Resipi Sambal Kicap Mak Ros. Pekat, Likat Memang Sedap!

Share

Sambal Kicap Mak Ros ni memang power. Kalau nak belajar buat Sambal Kicap yang sedap, inilah resipinya. Menerusi perkongsian FB saudari Zee Azean Widawati, Sambal Kicap ini adalah resipi rahsia ibunya iaitu Puan Rossilawati Bt Ya’aman dan memang disukai ramai. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Memang sedap kalau makan bersama Mi Sup

, Tempe, Tauhu dan pisang goreng.

 

CARA BUAT SAMBAL KICAP MAK ROS

BAHAN-BAHAN:

  • 50 biji cili padi
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan gula
  • Kicap secukupnya – bergantung pada kehitaman sambal yang anda nak
  • 5 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan serbuk cukup rasa
  • Air masak – jumlah ikut kepekatan yang dikehendaki

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan semua bahan dan kisar hingga halus.

2. Jika guna kicap manis, boleh tambah secubit haram. Jika guna kicap masin, tak perlu tambah garam.

3. Andai mahukan sambal kicap yang pekat likat, jangan letak banyak air. Seimbangkan kepekatannya.

4. Tuang sambal kicap dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan berbulan-bulan.

5. Enak dinikmati bersama aneka hidangan seperti sup, makanan bergoreng dan sebagainya.

Kredit resipi & foto: Zee Azean Widawati

IKLAN