Jika anda suka makan di restoran nasi kandar pasti selalu tengok Sayur Kubis Goreng ini. Rasanya sedikit berempah dan sedap dimakan bersama kari. Pendek kata menu sayur ini pasti menjadi pilihan wajib setiap kali menjamu selera. Seakan tidak lengkap anda makan nasi kandar tanpa mengambil Sayur Kubis Goreng. Jom cuba buat Sayur Kubis Goreng ala mamak mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie
SAYUR KUBIS GORENG ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
½ biji kubis 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih ½ batang lobak merah 1 sudu teh halba campur 1 inci halia 6 tangkai cili kering 2 biji cili padi 2 tangkai daun kari 1 sudu teh serbuk kunyit ½ sudu teh biji jintan putih Sedikit serbuk lada sulah/putih Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis *bawang merah potong mayang *cili padi potong kasar *bawang putih racik halus *cili kering gunting 2 atau 3 *daun kari *halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2.Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3.Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
Ads
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
Ads
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Gulai lemak pisang muda memang lauk yang enak tapi tak ramai yang tahu menyediakan lauk ini terutama kalangan anak muda.
Bagi yang ingin belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Mizah Ngatiman. Menggunakan pisang kapas muda bersama ikan masin talang ada beberapa tip dikongsi termasuklah cara memotong pisang.
Resipi gulai lemak pisang muda dengan ikan masin
Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas muda
2 ekor ikan masin talang (cuci bersih dan rendam sekejap)
1 keping asam keping
Santan pekat, garam dan gula secukupnya
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 jari kunyit
1 sb ketumbar
3 tangkai cili padi (suka pedas lebihkan)
Cara memasak
1. Mula-mula siang dulu pisang. Siat nipis kulit pisang tapi jangan putus, seperti dalam gambar.
2. Kemudian hiris serong atau belah tengah. Cuci bersih.
3. Panaskan air. Air dah mendidih, masukkan pisang. Rebus sampai empuk. Kemudian tapis.
4. Masuk bahan kisar dalam kuali. Buka api. Biarkan air kering sekejap kemudian masukkan santan.
5. Masukkan ikan masin. Ikan masin cuci bersih kemudian rendam sekejap.
6. Masukkan asam keping. Sentiasa kacau kuah hingga mendidih ‘manja.’
7. Masukkan pisang yang kita rebus tadi. Letak garam dan gula secukupnya.
Kalau makan mi, nasi atau kuey teow goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni.
Ada cara yang mudah dan cepat untuk buat cili jeruk tanpa masak. Cara yang dikongsikan saudari Aisyah Humaira ini hanyalah potong dan gaul, dah siap! Rasanya memang sedap!
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!