Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
Banyak-banyak resipi ayam, yang paling mudah buat dan gerenti bertambah ialah ayam kicap berempah. Kombinasi kicap dan rempah ratus yang digunakan mengundang aroma yang sungguh menyelerakan.
AYAM KICAP BEREMPAH
Bahan-bahan:
8-12 ketul ayam,Sedap gunakan bahagian bertulang
4 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 cm halia *
Kesemua bahan bertanda ditumbuk.Jangan blend.
3 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan asam jawa.Ramas dan ambil airnya
Kicap manis Enaq ikut rasa
2 sudu makan minyak
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa
Memang sedap sungguh bila masak resepi ayam kicap macam ni. Anak-anak duk puji mama dia pandai masak.Suka hati tengok anak ratah ayam berselera.
Bahan yang menyedapkan kuah ayam kicap :
1 biji bawang besar dipotong bulat
4 biji lada merah/hijau yang besar
10 helai daun kari
Cara masak resepi ayam kicap mudah :
#1: Goreng separuh masak ayam dengan garam. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Api kecil
#2: Masuk air asam jawa, air dan biarkan mendidih pecah minyak. Tambah gula garam serbuk perasa dan kicap .Sesuaikan rasa hingga sebati.
#3: Masukkan ayam dan gaul biar sebati. Tambah bawang besar, lada besar dengan daun kari. Masak hingga bawang layu.
Memang bertambah la makan dengan nasi putih. Tak perlu lauk lain dah. Cukup ayam kicap ni . Selamat mencuba tau.
Tauge adalah sayur yang sangat mudah didapati dan boleh diperolehi dengan harga yang murah. Walaupun ringkas, tapi sayur ni sangat sedap dan boleh dipelbagaikan cara masakannya. Salah satu menu yang sedap ialah Tauge Tumis. Tak perlu masak lama pun. Sekejap sahaja dah siap. Ditambah pula dengan campuran aneka makanan laut, menambahkan lagi keenakan menu ni. Anda boleh cuba!
TAUGE TUMIS MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
300gm tauge
100gm kucai
10 ekor udang saiz sederhana
2 ekor sotong saiz sederhana
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
3 ulas bawang putih | dicincang halus
Serbuk lada putih secukup rasa
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang utih sehingga garing.
Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak sehingga separuh masak.
Masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada putih dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai. Perasakan dengan garam jika perlu.
Info chef: Elakkan memasak tauge dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan kurang enak.
Keenakan hidangan Yong Tau Fu terletak pada kuahnya. Jika sedap kuahnya, maka sedaplah Yong Tau Fu tu. Bagi peminat sajian ini, pastinya setiap kali ke pasar malam anda akan beli.
Jika anak-anak ramai, jenuh juga nak membayar. Mahal! Oleh itu jom belajar buat sos Yong Tau Fu yang sedap, mudah dan tak guna kos yang besar. Memang puas makan!
KUAH YONG TAU FU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan cili boh ( nak guna cili serbuk pun bleh)
4 sudu makan gula merah
1 inci belacan ( bakar terlebih dahulu )
3 sudu makan sos tiram
Sedikit sedap rasa / serbuk pati ayam
Garam
2 cawan air
2 sudu makan kicap pekat
Sos ikan secukupnya (boleh abaikan)
2 sudu makan minyak
Bancuhan tepung gandum secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah bersama air hingga larut. Tapis. 2. Masukkan semula air gula ke dalam periuk. Tambahkan cili boh, belacan, sos tiram, serbuk perasa, garam, kicap pekat, sos ikan ( jika suka) dan minyak masak. Masak guna api perlahan hingga mendidih. 3. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung ikut kepekatan kuah yang digemari. Andai kuah terlalu pekat, tambah air. 4. Biarkan kuah masak lama sedikit supaya rasanya lebih sedap. Rasa masam dan manisnya agar seimbang. Jika kurang manis, boleh tambah gula biasa. 5. Padamkan api dan boleh nikmati bersama aneka bahan-bahan Yong Tau Fu seperti tauhu kering, kek ikan, aneka bebola dan sebagainya.
6. Untuk rasa lebih enak, tabur bawang goreng yang dikisar kasar untuk dapatkan rasa lebih enak.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.