
Bagi penggemar tomyam, wajib cuba resipi ni. Tengok gambarnya sahaja sudah tahu betawa lazat dan berperisanya hidangan ini. Hmmm..Kecur liur!
BAHAN A:

- Ayam secukupnya | potong kecil. Jika mahu lebih sedap, guna seafood.
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 2 batang serai | ketuk dan hiris menyerong
- 6 helai daun limau purut | buang urat tengah untuk elakkan pahit
- Lengkuas | hiris
- Cili padi | ketuk
- Akar ketumbar
- Sayur (bunga kubis,putik jagung, lobak merah,tomato, cendawan)
BAHAN B:

- Pes tomyam botol kecil | anggaran 5-6 sudu makan
- 4 sudu teh pes cili thai
- 4 sudu makan susu cair sejat
- Daun ketumbar | hiris
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam.

2.Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih.

3.Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati.

4.Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.

5.Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk.

6.Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam.

7.Sedia untuk dinikmati.

Kredit gambar & resipi: Miya Aira
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sate Kambing Ala Cibiuk Selera Asli Padang

Masakan padang yang berasal dari Indonesia, Sate Kambing yang penuh dengan rasa perapan ringkas.

SATE KAMBING ALA CIBIUK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing ] potong dadu
- 15-20 batang lidi pencucuk sate
BAHAN PERAPAN (KISAR) :
- 10 biji bawang merah
- 3 batang serai
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 5 helai daun limau nipis
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 150ml kicap manis
- Garam dan guna secukup rasa
BAHAN KUAH KACANG:
- 400gm kacang tanah ] digoreng dan dikisar
- 600ml air
- 200gm kicap pekat manis
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 8 tangkai cili kering
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging kambing yang telah dibersih dan tos dengan bahan perapan. Kemudian perap sekurang-kuranganya 15 minit.
2. Seterusnya cucuk daging kambing pada lidi sate hingga habis, ketepikan.
3. Sementara ini, sediakan kuah kacang.
4. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar halus hingga wangi.
5. Masukkan kacang tanah yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata.
6. Setelah mendidih masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
7. Biarkan mereneh hingga timbul minyak. Tutup api dan ketepikan.
8. Seterusnya sediakan pemanggang, panggang sate hingga masak.
9. Kemudian hidangkan bersama kuah kacang.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu Memasak: 45 minit
Cara Memasak: Bakar dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan appetizer
Keistimewaan: Enak dengan rasa pedas-pedas manis.
Anggaran kos: RM30
Koleksi Resipi Masakan Berasaskan Ayam. Mudah & Sedap.

Koleksi resipi masakan berasaskan ayam khas untuk ibu-ibu semua! Bila anak-anak dah mula bersekolah, ibu-ibu pastinya asyik berfikir menu yang mudah dan sedap untuk disajikan buat si kecil. Antara lauk yang menjadi pilihan tentulah yang berasaskan ayam. Jika setiap hari masak lauk yang sama, pastinya jemu. Jadi RASA kongsikan aneka resipi lauk pauk berasaskan ayam yang sangat mudah dan sesuai masak setiap hari. Selamat mencuba.
1. AYAM BBQ MADU

BAHAN-BAHAN:
- 3 keping dada ayam | potong kecil
- 1 sudu teh serbuk bawang putih
- 1/2 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh serbuk paprika
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS:
- 1/2 cawan sos BBQ | sebarang jenama
- 3 sudu makan madu
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk bawang putih
CARA MEMASAK:
- Basuh bersih ayam dan toskan airnya. Kemudian perapkan bersama serbuk bawang putih, gula, serbuk paprika, serbuk lada hitam dan garam. Biar selama 30 minit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing. Guna api sederhana supaya ayam tidak hangus. Angkat dan toskan.
- Untuk sos, satukan semua bahan dan didihkan dalam kuali menggunakan api kecil.
- Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul hingga semua sos sebati.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain goreng, ayam juga boleh dibakar pada suhu 180C selama 35-40 minit sebelum dicelup ke dalam sos dan dibakar kembali selama 5 minit.
2. AYAM HONEY MUSTARD

BAHAN-BAHAN:
- 4 keping dada ayam tanpa tulang
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan mentega
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 sudu makan Dijon mustard
- 1 sudu makan Grainy mustard
- 3 sudu makan madu
- 1/2 cawan heavy cream
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali bersama minyak dan mentega.
- Goreng ayam hingga keperangan. Jika isi tebal, potong isi ayam supaya sedikit nipis. Angkat dan ketepikan.
- Kecilkan api dan dengan guna kuali yang sama, tumis bawang putih hingga keperangan.
- Tambahkan sedikit air rebusan ayam dan mustard. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan heavy cream, lebihan air rebusan ayam dan madu. Perasakan denagn garam serta serbuk lada hitam secukupnya.
- Bila kuah mendidih, masukkan ayam yag telah dimasak tadi. Biarkan mereneh selama 5-10 minit sebelum diangkan dan dihidangkan.
INFO CHEF: Jikan tiada grainy mustad, boleh juga guna sos mustard biasa.
3. AYAM PANGGANG MAYONES

