Roti Paung Terengganu memang sedap tak terkata. Dapat pula makan panas-panas bersama secawan teh atau kopi, memang nikmat yang sukar digambarkan. Kalau anda rindu rasa roti gebu dari Pantai Timur, inilah resipi yang wajib dicuba. Saudari Ariana Sofia Ahmad ada kongsikan cara buat Roti Paung Terengganu yang mudah dan hasilnya lembut serta gebu walaupun uli guna tangan je. Memang puas hati!

Resipi Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!

Bahan-Bahan Roti Paung:

  • 2 cawan tepung roti (boleh beli online di sini)
  • 3/4 cawan air suam
  • 11gm yis (beli online di sini)
  • 1 biji telur
  • 4 sudu makan gula (beli online di sini)
  • 3 sudu makan mentega (beli online di sini)
  • 3 sudu makan susu tepung (beli online di sini)
  • 1 sudu teh bread softener / pelembut roti (beli online di sini)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji kuning telur – untuk sapu atas roti

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!

Cara Membuat Roti Paung Terengganu:

  1. Masukkan air ke dalam bekas. Tambahkan yis, susu tepung, gula dan garam. Kacau hingga sebati.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  2. Rehatkan campuran hingga yis berbuih. Balut bekas dengan plastik.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  3. Dalam bekas lain, masukkan tepung, pelembut roti dan mentega. Gaul rata menggunakan tangan.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  4. Bila dah sebati, masukkan telur dan kacau semula.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  5. Masukkan pula campuran yis tadi dan adun hingga menjadi doh lembik.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  6. Letakkan doh atas papan, taburkan sedikit tepung (anggaran 1 sudu makan) dan uli hingga doh lembut serta tidak melekat di tangan.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  7. Letak doh dalam bekas yang disapu minyak, balut dan biarkan kembang dua kali ganda.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  8. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan bulat kecil.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  9. Susun doh dalam loyang, biarkan ruang antaranya supaya boleh mengembang. Balut dan rehatkan selama 30 minit.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  10. Bila doh dah naik gebu, sapu kuning telur di atas permukaan roti.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  11. Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit (masa bergantung pada jenis ketuhar).
  12. Bila siap dibakar, sapu sedikit mentega atas roti untuk rasa lebih lembut dan berkilat.Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
  13. Roti Paung Terengganu siap dihidang! Nikmati bersama teh O atau kopi panas. Memang padu!

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!

Tip Tambahan Roti Paung:

Untuk hasil lebih lembut, uli doh sekurang-kurangnya 10–15 minit hingga licin. Anda juga boleh gantikan mentega dengan marjerin jika mahu rasa yang lebih ringan.

Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad

Kenapa Roti Paung Terengganu Popular?

Roti Paung Terengganu bukan sekadar roti biasa — teksturnya yang lembut, gebu dan beraroma mentega menjadikannya kegemaran ramai. Ia sering dihidang panas bersama kopi, menggamit kenangan zaman dulu di kampung. Kini, anda pun boleh hasilkan roti paung yang sama lembut dan wangi di rumah dengan resipi mudah ini!

Jadi, kalau anda teringin rasa roti gebu ala Pantai Timur, jangan tunggu lagi — cuba Resipi Roti Paung Terengganu terlajak lembut ini hari ini juga. Confirm menjadi!

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak

Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba

5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Ads

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau

Ads

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI