
Isi Kandungan
TogglePada seorang anak air tangan ibu adalah yang paling sedap. Walau masakan paling ringkas seperti sup telur ini, bagi anak-anak empunya resipi Nora Azni ia tetap terpaling sedap di dunia.
Kalau yang lain nak cuba sup telur ini pun boleh, disertakan sekali resipinya.
Resipi sup telur ringkas tapi terpaling sedap
Bahan-bahan
4 biji telur ayam
7 biji fishball (belah dua)
1/2 batang lobak merah (belah dua dan potong biasa)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Kiub pati ayam (guna separuh)
Lada sulah
Garam
2 gelas air putih (jika banyak telur lebihkan air untuk kuah)
Minyak masak
Cara memasak
1. Panaskan satu sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit. Kemudian masukkan lobak merah.
2. Tambahkan dua gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
3. Pecahkan telur sebiji ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. Biar sampai telur masak, jangan kacau supaya telur tak hancur.
4. Bila semua telur masak elok boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api. Sebelum hidang tabur bawang goreng dan daun sup.
Sumber: Nora Azni
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Aneka Omelete Pukul-pukul Goreng, Punyalah Kaw-kaw Rasanya Sedap DiRatah

Di rumah kalau ada banyak lagi telur, mulalah tangan ni nak menggoreng.Buka freeze ada pulak sosej, daging, keju dan sayur. Wah, bila dimasuk dalam bancuhan telur, punyalah sedap rasanya..
Omelette atau telur dadar disebut orang kita, makin sedap bila dicampur pelbagai perencah tambahan menjadikan ia makanan paling berkhasiat, namun kosnya murah aje.
Ni min kongsikan tiga resipi Omelet yang pasti anda puas hati. Cubalah ya.
OMELET SOSEJ DAGING SALAI
.
BAHAN-BAHAN :
- ½ bahagian mi *mi telur kerinting
- 3 biji telur
2 sudu makan tepung gandum
- 4 sudu makan susu cair
- 1 keping smoke beef @ daging salai | dihiris
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 ½ batang sosej | sekitara 1.5sm
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- Serbuk perasa stok kcendawan secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Rebus mi (jangan terlalu lembik), potong pendek dan ketepikan.
- Larutkan tepung gandum dengan susu cair, dan kacau sampai tidak berketul.
- Masukkan telur, daging smoked beef, daun bawang, garam, serbuk stok cendawan, kacau sebati
- Masukkan mi dan kacau rata.
- Tuangkan ke dalam kuali bulat saiz kecil (bertangkai), masukkan sosej di tengahnya.
- Masak dengan api kecil dan tutup.Angkat dan hidangkan
Kredit : FB :Resep Makanan
OMELET TELUR SAYUR DAN DAGING
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 sudu makan minyak sayur
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 30gm bawang Bombay | dicincang
- 200gm daging lembu | dicincang
- 100gm terung ungu | dipotong
- 1 biji tomato | dibelah-belah
- 1 sudu teh daun parsli | dicincang
- 1 sudu makan sos tiram
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- 2 biji telur | dipukul hingga berbuih
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang Bombay hingga layu.
- Masukkan daging cincang, masak dan kacau sehingga keperangan.
- Tambahkan terung dan tomato, biar masak hingga layu
- Masukkan daun parsli, garam, sos tiram, serbuk lada hitam.
- Tuangkan telur yang telah dipukul dan kecilkan api
- Tudungkan kuali sehingga permukaan omelette masak. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan sos sambal.
.FB : kumpulan resep masakan
OMELET TELUR TAHU
Oleh: @banususanto
.
BAHAN-BAHAN :
- 4 keping tahu | dihancurkan
- 5 biji telur, ukuran besar | dipukul
- 1/3 cendawan telinga kera (hitam)
- 5 biji cendawan butang | dihiris
- 2 tangkai daun bawang | dicincang
- 3 biji cili merah besar | dihiris
- 3 biji cili hijau besar | dicincang
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Serbuk perasa stok cendawan secukupnya
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK :
- Campurkan semua bahan jadi satu sehingga tercampur rata
- Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan campuran bahan omelette
- Masak dengan api kecil dan tutup kuali agar masak rata.
- Apabila bahagian bawah omelette yang sudah masak dan terbalikkan.
- Jika takut terkoyak angkat dan terbalikkan ke atas pinggan terlebih daulu. Setelah itu dimasukkan balik dalam kuali.
- Biarkan memasak dengan api kecil, dan biarkan masak rata
- Saji semasa hangat dan sedap diratah begitu sahaja. Saiz hidangan 6-8 bahagian.
Fb :Makan Makan Enak
Telur Masak Masala , Harum Semerbak Rempah Ratusnya

Masakan dari telur rebus memang menjadi kesukaan ramai. Acar telur, kurma telur, sambal telur, kari telur, taucu telur dan macam-macam lagi. Mencari kelainan, boleh buat telur masak masala.
Telur masak masala ini memang sedap. Rasa rempahnya lagi kuat dan terasa berbanding kari biasa. Macam itulah tahap sedapnya telur masak masala ini.
Bagi yang nak cuba, kena pastikan ada garam masala di rumah. Garam masala ni kalau ada, baru ‘kick’ masakan tu. Tapi kalau lebih sangat pun nanti pahit.
Telur Masak Masala
Bahan-bahannya:
- 6 biji telur direbus.
- 1 biji bawang merah besar atau bawang Holland-BELI ONLINE DI SINI
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 inci halia (dicincang)
- 2 biji tomato (dicincang)
- 2 sudu teh jintan putih-BELI ONLINE DI SINI
- 3 tangkai cili kering (dipotong pendek)
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh garam masala
- 1 sudu teh serbuk halba
- 2 sudu teh serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI
- 2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu besar jus lemon
- 1 sudu besar cili kisar
- Garam dan gula secukupnya
- 5 sudu besar minyak
Cara memasak:
1.Gaul telur bersama satu sudu teh serbuk kunyit dan satu sudu teh serbuk cili.
2.Panaskan minyak dan goreng telur seketika. Angkat dan ketepikan.
3.Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, masukkan jintan putih.
4.Apabila ia meletup, masukkan cili kering dan bawang merah.
Masak sehingga bawang keperangan.
5.Kemudian, masukkan cili kisar, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk halba,garam dan gula.Kacau rata.
6.Perlahan api dan masak dengan perlahan selama 10-15 minit.
Tambah air jika perlu.
7.Selepas itu, masukkan telur, garam masala dan jus lemon.
8.Gaul rata dan siap.
Kredit: @azianhasan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Anek Masakan Berasaskan Telur Sedap Dan Mudah

Isi Kandungan
ToggleAneka masakan berasaskan telur ini mudah disediakan dan sedap pula. Telur wajib ada dalam setiap rumah kerana terlalu berguna saat terdesak. Macam-macam masakan sedap boleh dimasak dengan menggunakan telur.
Dikongsikan tiga lagi masakan berasaskan telur yang sedap. Cubalah ye.
ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR
ACAR TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
½ biji timun (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
Separuh batang lobak merah (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
5 biji bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
½ inci halia (hiris) – boleh beli online di sini
1 inci kulit kayu manis – boleh beli online di sini
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
3 sudu makan sos cili
½ sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan gula, garam, cuka dan sos cili.
- Masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.
- Setelah mendidih masukkan telur , timun dan lobak merah. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
10 ulas petai (buang kulit) – boleh beli online di sini
5 biji bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini
2 sudu makan cili kisar – boleh beli online di sini
4 sudu makan santan pekat
Sedikit asam jawa – boleh beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
- Setelah mendidih, masukkan telur dan petai.
TELUR KUKUS GORENG
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair – boleh beli online di sini
Sedikit daun ketumbar (racik)
4-5 ekor udang hidup (buang kulit dan potong kecil)
Sedikit daging ayam (potong kecil)
Cili benggala merah (potong dadu)
Sedikit cili benggala hijau (potong dadu)
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
- Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
- Kukus dalam 5 hingga 10 minit.
- Keluarkan dari bekas kukusan, potong mengikuti cita rasa anda dan goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan.
- Sedia dihidangkan bersama sos dan mayones.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official