Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan banyak ruang untuk bersama keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan yang tentunya saat ini sangat ‘perfect’ untuk melakar kenangan manis bersama.
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan tentunya memasak sajian istimewa untuk keluarga. Macam-macam menu boleh cuba masa PKP ni. Masa ni juga lah nak tunjuk ‘skill’ masak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Puan Sri Nisa Bakri telah berkongsi telatah suaminya Tan Sri Bakri Zinin menyediakan sajian Ikan Liking.
Nampak bersahaja sahaja aksi Tan Sri bila di dapur. Tidak kekok langsung. Malah setiap pertanyaan dari sang isteri dan anak, dijawab dengan tenang. Wah…memang pandai masak juga ni. Ingatkan Puan Sri sahaja handal di dapur.
Menurut pasangan VVIP yang sangat ‘sporting’ ini, menu Ikan Liking ini sangat mudah, senang disediakan dan berasal dari Brunei. Hanya menggunakan Ikan Kembung segar dan beberapa ramuan ringkas yang lain, anda boleh hasilkan Ikan Liking di rumah. Namun resipi yang ditunjuk oleh Tan Sri ini adalah versi tidak jemur kerana tiada matahari.
Bagi anda yang tak tahu apa itu Ikan Liking, menerusi carian di laman sesawang, Ikan Liking merupakan ikan yang dimasinkan dengan bumbu asam pedas. Ia perlu diperap semalaman dan kemudian dijemur di bawah matahari seharian. Untuk menikmatinya pula, ikan ini perlu digoreng dan hidangkan panas-panas. Wah…sedapnya!
Nak terbang ke Brunei rasanya belum boleh kan? Jadi apa kata kita cuba resipi yang dikongsi oleh Tan Sri dan Puan Sri ni. Sesekali ubah menu masak, pasti lebih berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN LIKING CARA BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMBUK @ KISAR:
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan belah dua. Ketepikan.
2. Satukan bahan tumbuk dan tumbuk lumat. Boleh juga dikisar. Jumlahnya bergantung pada jumlah ikan yang anda guna.
3. Ambil ikan dan lumurkan bahan tumbuk tadi di bahagian perutnya. Lakukan hingga habis. Lumurkan juga pes di bahagian badan ikan.
4. Perap ikan di dalam peti sejukbeku beberapa ketika supaya isi ikan meresap rasa bahan perapan. Untuk menikmatinya, hanya perlu goreng seperti biasa.
Malam ni min rasa nak makan menu sihat. Separuh hari ni asyik menghentam macam-macam makanan ibarat macam tong sampah. Pulun makan itu dan ini. Nah sekali min tengok resipi IKAN KUKUS LIMAU oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan rasa sempurna untuk dihidangkan buat keluarga. Masakan sihat paling senang dalam dunia! Suami tak pernah masuk dapur pun boleh masak. Potong, campak, tuang siap!
Bahan-Bahan:
Ikan pilihan ( apa apa yang disukai)
5 ulas bawang putih
7 cili api hijau/merah
1 serai
1 inci halia
1 ikat daun ketumbar
2 biji limau nipis
5 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Bersihkan ikan, lepas tu kelar-kelarkan. 2.Ketuk halia, 2 ulas bawang putih, dan serai. Sumbat dalam perut ikan.
3.Letak ikan dalam pengukus. Ikan siakap abang ni besar sangat kena belah dua supaya muat.
4.Sementara ikan bersauna di dapur, kau buat kerja leceh ni. Potong cili padi, daun ketumbar, dengan bawang putih.
5.Dah siap kerja leceh tadi, belah limau nipis dan perah sekuat hati. Seperti mana kalian kerja kuat memerah keringat, sekuat itu jugalah kalian perah limau ni.
6.Lepas tu masukkan 5 sudu sos ikan. Abang tak pakai susu. Main agak-agak. Kalau terlebih, padan muka akak kau kena darah tinggi. Hahah! Masa ni nak masukkan garam dan gula, silakan. Abang tak masukkan. Nota: kalau nak lebih sihat, tak payah sos ikan.
7.Ikan dah siap kukus. Pinggan yang abang guna tadi dah cair dalam pengukus, terpaksa tukar benda alah kaca ni. Entah apa benda namanya. Abang tak leh fikir sebab tengah fikir macam mana nak beritahu akak kau yang pinggan dia cair.Tuang kuah yang kita dah buat tadi atas ikan yang dah kukus. Hias dengan hirisan limau dan daun ketumbar segar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah tak masak asam pedas bubuh kelapa? Sedap weh rasanya. Kelapa tu dibakar dan masa makan nanti boleh gigit kelapa tu. Makin sedap makan tau. Try la.
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
4 sudu besar kerisik
1 liter air asam jawa
4 tangkai bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Kepingan kelapa (dibakar atas api seketika)
BAHAN A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
BAHAN B
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Ikan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Bahan A ditumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, kelapa bakar, daun kesum dan bendi.
3. Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik sehingga garing. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam. Biarkan 2 minit sebelum matikan api.
4. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kenapa manusia cenderung makan menu sama berulang kali? Ketahui jawapan saintifik, psikologi dan biologi yang menerangkan bagaimana otak, emosi dan rutin mempengaruhi pilihan makanan kita.