Bagi penggemar tat telur pastinya lebih berpuas hati jika buat hidangan ini sendiri. Maklumlah, anda boleh buat banyak-banyak dan tentukan sendiri kandungan gula yang nak diletak. Rasa nak buat? Boleh cuba resipi ni. Pastri yang rangup, inti kurang manis dan tidak hanyir menjadikan tat ini sangat enak dinikmati pada bila-bila masa.

TAT TELUR

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Inti tat:

IKLAN
  • 5 biji telur
  • 250ml krim putar
  • 175gm gula kastor
  • 125ml susu segar
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Kulit Tat:

IKLAN
  • 150gm tepung gandum
  • 6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
  • 125ml air sejuk
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula halus

CARA MEMASAK:

  1.  Bagi menyediakan kulit tat, panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2.  Pada masa yang sama, campurkan tepung gandum, garam dan gula ke dalam mangkuk besar.
  3.  Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
  4.  Kepalkan menjadi bola dan bungkus dengan pembalut plastik. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  5.  Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan doh ke dalam acuan. Cucuk- cucukkan pai dengan garfu supaya kulit pai masak sempurna.
  6.  Bakar selama 15 minit sehingga kulit tat kelihatan separuh masak. Sejukkan seketika sebelum diisi dengan inti.
  7.  Untuk menghasilkan inti tat, satukan  kesemua bahan dan pukul hingga sebati. Tapis dan tuang ke dalam kulit pai yang telah dimasak tadi.
  8.  Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar sehingga tat masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI