Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak. Cukup makan dengan nasi putih dan kalau hendak rasa pedas makan bersama cili potong atau sos thai. Untuk lengkapkan hidangan boleh makan bersama sayur bak choy sos tiram dan taugeh celur. Satu keluarga termasuk anak-anak pasti menyukai resipi ini. AYAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ayam – di potong2
BAHAN-BAHAN PERAP:
Ads
3cm halia – hiris kecil-kecil
2 ulas bawang putih – cincang
1/2 susdu makan kicap cair
Sedikit Garam
Serbuk lada putih – jika suka
1/2 susdu makan minyak bijan
Daun bawang – di hiris
CARA MEMASAK:
Ads
Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 30min
Kukus 10min -15min
Kukus bergantung kepada berapa banyak ayam yanh dimasak
Tabur hirisan daun bawang. Siap dihidangkan.
Kredit resepi: jo isabelle joannes
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Senang saja nak buat kiub ayam sendiri.Melihat perkongsian Dr. Mazliana Mazlan ni anda pun boleh buat sendiri.Istimewanya kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG.Banyak sangat menggunakan perasa tambahan tidak baik untuk kesihatan. Kiub ayam bukan dari ayam sebenar dan tinggi pulak kandungan MSG dalam tu.
Kiub ayam ni menggunakan bahan apa yang ada kat rumah. Jom kita lihat bahan yang digunakan.
Menjelang Hari Raya, pastinya tak lengkap menu hidangan tanpa rendang. Enak dimakan dengan nasi impit, ketupat, mahupun lemang. Rendang ayam antara yang sering menjadi tumpuan.
Setiap keluarga ada resipi mereka yang tersendiri dalam menyediakan rendang. Begitu juga dengan keluarga Norzy Yusuff. Resipi rendang ayam ini turun-temurun daripada bondanya. Rendang ayam yang enak ini juga dikatakan menu kegemaran keluarga besar mereka dan paling cepat habis apabila mereka mengadakan jamuan rumah terbuka. Pasti sedap.
Apa tunggu lagi? Jom kita ikuti perkongsian resipi rendang ayam turun-temurun daripada Norzy Yusuff ini. Selamat mencuba.
Sedapnya menu Ayam Cili Padi Tomyam ni. Masak guna pes tomyam je. Kalau nak tahu, pes tomyam tidak semestinya digunakan untuk masak tomyam sahaja. Ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai masakan lain dan dijadikan rencah. Memang wangi dan pecah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Anda pasti sukakannya.