Ni dia resipi tauhu berlauk paling sedap tau. Dikukus dahulu baru dicelop telur dan digoreng. Memang padulah rasanya. Korang boleh frozenkan kalau tak nak goreng sekarang.

Boleh jadi bekal anak ke sekolah, kalau korang nak bawa bekal ke pejabat pun okay ni. Terima kasih Norishah Nordin atas perkongsian resipi ni.

TAUHU BERLAUK SEDAP


Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap. Kukus Dulu Tau…

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • Tauhu – 4 keping
  • Tauhu Telur – 2 keping
  • Daging Kisar – (goreng tanpa minyak. Tak goreng dulu pun takpe)
  • Telur – 2 biji
  • Carrot – hiris halus
  • Daun sup – hiris halus
  • Daun bawang – hiris halus
  • Cili merah – hiris halus
  • Serbuk Lada sulah
  • Serbuk Lada hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa
Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap. Kukus Dulu Tau…

Kisar semua bahan dibawah:

  • Tauhu
  • Tauhu Jepun
  • Telur

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Satukan kesemua bahan kisar dengan daun sup, daun bawang, carrot, cili merah yg telah dihiris halus, gaulkan kesemuanya.
Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap. Kukus Dulu Tau…
  1. Masukkan daging kisar.
  2. Masukkan serbuk perasa, garam, serbuk lada sulah lada hitam. Gaulkan hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 20-30 minit.
Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap. Kukus Dulu Tau…
  1. Keluarkan dari pengukus dan biarkan sementara. Boleh difrozenkan atau goreng terus.
Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap. Kukus Dulu Tau…
  1. Celupkan tauhu dengan telur untuk digoreng. Dan siap!

Sambal kicap Johor:


Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap. Kukus Dulu Tau…

IKLAN
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Sedikit gula
  • Kicap

CARA MEMASAK :

  1. – tumbuk cili padi, bawang putih, gula.
  2. – last, gaul dengan kicap.

Sedap weiii makan tauhu cicah sambal kicap ni.

Sumber : Norishah Nordin
Jum Like : Resepi Tutorial Terbaek

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI