Sardin sememangnya jadi penyelamat bila malas masak. Kali ini, jom kita cuba resipi Sambal Sardin Crispy yang rangup ni. Memang ngam makan dengan nasi panas. Boleh tambah berpinggan-pinggan dibuatnya. Resipi simple dan budget friendly. Jom cuba.

SAMBAL SARDIN CRISPY

Resipi Sambal Sardin Crispy, Lauk Power Bikin Nasi Bertambah

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin
  • Tepung jagung | untuk salut sardin
  • 5-6 biji cili padi
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Bawang merah besar
  • 1 inci halia | hiris halus
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato
  • Sedikit air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air perahan limau kasturi @ nipis

 

Cara Memasak:

  1. Asingkan ikan sardin dengan kuah. Salutkan sardin dengan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dan goreng garing. Angkat dan toskan.
  3. Kisar kasar cili padi dan bawang putih.
  4. Di dalam kuali yang sama, buang sedikit minyak lalu tumiskan bawang merah dan halia.
  5. Bila agak layu, masukkan cili kisar dan bahan kisar tadi. Tumis hingga cili masak dan naik bau.
  6. Kemudian, masukkan tomato, sedikit air, kuah sardin, garam, gula, serbuk perasa dan air perahan limau. Gaul hingga sebati.
  7. Masukkan sardin yang telah digoreng. Gaul hingga kuah dan ikan sardin tadi mesra.
  8. Sambal Sardin Goreng sedia untuk dihidangkan.

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu? Ini Caranya.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu? Ini Caranya.

Ads

Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!

Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.

Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Resipi Sambal Sardin Crispy, Lauk Power Bikin Nasi Bertambah

Satu Tin, Seribu Resipi!

Sardin ni memang legend — senang, cepat & sedap. Dari sambal ke pasta, semua pun boleh!

Beli Sekarang

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI