Sedapnya Puding Tutti Fruityni. Sangat mudah untuk membuatnya. Anak-anak pasti suka. Resipinya juga sangat senang dan tidak menggunakan banyk bahan. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan boleh dihidang di sebarang majlis. Filling juga boleh letak mengikut selera masing-masing. Warna warni yang menarik bahkan rasanya juga enak. Saudari Noor Faezah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
Lagi satu biskut senang buat dan tak perlu acuan, adun rata bahan kemudian sudukan je atas dulang pembakar. Kandungan bahan mudah diperolehi dan sudah serasi dengan tekak. Hasil kejadiannya juga rangup. Apa lagi bolehlah ajak-anak cuba membuat sama barulah rasa tak jemu menunggu berbuka puasa dan seronok menanti raya. Macam biasa resipi dikongsikan di sini ye.
CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS BAHAN-BAHAN:
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice | tambahan sahaja
Almond cincang | tambahan sahaja
CARA MEMBUAT:
Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak perlu ayak. Kacau sebati.
Adunan memang lembik ye, jangan panik. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari pun boleh. Lepas tu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun boleh. Ikut suka.
Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepas itu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
Siapa saja yang tidak suka dengan lempeng. Makan panas-panas dicicah pula dengan sambal atau makan begitu saja pun sedap. Adunan lempeng yang sempurna akan menghasilkan lempeng yang gebu. Kalau ada yang rasa nak makan untuk sarapan boleh cuba ikut resipi Kaseh Sery ni. Resepi ini turun temurun dari ibunya.
Lempeng
Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air
(adunan tak cair sangat, tak pekat sangat)
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam.
Kuih Nagasari ni kuih tradisional, dulu nenek admin suka buat kuih ni sebab sangat mudah cara penyediaannya, bahan pun murah je yang paling penting kena cari daun pisang. Ada juga resipi yang terus tuang dalam loyang, tapi admin lagi suka yang guna daun pisang barulah aroma kuihnya lagi wangi dan menyelerakan. Resipi yang dikongsikan oleh Zahrah Julidi Facebook ni memang menggunakan daun pisang memang cantiklah kejadiannya. Jom kita cuba!
KUIH NAGASARI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
Pisang nipah (atau boleh je guna pisang lain)
3 cawan santan sederhana pekat (santan segar)
1 sudu gula (jika perlu)
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
Satukan bahan-bahan di atas kecuali pisang kacau atas api kecil hingga masak dan berkilat (adunan kental)
Pisang belah dua, ambil sesenduk kecil adunan.
Letak pisang pastu tutup dengn sedikit lagi adunan tadi…bungkus kemas-kemas, dah siap semua boleh kukus 15 hingga 20 minit dengan api sedang.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!