Jom cuba buat Talam Roti Paun guna resipi perkongsian saudari Dhia Azlinda ni. Resipinya cukup mudah dan nampak sangat sedap. Sesuai bagi anda yang gemarkan Kuih Talam. Jika ada lebihan roti yang hampir tamat tempoh, sesuai sangat cuba resipi yang satu ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK TALAM ROTI PAUN

Resipi Talam Roti Sedap & Mudah, Guna Loyang Saiz 8 Inci

BAHAN LAPISAN BAWAH:

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 20 minit atau sehingga lembut.
  2. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8″. Sapu minyak terlebih dahulu di sekeliling loyang dan alas plastik.
  3. Kukus roti selama 25 minit.
  4. Apabila sudah masak, angkat dan cakar dengan garpu.
  5. Jika terdapat sedikit air di permukaan kuih, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu. Kemudian barulah dicakar sedikit sebelum tuang adunan lapisan tengah.

 

BAHAN LAPISAN TENGAH:

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan-bahan diatas. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.

  1. Masak hingga naik wap menggunakan api sederhana. Pastikan adunan sentiasa dikacau menggunakan whisk.
  2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Tekstur adunan seolah-olah macam susu pekat sahaja.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit. Apabila masak, cakar permukaannya dengan garpu.

 

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 1/2 cawan tepung kastard beli online disini
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit esen vanilla
  • 3 biji telur gred B
  • 100ml santan pekat
  • 300ml air
  • Sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun tidak mengapa) beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Langkahnya seperti membuat lapisan tengah. Satukan semua bahan dan tapiskan.

  1. Masak jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul.
  2. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus lagi selama 25 minit.

Resipi Talam Roti Sedap & Mudah, Guna Loyang Saiz 8 Inci

TIP BUAT KUIH TALAM

  • Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukusan.
  • Lap guna tisu dapur jika ada air pada permukaan kuih
  • Cakar permukaan kuih dengan garpu kemudian tuangkan adunan lapisan atas.
  • Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga talam masak dengan sempurna.
  • Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukusan dengan kain, lap tutup kukusan setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata.
  • Setelah kuih masak, sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah dikeluarkan dari loyang.
  • Potong Kuih Talam dengan menggunakan pisau plastik ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik.

Resipi Talam Roti Sedap & Mudah, Guna Loyang Saiz 8 Inci

Kredit resipi & foto: Dhia Azlinda

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Cuci Periuk & Kuali Guna Sabun Ni Je. Berkilat Macam Baru

Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI