Kuih talam ubi kanda atau talam ubi berlapis ini bukan saja cantik tapi juga enak rasanya. Cara membuatnya juga mudah dan tak menggunakan banyak bahan, hanya memerlukan ubi disagat, santan, garam selain pewarna dan kelapa parut. Bagi yang nak mencuba berikut adalah resipinya.
Resipi talam ubi kanda
Bahan-bahan
3 cawan ubi kayu yang sudah disagat
2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 cawan gula
Sedikit garam
Pewarna
Kelapa parut secukupnya
Ads
Cara membuat
1. Ubi kayu yang disagat diperah tapi airnya jangan dibuang lagi. Tunggu mendapan ubi turun ke bawah. Ambil mendapan gaul dengan ubi sagat tadi. Ketepikan dulu.
2. Dalam pada itu panaskan kukusan. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan sedikit minyak. Lapik dengan plastik. Ketepikan seketika.
3. Dalam satu bekas, satukan ubi sagat bersama semua bahan. Gaul semua hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kuning, hijau dan merah.
5. Masukkan adunan ubi warna hijau terlebih dahulu dalam loyang. Kukus 10 minit, hingga warna sudah bertukar terang dan adunan nampak berkilat dan berkanji.
6. Seterusnya tuang dan kukus adunan kuning selama 10 minit atau hingga masak. Kemudian tuang adunan merah dan kukus 15 minit.
Ads
7. Selepas masak, sejukkan dulu. Sementara itu boleh gaul kelapa parut gaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
8. Bila kuih talam sudah sejuk, potong dan gaul dalam kelapa parut. Siap.
Selalunya kulit jagung akan dibuang dan hanya mengambil isi jagung sahaja. Tidak perlu mencari daun pisang resipi lepat jagung manis ini menggunakan kulit jagung sebagai pembalut kuih lepat. Sangat bijak dan tiada pembaziran dalam proses masak lepat kerana semua digunakan sepenuhnya.
LEPAT JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
4 tongkol jagung (disagat halus)
1 tongkol jagung (hiris)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat dengan menggunakan api sederhana (kacau selalu supaya tidak hangit)
3. Sediakan kulit jagung dan masukkan 1 sudu besar adunan.
4. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 20 minit.
Tiap kali menonton drama Korea , nama makanan ni sering disebut. Sebenarnya populariti K-Pop dan K-Drama lah inilah yang turut mempopularkan sajian mereka.
So cuti hari minggu ni , jangan lupa mencuba resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang berpengalaman bekerja di Korea Selatan.. Baru ada ‘feeling’ Korea masa menonton tadi.
1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )
BAHAN-BAHAN :
½ cawan tepung gandum
1biji telur
2 sudu besar mentega | yang dicairkan
3 sudu besar gula kaster
Secubit garam
½ cawan susu segar
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh minyak masak
4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati. 2. Panaskan oven sehingga 160-180’C. 3. Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh. 4. Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan. 5. Bakar lebih 13-15 minit sehingga adunan masak kuning keemasan.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Stim atau bakar di dalam oven Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Muffin yang gebu dengan rasa telur segar
Info chef :Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.
2. TTEOBOKKI (KEK NASI BERSAMA PES CILI)
BAHAN-BAHAN : Bahan kek beras :
250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
1 sudu kecil minyak bijan
Secubit garam
Bahan sos :
5 sudu besar minyak masak
1 cawan air
5 ulas bawang putih | dikisr
5 cili api | dikisar
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan cuka masak
1 sudu makan pes cili kering
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati 2. Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan. 3. Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan. 4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. 5. Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati. 6. Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat. 7. Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan. 8. Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 30 minit Cara Memasak : rebus dan tumis Jenis Masakan : sajian Korea Keistimewaan : Rasa pedas dan amat mengenyangkan
Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri, Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.
3. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUCAI)
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1biji telur
½ cawan air
1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati. 2.Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. 3.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum. 4.Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda. 5.Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali. 6.Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan. 7.Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 15 minit Cara Memasak : Goreng menggunakan minyak yang sedikit Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Seperti rasa lempeng tetapi bahan sayur kucai menambah perisa
Info Chef :Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.
4. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN )
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
1 ikat daun bawang dihiris halus
1 sudu makan kicap
1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
6 cawan air
30 gm ikan bilis
10 gm rumpai laut kering
100gm lobak putih
CARA MEMASAK : 1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana. 2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus. 3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi. 4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan. 5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika. 7. Sedia untuk dimakan
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan
Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan , ituu ikut citarasa anda.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MENEPATI KEPERLUAN ANDA, JOM LAYARI DI SINI.
Pernah cuba Karipap Kentang Daun Sup? BAgi anda yang suka makan karipap, pasti dah biasa anda makan karipap kulit kosong tu. Jadi kali ni bolehlah cuba Karipap Kentang Daun Sup perkongsian saudari Tie Watiezz. Mesti lagi wangi! Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1.Rebus ubi kentang hingga empuk. Toskan kemudian tumbuk/potong kasar. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia. 3. Masukkan rempah kari dan air. Tunggu hingga pecah minyak sedikit anggaran 5 minit.
4. Perlahankan api, masukkan garam dan kiub pati daging. 5. Setelah rempah masak, padamkan api, buang rempah 4 sekawan. 6. Masukkan ubi kentang yang ditumbuk kasar tadi. Gaul rata bersama rempah. 7. Akhir sekali, tabur daun sup yang dicincang.
8. Ambil doh karipap tadi dan bentukkan bulat.
9. Ambil doh, canai jangan terlalu nipis.
10. Kemudian masukkan inti dengan secukupnya. Kelim dan bentukkan menjadi karipap.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.