tin susu cair
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
  2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
  3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

 

Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu rasa sedikit pedas.

 

5. SAMBAL TELUR BERSERAI

Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur   | rebus dan goreng
  • 8 biji cili merah    | dikisar
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih |dikisar
  • 1 batang serai | titik
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
  2. Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Info chef:  Enak dimakan bersama nasi putih.

 

IKLAN

6. PAIS TELUR MASIN

Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur masin
  • 1 biji telur biasa
  • Sedikit hirisan daun kunyit
  • Sedikit hirisan daun limau purut
  • Sedikit hirisan serai
  • 2 sudu makan santan pekat
  • Daun pisang untuk membungkus secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan daun pisang.
  2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
  3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
  4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
  5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
  6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
  7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

 

 

Info chef:  Tidak perlu tambah garam kerana telur masin sudah sedia masin.

 

7. SUP TELUR CENDAWAN TIRAM

Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 10 tangkai cendawan tiram |potong
  • Sedikit bunga kubis |potong
  • Sedikit daun sup |racik kasar
  • Sedikit suhun
  • 1 mangkuk air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
  2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
  3. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Info chef: Boleh tambah cili padi ketuk jika ingin rasa pedas.

 

Resipi: Nurul Syahirah Ramli, Shah Alam Selangor

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI