Hari pertama puasa pastinya kita mahu menyediakan hidangan yang enak-enak. Malah ramai akan memasaknya dengan kuantiti lebih untuk disedekahkan kepada jiran atau memanggil keluarga berkumpul berbuka bersama.
Antara juadah yang menarik untuk kita sediakan esok hari adalah rendang ayam pencen cili hijau. Boleh ikut terus resipi yang dikongsi oleh Nazri Mat Zain kerana sukatannya untuk lima ekor ayam.
Bahan-bahan
5 ekor ayam pencen -dibersihkan
1 1/2kg santan pekat
400g kerisik
Sebiji gula Melaka
Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa
Bahan kisar
10 biji bawang besar
2 labu bawang putih
15 batang serai
100g lengkuas
150g halia
6 biji Buah keras
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
200g kunyit hidup
300g cili akar/cili padi
300g cili hijau
Ads
Cara membuat:
1. Bahan yang siap dikisar terus masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam. Kacau
2. Guna api perlahan, masak hingga mereneh sambil-sambil kacau dalam sejam.
Ads
3. Selepas itu itu masukkan santan pekat, kerisik, gula Melaka, garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.
4. Sekiranya minyak tidak kelihatan (jika gunakan santan kotak) masukkan minyak masak supaya rendang nampak berminyak.
5. Bila ayam sudah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau rata dan tutup api.
Ads
Rendang ini dimasak dengan api perlahan selama 4 jam supaya betul-betul lembut daging ayam.
Kalau makan sup ayam di restoran Thai, rasanya sup ayamnya masam-masam kan? Beza dengan selalu yang kita buat. Sedap kalau dapat hirup kuahnya. Kalau anda nak masak sendiri di rumah, boleh masak ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Vidda Waheda Ismail ini.
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan cili. Campurkan hirisan lemak ayam dan tumis sehingga wangi.
2. Tambahkan air dan perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam. Tutup periuk dan biar ayam masak seketika. Kemudian, masukkan saderi dan lobak merah.
4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan air asam limau nipis.
Tidak semua orang akan suka makan ayam pencen, namun masih ada peminatnya. Tekstur ayam pencen tidak sama dengan ayam biasa kerana ayam pencen ni biasanya lebih liat.
Menerusi perkongsian saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, masakan yang sesuai dengan ayam pencen ialah masak rendang!
TONTON Dapur Rasa Live:Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARA-CARA:
1. Ayam pencen dah siap salai. Bau dia semerbak, tapi kalau makan terus ni, mungkin tertanggal gigi dan terseliuh rahang. Kulit dia pun liat. Sebab tu kita masak rendang, reneh dia sampai lembut.
2. Bahan-bahan tadi, kecuali daun limau dan daun kunyit, kita kisar halus. Gunakan air, jangan guna minyak. Masakan kita ni tak gunakan minyak langsung.
3. Sambil kisar, sangai jintan manis. Sangai sampai aroma dia semerbak. Kalau malas sangai, guna sahajalah serbuk jintan manis. Nak letak jintan manis dan ketumbar? Boleh juga.
4. Masukkan jintan dalam pengisar. Campur sekali dengan bahan-bahan tadi. Kisar sampai lumat.
5. Itu dia! Bahan kisar kita letak dalam kuali. Hidupkan api. Godek-godek sikit, sampai panas. Oleh kerana tak ada minyak, kena hati-hati, sentiasa kacau,jangan biar sampai hangit.
6. Ok dah boleh masukkan ayam salai yang telah dipotong kecil. Digalakkan potong kecil supaya cepat lembut. Jangan risau, ayam pencen ni tak hancur punyalah.
7. Letak santan dan masukkan air semangkuk atau sehingga ayam boleh tenggelam.
8. Lebih kurang macam ni (dalam gambar). Ha, masa ni bau dia dah sedap. Terbayang ayam salai masak lemak cili api. Bahan-bahan pun lebih kurang, kan? Sekarang kita reneh 1-2 jam. Nak cepat guna periuk tekanan.
9. Masukkan asam keping, garam, gula secukup rasa. Biar seimbang semuanya. Ayam salai saya tadi, dah ada garam sikit, jadi kena kurangkan sikit garam tambahan.
10. Bila dah hampir kering, masukkan hirisan daun limau dan daun kunyit. Barulah wangi rendang kita ni! Bau segar je. Masak lagi sampai kering.
11. Ada orang dah anggap kering macam ni (dalam gambar) kira dah jadi. Ada yang suka betul-betul kering. Terpulang pada citarasa masing-masing. Saya suka sampai betul-betul kering. Baru padu!
12. Dah siap! Pedas, wangi, dan ada aroma salai. Nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan? Makan dengan nasi, ketupat, atau lemang, memang terangkat! Ini alternatif terbaik untuk pelbagaikan hidangan raya.
Anda yang tidak suka lauk pauk yang pedas, idea masak Opor Ayam Kampung ni boleh dicuba, kalau tak ada ayam kampung boleh je guna ayam biasa yang diberi di pasaraya. Rasa lebih kurang je . Cuma kalau ayam kampung tu rasanya lebih pejal dan sedap. Menu ini mudah disediakan dan tak pedas, sesuai sangat kalau disajikan untuk anak-anak. Selain sedap dimakan dengan nasi putih, ia juga enak dihidangkan bersama nasi impit atau roti.
OPOR AYAM KAMPUNG BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam kampung | potong sederhana, bersih dan toskan. 3 helai daun salam 2 batang serai | titik 2cm lengkuas 2 sudu teh garam 1 sudu teh gula pasir 1 sudu teh serbuk perasa ayam 1250ml air 200ml santan pekat/kotak 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis BAHAN KISAR HALUS: 9 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 7 biji buah keras 2cm halia 3cm kunyit hidup | bakar 1cm kencur 2 helai daun limau purut 1/2 sudu teh lada hitam biji
CARA MEMBUAT: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga wangi. 2. Masukkan ayam, kacau rata. Masak hingga kecut. 3. Masukkan air, daun salam serai dan lengkuas. Masak hingga ayam empuk. 4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa ayam. Tambah air jika belum empuk. 5. Tambahkan santan ke dalamnya dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan cukup rasa. 6. Opor Ayam Kampung sedia dihidangkan.