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana
- 1 biji bawang Holland | dipotong bulat
- 2 labu bawang putih | potong dua
- 2-3 tangkai thyme segar
BAHAN PERAPAN:
- 1 cawan mayones
- 1/4 cawan cuka epal (apple cider vinegar)
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu teh sos Worcestershire
- 1/2 sudu teh jintan manis | ditumbuk
- 1/4 sudu teh emping cili
- 1/4 sudu teh serbuk cili cayenne
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan keringkan airnya menggunaka n tisu. Kemudian lumur garam secukupnya pada keseluruhan ayam (luar dan dalam). Perap selama 1 jam dalam peti sejuk.
- Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan perapan. Gaul rata. Ketepikan.
- Ambil ayam tadi dan lumurkan dengan bahan perapan. Perap lagi selama 30 minit. Simpan lebihan bahan perapan dan jagan dibuang.
- Panaskan ketuhar pada suhu 210C dan sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar.
- Susun bawang putih, hirisan bawang besar dan daun thymedi dasar dulang dan juga di dalam perut ayam.. Letakkan ayam tadi.
- Bakar selama 50-60 minit atau sehingga ayam masak. Masa mungkin berbeza mengikut saiz ayam dan juga jenis ketuhar.
- Sapu lebihan sos perapan pada ayam setiap 15 minit sekali.
- Bila ayam telah masak, biarkan selama 20 minit sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Lebihan sos perapan boleh didihkan seketika dan dijadikan sos pencicah.
4. AYAM PESTO

BAHAN-BAHAN:
- 3 keping dada ayam | hiris nipis memanjang
- 2 sudu makan pesto basil
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 cawan tomato ceri | dipotong dua
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
- 1 sudu makan tepung gandum
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- 1/2 sudu makan pesto basil
- 1 cawan susu cair
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan perapkan dengan garam serta pesto basil selama 10 minit.
- Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masak ayam tadi hingga keperangan. Angkat.
- Untuk sos, satukan tepung, bawang putih, pesto, susu cair, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
- Dengan menggunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan tomato. Tambah sedikit minyak jika perlu.
- Bila tomato sudah mula lembut, masukkan bancuhan sos tadi. Biar hingga mendidih.
- Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan teruskan memasak selama 3-4 minit hingga sebati dengan kuha.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dimasak menggunakan kuali non-stick supaya sosnya tidak cepat hangus dan tidak melekat.
5. AYAM SOS BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:
- 12 ketul kepak ayam
- 10 ulas bawang putih | dipotong 2
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu makan minyak masak
- 1/3 cawan sos pasta perisa Cheese & Herbs
- Secubit serbuk paprika
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Perapkan kepak ayam bersam agaram serta serbuk lada hitam.
- Panaskan kuali non-stick dan masukkan 1 sudu makan minyak. Goreng kepak ayam hingga masak dan keperangan. Angkat.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan lebihan minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan kembali ayam yang dimasak tadi dan gaul rata.
- Kemudian masukkan air rebusan ayam dan sos pasta Cheese & Herbs. Gaul sebati.
- Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh.
- Tambahkan garam, lada hitam dan paprika. Gaul sekali lagi dan biar hingga kuah sedikit pekat.
- Angkat dan hidangkan.
6. AYAM SOS CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
- 6 keping ayam (bahagian thigh)
- 2 sudu makan mentega
BAHAN SOS:
- 1 sudu makan mentega
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 12-15 biji cendawan shiitake segar | dihiris halus
- 1 tin sos pasta carbonara
- Sedikit air
- 1/4 sudu teh emping cili
- Garam secukup rasa | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan toskan airnya.
- Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masak ayam tadi (masukkan bahagian kulit dahulu) sehingga keperangan. Angkat.
- Letak ayam di atas dulang pembakar dan masak di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25-30 minit hingga masak sepenuhnya. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing.
- Untuk menyediakan sos, cairkan mentega dan tumis bawang putih bersama hirisan cendawan hingga keperangan.
- Masukkan sos carbonara dan sedikit air. Kacau hingga sos sebati dan tidak berketul.
- Tambahkan emping cili dan garam jika perlu. Biarkan sos sehingga sedikit pekat.
- Hidangkan bersama ayam yang telah siap dipanggang tadi.
7. DRUMMET AYAM SOS PERANG

BAHAN-BAHAN:
- 400gm drummet ayam
- 2 sudu makan mentega
- 6 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- Sedikit air
- 12 biji tomato ceri | dibelah 2
- 3 sudu makan sos perang Demi-Glace
- 1/2 cawan sup cendawan segera
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan goreng drummet ayam hingga masak dan sedikit keperangan. Ketepikan.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan sedikit air dan sos perang. Kacau rata sehingga tidak berketul.
- Bila dah sebati, masukkan sup cendawan segera. Kacau lagi hingga sos memekat.
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega. Kemudian tumis tomato ceri hingga sedikit lembut.
- Masukkan kembali drummet ayam dan sos perang tadi secukupnya. Gaul rata hingga bersalut sepenuhnya.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
8. AYAM PERI-PERI

