Sekarang semua kerja nak cepat, termasuklah dalam penyediaan minuman petang. Apa kata anda sediakan menu minum petang kudapan yang ringkas tetapi berkhasiat iaitu Samosa Sayur Berdaging, cepat dan sangat mudah disediakan. Kalau buat alebih, separuh bolehlah difrozenkan. Bila-bila teringin, hanya keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Jika ingin mencuba, berikut disertakan resipi.
SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
- 20 keping kulit popia
- 1/2 cawan daging kisar
- 1 cawan hirisan kubis
- 1 cawan parutan lobak merah
- 1 biji bawang merah | potong dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit lada sulah
- Minyak masak | untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaska nminyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .
LANGKAH 5: Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas
Bagi pencinta sambal, resipi Sambal Lada Bilis extra pedas perkongsian saudari Sis Siska ni antara yang sangat berbaloi dicuba. Padu betul. Kombinasi sambal yang dihasilkan dari campuran cili padi siam, cili hijau dan tomato ditambah pula dengan aneka bawang yang banyak serta bilis goreng. Memang nikmat tak terkata. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SAMBAL LADA BILIS EXTRA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- Cili padi thai – lebih banyak lebih sedap
- Cili hijau besar
- 7-8 biji tomato
- 4 biji bawang besar – beli online disini
- 3 biji bawang merah besar – beli online disini
- 4-5 ulas bawang putih – beli online disini
- Sedikit belacan – beli online disini
- Ikan bilis – goreng terlebih dahulu
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit sos tiram – beli online disini
- Sedikit cukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan hingga agak hampir garing. Angkat.
2. Kisar kasar bersama ikan bilis yang telah digoreng tadi.
3. Panaskan minyak yang agak banyak, tumis bahan kisar tadi.
4. Tambahkan garam, gula, sedikit sos tiram dan cukup rasa dengan secukupnya. Rasa dan tambah perasa hingga menepati citarasa.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sis Siska
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sama Macam Kedai, Ikut Resipi Nasi Goreng Mamak Ni Comfirm Jadi
Lebih Jimat, Begini Cara Buat Golden Ball Homemade Ala Sushi King
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Ikan Rebus Cara Orang Tua Dulu, Sedap Digoreng & Tahan Lama. Nak Kukus Pun Boleh
Waktu dulu-dulu mana ada peti ais untuk simpan ikan yang dibeli. Salah satu cara nak pastikan ikan tahan lama, mak atau nenek kita buat ikan rebus.
Ikan rebus ini pun rasanya memang sedap dan sampai sekarang pun kita teringat. Jadi kalau teringin nak makan atau beli ikan terlebih kita buat cara ini.
Versi kukus
Ikan rebus versi kukus perkongsian Siti Aishah Hanapi.
- Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis. Bilas bersih.
2. Kemudian tabur garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (kuantiti ikut jumlah ikan) Garam jangan banyak sangat nanti masin. Gaul rata pada ikan.
3.Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3-4 keping dalam kukusan.
4. Kukus macam biasa sehingga masak.
5. Biarkan sejuk dahulu baru digoreng.
6. Boleh masukkan dalam peti ais kalau nak simpan, ikan ini tahan lama.
Versi rebus
Ikan rebus yang ini pula caranya dikongsi oleh Hajar Mohd
- Cuci ikan kemudian masukkan dalam periuk bersama beberapa hiris lengkuas tua.
2. Letak sekali asam keping lima keping. Nak masam boleh tambah. Masukkan garam.
3. Letak air suku periuk saja. Reneh api perlahan. Tutup periuk.
4. Bila air dah kering, tutup api. Esoknya barulah goreng, rasanya lagi sedap.
Ikan ini bila dah goreng, makan dengan nasi panas memang sedap, tak cukup seekor.
Sumber: Hajar Mohd & Siti Aishah Hanapi
Spaghetti Terenak, Anak-anak Cukup Suka Nih.
Sebut nak masak spaghetti, pasti anak-anak suka.
Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.
1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN :
- 10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
- 14 helai daun kari
- 3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
- 2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
- 3 sudu makan mentega
- 4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
- 400 gm spaghetti
- 4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
- Secubit garam
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- 2 ekor ketam lembut /saiz sederhana
Bahan untuk salutan tepung :
- 8 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan serbuk paprika
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
- Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
- Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.
- Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.
- Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih
- Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak ketam lembut:
- Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.
- Salutkan ketam di dalam campuran tepung
- Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.
Saiz hidangan : 2 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF : Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.
2. STIR FRIED BEEF
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm pasta
- 3 biji bawang kuning (kecil)
- 60 gm daging cincang
- 1/4 sudu teh cili padi/dicincang
- 2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
- 1 senduk air
- 2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 3 1/2 makan minyak masak
CARA MEMASAK :
- Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing.
- Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.
- Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.
- Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
- Masukkan lada hitam dan padamkan api
- Hiaskan dengan daun ketumbar
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.
Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
3. AGLIO OLIO AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN :
- 4 1/2 sudu makan minyak masak
- 400 gm spaghetti
- 2 sudu makan bawang putih cincang
- 2 sudu makan lada benggala cincang
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh garam
- 4 sudu makan daun ketumbar cincang
- 12 potongan baji tomato ceri
- 1/2 kiub stok ayam
Bahan ayam percik :
- 2 keping peha ayam (chicken chop)
- 5 biji bawang kuning kecil /dikisar
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sm lengkuas/ dikisar
- 2 sm halia /dikisar
- 40 ml santan
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 batang serai /dikisar
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Pewarna kuning
CARA MEMASAK :
Cara masak aglio olio pasta :
- Rebus pasta ala dente dan toskan, letakkan sedikit minyak zaitun selapas tos supaya tidak melekat.
- Panaskan minyak dalam kuali, kepanasan sederhana. Masukkan bawang putih, tumis hingga perang dan masukkan tomato ceri.
- Selepas 5 saat, masukkan pasta ke dalam kuali, dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam (jika suka)
- Siap untuk dihidang bersama kuah percik.
Cara masak ayam percik :
- Nyalakan api dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.
- Tumis hingga naik bau
- Masukkan pes cili dan perisakan dengan garam, dan sedikit gula (jika suka). Masukkan ayam.
- Masukkan santan dan kacau perlahan, masukkan pewarna
- Ayam percik sedia dihidang bersama pasta.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta fusion
Keistimewaan : Kuah ayam percik, rasa lazat citarasa Melayu
INFO CHEF : Ayam boleh juga digoreng asing atau dipanggang. Tuangkan kuah ayam percik di atasnya.
4. SEAFOOD PESTO WITH BASIL
BAHAN-BAHAN:
- 320 gm spaghetti
- 220 gm kacang hijau
- Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
- 250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
- 250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
- Daun selasih segar untuk hiasan
- 2-3 biji buah zaitun
BAHAN PES (PESTO);
- 1 cawan daun selasih
- 1/3 daun parsli segar
- 20 gm keju parmesan (diparut halus)
- 2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
- 1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK :
- Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
- Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
- Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
- Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
- Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
- Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
- Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 15-20 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.
Terima kasih :TRUST ISSUE KL, 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan KL
Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, 12 Lorong Utara A, off Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor