
Menu ringkas, mudah dan cepat disediakan sering menjadi tarikan ramai si bujang untuk mencubanya di dapur. Biasanya konsep ala carte yang menjadi pilihan. Bagi anda yang baru pertama kali nak belajar cara masak paprik, resipi ini boleh anda cuba.
PAPRIK CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk nasi putih
- 150gm isi ayam | dihiris kecil
- 2 ekor sotong | dihiris bulat
- 1/2 biji bawang besar|dihiris
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 batang serai | dihiris memanjang
- 2 helai daun limau purut |dihiris kasar
- 1 tangkai cili merah | dihiris serong
- 2 sudu makan | pes cili kering
- Sedikit hirisan lobak merah
- 2 batang kacang panjang | potong 3cm sedikit
- Sedikit hirisan bunga kobis
- Sedikit sos tiram
- Sedikit sos cili
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
Langkah 1: Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, hirisan bawang besara dan cili.
Langkah 2: Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.
Langkah 3: Masukkan hirisan ayam dan sotong, kacau hingga layu.
Langkah 4: Masukkan hirisan daun limau purut dan serai.
Langkah 5: Masukkan hirisan sayur-sayuran.
Langkah 6: Akhir sekali masukkan sos cili, tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
Sedia untuk dinikmati!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Bakar Sedap & Sihat Guna Bahan Perapan Mudah

Isi Kandungan
ToggleAyam bakar selalu jadi hidangan mereka yang mengamalkan pemakanan sihat atau pun yang dalam proses diet.
Antara cara untuk menghasilkan ayam bakar yang sedap adalah dengan menggunakan bahan perapan. Bagi yang ingin membuat bahan perapan yang mudah boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nuha Mohamad.
Hanya menggunakan gabungan beberapa serbuk rempah, ia mampu menghasilkan ayam bakar yang enak untuk dijadikan hidangan.
Resipi perapan ayam sedap dan mudah
Bahan-bahan
1 bahagian peha ayam (bahagian whole leg jika suka)
1 sb serbuk pati ayam
1 sb garlic salt
1 sb onion powder
1 sb black pepper
1 sb white pepper
1 sb mix herbs
1 sb paprika
1 sb chili flakes
Bahan lain
Garam
Minyak zaitun
Baca: Resipi Mudah Ayam Bakar Black Pepper, Sangat Sedap & Sempoi!
Cara membuat ayam bakar
1. Satukan semua bahan dalam satu bekas dan gaul sebati. Siap bahan perapan ayam!
2. Cara menggunakan, kelar ayam dan perap dengan garam secukupnya. Letak sedikit minyak zaitun dan masukkan satu sudu besar rempah perapan (untuk satu whole leg ayam).
3. Selepas ayam disapu dan digaul rata dengan bahan perapan, perap semalaman.
4. Kemudian boleh bakar menggunakan air fryer selama 30-40 minit pada suhu 180 darjah. Terbalikkan ayam pada separuh masa kedua.
Hidangkan bersama salad atau sayuran atau boleh dijadikan lauk juga. Lebihan bahan perapan boleh disimpan bekas bertutup di dalam peti sejuk.
Sumber: Nuha Mohamad
Resipi Chicken Chop Rangup Tanpa Salut Tepung, Tak Guna Minyak

Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Kali ini, kita tunjuk cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, dengan menggunakan bahan yang sikit sahaja, boleh menghasilkan menu chicken chop yang sangat sedap.
Jom kita cuba! Oh ya, resipi ini sesuai untuk dua orang makan.
CRISPY SKIN CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM GRAVY
BAHAN-BAHAN:
2 potong ayam (bahagian pinggul dan peha)
50-100ml krim masakan
5 biji cendawan – beli online di sini
1 sudu besar lada hitam – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu mentega – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Makan Di Mana Eps 15: Duduk Rumah Pun Boleh Layan Lauk Kenduri
CARA-CARA:
1. Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”
2. Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu, tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”. Kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel atau non-stick.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
4. Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.
5. Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.
6. Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.
7. Setelah cukup 20 minit, baru periksa sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum, sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.
8. Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.
9. Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.
10. Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah. Masukkan bawang putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.
11. Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengan mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.
12. Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.
13. Akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portabello atau shiitake segar.
14. OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah di bawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Bahan Kudapan Sendiri, Potato Chips Yang Nipis & Rangup
7 Tips Gulai Ayam Kelate Jadi Cantik & Sedap, Boleh Cuba Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
5 Menu Stim Yang Senang Cara Memasaknya, Sedap & Sihat.

Ramai beranggapan menu kukus atau stim leceh nak buatnya sebab malas nak keluarkan pengukuskan hehe sebab min pun ada pengalaman ini. Tapi tau tak menu kukus ni paling senang ringkas dan cepat masak. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal. Berikut dikongsikan lima resipi kukus ekspres dan sihat yang boleh dicuba.
.
AYAM KUKUS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
- 2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan
- 3 sudu makan tauchu | kisar
- 4 ulas bawang merah | cincang halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit daun bawang | hiris memanjang
- 2 biji cili merah | cincang halus
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh jus limau nipis
- 1 sudu teh minyak bijan
- Sedikit garam | jika perlu
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 3cm halia muda
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan pengukus.
2. Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
3. Kukus lebih kurang 15-20 minit.
4. Sementara itu sediakan sos.
5. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
6. Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
7. Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
8. Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
9. Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.
.
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu the lada sulah
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 1/2 biji bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 5 biji cili padi | titik
- 1 batang serai | titik
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 sudu makan minyak
BAHAN HIASAN:
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit hirisan cili merah
- Sedikit hirisan limau nipis
- BAHAN KISAR:
- 2cm halia muda
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan pengukus.
2. Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
3. Kukus lebih kurang 10-15 minit.
4. Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
5. Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
6. Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
7. Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
8. Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
9. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
10. Ikan kukus sedia dihidangkan.
.
SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos plum
- 1/2 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang besar | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2cm halia muda | hiris halus
- 2 biji cili merah | cincang halus
- Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
- 1 biji tauhu putih | kisar kasar
- 1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
- 1 biji telur
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Panaskan pengukus.
3. Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
5. Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
6. Sementara itu sediakan sos.
7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
9. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
10. Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
11. Sotong sedia dihidangkan.
.
TELUR KUKUS SOS MUSTARD MADU
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 2 sudu makan susu cair
- 1/2 cawan sudu makan isi ayam | cincang halus
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
- 3 sudu makan mustard
- 1 sudu makan mayomes
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 sudu makan madu
- 1 biji cili merah | dadu halus
- Secubit haram
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Panaskan pengukuks.
3. Sementara menunggu kukus panas, isikan bancuhan telur tadi dalam acuan.
4. Lakukan hingga habis adunan telur, kemudian kukuks lebih kurang 10-15 minit.
5. Bancuh semua bahan sos dalam mangkuk, jika terlalu pekat tambahkan sedikit air panas.
6. Tuangkan di atas tahu yang telah kukus tadi.
7. Tauhu sedia dihidangkan.
.
TAUHU JEPUN SAMBAL ISI AYAM CINCANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 pek tauhu Jepun | buangkan plastiknya
- 100gm isi dada ayam | cincang
- 1/2 biji cili besar | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2 biji cili merah | cincang
- 1/2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh sos ikan
- Garam dan perasa secukupnya
- 1/2 sudu makan, minyak masak
- Hirisan daun bawang | untuk hiasan
- Hirisan lobak merah | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu lebih kurang 10 minit
2. Sementara itu sediakan sambal .
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan cili merah hingga wangi.
4. Masukkan pes cili cili kering, kacau rata dan masukkan sos tiram, sos ikan .
5. Seterusnya masukkan isi ayam dan kacau rata.
6. Perasakan dengan garam, lada sulah dan perasa secukupnya.
7. Setelah masak, tutup api dan tuangkan sambal di atas tauhu yang telah di kukus tadi.
8. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang dan lobak merah sebelum dihidangkan.