Kalau dapat merasa nasi dagang yang kena dengan selera memang bertambah makan. Nai yang menjadi hidangan tradisi di Terengganu ini dikatakan agak sukar untuk dimasak jika tidak mempelajarinya cara memasak secara betul. Ada yang mengatakan terdapat perbezaan antara nasi dagang Kelantan dan Terengganu.Nasi ini lebih sedap digandingkan dengan kari ikan tongkol dan acar yang lebih menyempurnakan hidangan.
Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan untuk Nasi: –
4 cawan beras Jati 1 cawan beras pulut 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam 1 sudu halba 2 ulas bawang merah 1/2 in halia
Cara memasak :
Ads
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok) 2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit 3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap 4. Kukus semula selama 20 minit lagi. 5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba. 6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya. 7. Boleh dihidangkan
Gulai Ikan Aya :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam.. Jangan buang air rebusan * boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus * lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar 1/2 sudu serbuk jintan manis 1/2 sudu serbuk jintan putih 2 hiris lengkuas (dikisar) 1 hiris halia (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 3 sudu cili mesin 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih) 1 1/2 liter santan 1 batang kulit kayu manis 1 sudu kerisik 4 keping asam keping 1/2 buku kecil gula melaka. Sedikit Belacan 10 biji cili padi sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak santan sehingga naik minyak. 2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka 3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa. 4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam. 5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. 6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan punya cara memang tak gunakan bawang. Kisar cili dan kunyit hidup masak dengan santan, siap!
Lauk macam ni nampak simple tapi rasa dia memang sedap dan menyelerakan. Boleh gunakan ayam seekor atau pilih sahaja bahagian mana yang berkenan di hati untuk dijadikan hidangan.
Empunya resipi memilih bahagian peha dan menurutnya resipi ini bukanlah resipi asli namun ia cara masak lemak cili api Negeri Sembilan kerana tidak menggunakan bawang.
Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Style
BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam bahagian peha
20-30 biji cili padi -kisar kasar
2 inci kunyit hidup – kisar kasar
1 kotak santan
1 biji ubi kentang
Daun limau purut
Asam keping
Garam
Cara Memasak:
Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak kat ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api.
Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar. Saya pakai santan kotak je.
Masukkan kentang
Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa.
Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak. Apakata kita berubah selera, berbuka dengan lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.
Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.
Jom kita cuba rasa juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Korang ‘wajib’cuba, ya.
1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
200 gm isi ayam | dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
1 batang serai |dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1.5 sm lengkuas | dikisar halus
6 biji cili hijau besar | dikisar halus
20 gm belacan | dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut | disagat
4 helai daun limau purut | dihiris halus
200 gm daging /dihiris nipis
20- 30 gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10 gm kubis bunga/ dihiris
3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62 ml air rebusan daging
100 ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini.
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan
simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3.Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ditumis :
400 gm daging | dihiris nipis
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai | dikisar halus
2 sm lengkuas | dikisar halus
4 helai daun limau purut | dikisar halus
1.5 sm belacan bakar | dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
2 biji kulit limau purut | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1 batang kayu manis | dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis
1 cawan air
Minyak untuk menumis
40 ml santan segar
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh
Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.
4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)
BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang | dicincang
1 ekor sotong | dicincang
4 ekor kupang | dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang | dipotong kecil
1/4 batang lobak merak | dicincang halus
2 batang cili padi | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland | dicincang
2 biji bawang merah | dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5.Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF: Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
6. Kukus selama 5-6 minit
7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Kukus dan goreng
Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF :Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam
TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
Nak cuba buat sambal yang menawan cita rasa? Jom try buat sambal tumbuk. Ramuannya digoreng terlebih dahulu. Kemudian ditumbuk satu per satu. Memang sedap tak terkata. Jom try. RASA berikan langkah demi langkah.
SAMBAL TUMBUK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar (dihiris)
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
1. Goreng semua bahan. Angkat dan toskan.
2. Letakkan semua bahan yang dah digoreng dalam pinggan.
3. Tumbuk semua bahan sedikit demi sedikit menggunakan lesung batu.
Akhir sekali, kaut semua bahan yang sudah ditumbuk dan letakkan dalam mangkuk. Sedia dinikmati. Boleh juga perahkan limau atau letak sedikit gula dan garam jika suka.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...