BAHAN-BAHAN:
- 500gm kepak ayam | dibersihkan
- 1/2 cawan sos peri-peri
- 4 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 1 hiris halia | ditumbuk halus
- Sedikit garam dan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan toskan airnya hingga kering.
- Dalam mangkuk besar, satukan sos peri-peri, bawang putih, halia, garam serta serbuk lada hitam secukupnya. Gaul rata.
- Masukkan kepak ayam tadi. Lumur hingga rata dan perap selama 2 jam.
- Panaskan ketuhar pada suhu 220C selama 10 minit.
- Susun ayam diatas dulang pembakar yang telah dialas dengan kerajang timah (aluminium foil) dan bakar selama 10-15 minit.
- Sapu lebihan sos perapan pada ayam dan balikkan supaya ia masak secara menyeluruh. Bakar lagi selama 10-15 minit.
- Setelah ayam keperangan dan garing, angkat dan hidangkan.
9. AYAM SOS PLUM

BAHAN-BAHAN:
- 10 ketul paha ayam
- 1 hiris halia
- Sedikit garam
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 1 sudu makan sos Worcestershire
- 2 sudu makan kicap
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 cawan sos plum
- 1/4 cawan air rebusan ayam
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Didihkan 2 liter air bersama halia dan sedikit garam. Rebus paha ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
- Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan-bahan lain (kecuali ayam). Kacau sebati dan biarkan mendidih.
- Setelah sos hampir pekat, padamkan api dan masukkan ke dalam mengkuk berisi ayam yang direbus tadi.
- Perap ayam seketika supaya rasa sos menyerap pada isinya.
- Panaskan kuali non-stick dan susun paha ayam tadi didalamnya.
- Masak seketika ayam sehingga sedikit keperangan. Sapu sos beberapa kali jika perlu.
- Angkat dan boleh dinikmati.
INFO CHEF: Selain dimasak dalam kuali, ayam juga boleh dipanggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit.
10. AYAM TERIYAKI

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping dada ayam | potong dadu
- 100gm brokoli | potong kecil
- 1/3 biji lada benggala merah | hiris
- 1/3 biji lada benggala hijau | hiris
- 1/2 biji bawang Holland
- Sedikit air
- Sedikit bijan panggang
- 2 sudu makan air bancuhan tepung jagung | jika perlu
- 4 sudu makan sos teriyaki
- 1 sudu makan minyak bijan
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga keperangan. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Masak hingga layu. Angkat.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng hirisan ayam hingga masak dan keperangan. Tambah sedikit minyak jika perlu. Angkat.
- Masukkan brokoli. Goreng kilas hingga lembut. Angkat.
- Seterusnya masukkan sos teriyaki dan air ke dalam kuali. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
- Tambahkan kesemua bahan-bahan yang digoreng tadi. Gaul rata.
- Tuang minyak bijan dan bancuhan tepung jagung jika perlu. Adun sebati dan angkat.
- Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Hidangan yang tidak pedas. Jika sukakan rasa hidangan yang pedas, tambahkan hirisan cili padi.
Buat Nasi Briyani Ayam Sorok Ni Confirm Ramai Yang Suka

Dah lama tak masak hidangan istimewa untuk keluarga. Makan malam hidangkan nasi briyani pun menarik. Aroma ketika menumis nasi briyani ni memang buat tak tahan nak makan. Pelbagai rempah ratus yang digunakan membuat ia tambah sedap. Gerenti bertambah nanti makan.
Nasi Briyani Ayam Sorok

Bahan untuk perapan:
1 ekor ayam
2 sudu besar serbuk kunyit-beli online di sini
2 sudu besar serbuk cili-beli online di sini
2 sudu besar serbuk kari ayam
4 sudu besar yogurt
Perap sebentar ke semua bahan di atas
Bahan untuk menumis:
4 susu besar minyak sapi
4 sudu besar butter/planta-beli online di sini
4 sudu besar rempah briyani
5 biji bawang besar(hiris)
4 ulas bawang putih(tumbuk)
2 inci halia(tumbuk)
2 biji cili hijau
6 biji cili padi (optional)
4 biji tomato
10-20 biji gajus dan kismis
3 helai daun salam
Kayu manis/cengkih/pelaga/bunga lawang
Daun pandan/daun ketumbar/daun pudina
Garam secukupnya
4 pot beras Basmathi-6pot air (1:1 1/2)
*Rendam beras selama 20-30 minit

Dapatkan MITSUTOYO RECHARGEABLE PERSONAL BLENDER SET dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:

1.Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis. Kacau seketika.

2.Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya.

3.Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata.
4.Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
5.Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
Kredit: Nuryusra Ibrahim Kutty
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Rahsia Buat Cucur Ketam Crispy, Makan Panas Panas Memang Layan
Kek Yang Tak Jemu Dimakan, Resipi Mudah Kek Oren Lembut & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

