Suka makan Salad Buah? Jika ya, resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni antara yang anda boleh cuba. Menggunakan campuran buah-buahan segar dan dinikmati bersama sos enak. Hmm…Tengok gambar je pun dah terliur. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.

 

SALAD BUAH PALING SEDAP

IKLAN

Resipi Salad Buah Berkeju Super Sedap & Citarasa Mewah.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 biji buah tembikai susu ( honeydew)
  • 1/2 biji buah tembikai
  • 200gm buah mata kucing @ longan
  • 1 biji buah nanas
  • 1 biji buah naga
  • 200gm buah anggur
  • 160gm susu pekat manis
  • 160gm yogurt Greek
  • 160gm mayones
  • 200gm keju cheddar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Potong buah-buahan berbentuk dadu kecil. Buah anggur dibelah dua dan buah mata kucing dibuang bijinya. Campurkan kesemua buah dan gaul rata.
  2. Dalam bekas berasingan, campur susu pekat manis, yogurt dan mayonis. Kacau sebati.
  3. Tuang sos tadi ke atas campuran buah.
  4. Seterusnya, parut keju cheddar di atas buah dengan secukupnya.
  5. Sejukkan salad buah sebelum dinikmati.

Resipi Salad Buah Berkeju Super Sedap & Citarasa Mewah.

Kredit resipi & foto: Ig Mak Frida @fridajoincoffee

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI