Sambal hijau petai ini memang memancing selera untuk makan. Bila tengok saja lauk ini terus ‘auto’ rasa lapar.
Sambal ini tak perlu lauk mentah atau ikan bilis, hanya semata-mata petai, bawang dan cili. Inilah yang membuatnya sedap tak terkata.
Resipi sambal hijau petai
Bahan-bahan
1 genggam cili api (campur dengan cili besar supaya tak terlalu pedas)
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong
1 mangkuk petai
Cara membuat
1. kisarkan cili api dan bawang putih bersama sedikit air. Masukkan dalam kuali dan keringkan atas dapur tanpa minyak.
2. Sementara itu dalam kuali lain panaskan minyak dan goreng bawang besar.
3. Masukkan petai ke dalam kuali berisi cili, dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Bila bawang sudah berwarna perang satukan dengan tumisan cili yang sudah kering airnya. Kacau dan biarkan hingga cili masak. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Yayar Awang Noh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Tanpa Belacan, Tetap Sedap Dinikmati. Orang Ada Resdung Pun Boleh Makan
Perasan tak, kadangkala ada individu yang tidak boleh menikmati sambal yang menggunakan belacan sebagai ramuannya. Ini kerana mereka mungkin mempunyai resdung atau alahan. Kalau makan juga, alamatnya bersin-bersinlah jawabnya.
Justeru, seorang personaliti kebun bandar, Enkay Nik Mustaffa memberikan resipi Sambal Tanpa Belacan. Menurutnya, resipi ini adalah daripada ibunya sendiri yang kerap membuat sambal sebegini disebabkan mahu mereka yang ada alahan pun dapat menikmati sambal ketika makan nasi. Barulah nikmat, kan?
Sambal ini tidak menggunakan gula putih sebaliknya menggunakan gula melaka yang juga dipanggil sebagai gula kelapa atau nise.
“Saya memang dah lama tidak ambil gula putih. Ini kerana gula putih mengandungi bahan tidak baik dalam tubuh. Gula boleh menyebabkan ketagihan. Malah turut tidak elok diambil secara berlebihan sehingga meningkatkan risiko kepada masalah jantung,” ujarnya.
Jom kita tengok resipi sambal tanpa belacan ni. Sedap dimakan dengan nasi panas dan ayam goreng. Wow!
SAMBAL TANPA BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
10 biji limau kasturi (dibelah dan diperah jus dan bijinya)
2 inci halia
Segenggam cili padi
5 sudu besar cuka makan
Sedikit gula melaka
Garam scukup rasa
CARA MEMBUAT:
1) Bawang merah dan bawang putih dibakar.
2) Ambil pengisar, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dibakar tadi.
3) Masukkan kulit limau kasturi.
4) Masukkan jus limau kasturi yang telah ditapis.
5) Masukkan halia.
6) Kisar semua ini sehingga hancur.
7) Masukkan pula cili padi. Kisar sekali lagi.
8) Masukkan cuka makan. Kisar sekali lagi.
9) Masukkan gula melaka dan garam mengikut cita rasa anda. Kisar lagi. Siap untuk dihidang.
Sumber: Tiktok Enkay.NikMustaffa
Anda mungkin suka entri yang berikut:
https://www.rasa.my/oku-bersihkan-semak-jumpa-buah-letup-rupa-rupanya-banyak-khasiat-buah-ini/
Ramuan Buat Cili Kisar Serbaguna Warisan Ibu Mentua, Boleh Sambal Tumis, Masakan Bergoreng & Pelbagai Lagi
Stok cili kisar antara yang kena sentiasa ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Kebiasaannya ia dikisar berasingan dengan bawang. Namun untuk lebih menyenangkan, boleh gunakan teknik membuat cili kisar serbaguna ini.
Cili kisar serbaguna perkongsian Nurul Ateekah ini dicampur sekali dengan bawang dan ramuan sambal lain supaya memudahkan kerja memasak. Nak masak ceduk saja. Ia juga boleh tahan selama sebulan. Cili ini juga boleh digunakan untuk memasak aneka masakan bergoreng, rendang selain sambal tumis.
Cara buat stok cili kisar supaya sambal tumis jadi sedap
Cili kisar ini diajar oleh mak mertua saya, yang juga dulu seorang peniaga nasi berlauk, pelbagai jenis mi di Singapura. Wangi aroma tumisan cili ini bila dimasak. Ia juga senang, mudah nak diguna bila-bila masa nak masak.
Bila dah ada cili kisar macam ini nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis goreng semua jadi mudah. Cili kisar ini boleh tahan selama 1 bulan, dan tidak berbau, ia juga kurang pedas.
Bahan-bahan:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawang besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi (sebab cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang ulat pun ada.
3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4. Masukkan ke semua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat.
(Letak minyak boleh membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila kisar, cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur).
5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara masak sambal sotong
Ini contoh masakan sambal sotong mengggunakan cili kisar ini. Disertakan sekali tip agar dapat sambal sotong yang sedap.
1. Didihkan air, masukkan 500gram sotong, masak 4-5 minit. Angkat dan toskan sotong.
2. Masukkan satu senduk cili kisar tadi, masak sehingga pecah minyak dan sehingga cilinya masak. Waktu masak cili, memang bau tumisan harum saja.
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan sehelai daun limau purut dan satu sudu perahan air asam jawa.
4. Masukkan gula, garam,serbuk belacan, dan kiub Knorr. Gaul sebati.
5. Masukkan sotong dan santan 2 sudu besar. Kenapa masukkan santan? Sebab nanti sambalnya akan rasa berlemak dan sedap.
6. Kacau dan angkat bila sambal masak elok.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ateekah
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Bagi pencinta sambal, resipi Sambal Padang perkongsian saudara Khabbab Jamalludin ni antara yang sangat berbaloi dicuba. Padu betul. Kombinasi sambal yang dihasilkan dari campuran cili padi, cili hijau, cili merah ditambah pula dengan aneka bawang yang banyak memang sangat enak. Memang nikmat tak terkata. Cara nak nikmatinya? Boleh sahaja mengikut selera anda. Andai dimakan bersama Ayam Goreng, Terung Goreng sudah cukup buat anda makan bertambah. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SAMBAL PADANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar sedikit – beli online disini
- Bawang putih sedikit – beli online disini
- Cili Merah
- Cili Hijau
- Cili Api
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya – beli online disini
- Asam keping – beli online disini
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit ajinomoto – beli online disini
- Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Kupas dan bersihkan semua bahan. Kuantitinya agak-agak sahaja.
2.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Tambah sedikit air dan kisar kasar.
3.Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas. Jumlah minyak anggaran separuh dari jumlah bahan kisar.
4.Masukkan bahan kisar dan tumis.
5.Bila cili sudah bertukar warna, perlahankan api.
6.Tutup kuali menggunakan tudung periuk sambil dikacau sekali sekala.
7. Bila bahan tumisan sudah hampir pecah minyak, masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh tambahkan aji jika suka.
8.Tutup sekejap kuali tumisan. Biarkan selama 5 minit kemudian padamkan api.
9. Sambal Padang sedia untuk dihidangkan. Boleh simpan dalam bekas kaca atau yang bersesuaian.
10.Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Khabbab Jamalludin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official