
Suka makan Puding Pisang Sos Kastard? Resipi yang dikongsi oleh saudari Ummu Maryam ni nampak sangat sedap. Menurut beliau resipi ini dicuba dari perkongsian saudari Linda Zaid. Bagi penggemar manisan, memang berbaloi anda cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Pasti puas hati bila buat sendiri begini. Kalau nak sediakan untuk jamuan makan pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PUDING PISANG SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN:
- Pisang Nangka – digoreng dengan sedikit Planta
- Kismis – beli online disini
BAHAN SOS KASTARD:
- 1 tin susu cair – beli online disini
- 1/2 tin air
- 1 biji kuning telur
- 2 sudu makan tepung kastard – beli online disini
- 2 sudu makan gula pasir – beli online disini
- 1 helai daun pandan – disimpul
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan sos kastard dan masak sehingga pekat. Padam api.
2. Bila sudah suam, masukkan sos kastard ke dalam peti sejuk.
3. Untuk menikmatinya, letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuang sos kastard dan taburkan sedikit kismis. Bahan hiasan terpulang pada selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Ummu Maryam
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Terlajak Sedap, Nasi Goreng Tomyam Ni Masak Guna Rencah Mudah Je
Masak Pais Sotong Ala Utara, Nak Guna Udang @ Ikan Pun Boleh
Kuetiau Goreng Sedap, Resipi Simple Tanpa Perlu Letak Garam & Gula
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Nak Dapatkan Churros Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam.

Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang padulah. Resipi Churros ni memang istimewalah banyak tip dan teknik yang diikongsi oleh pemilik resipinya.
CHURROS
°°°°°°°°°°°°
.
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan air*
- 1 sudu besar mentega/margerin
- 1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
- 1 sudu teh esen vanila*- beli online DI SINI
- Secubit garam*
1 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
1 biji telur B
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan-bahan bertanda * dlm kuali (guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut, biarkan mentega tu cair….
2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan. Terus je balik-balikkan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil.
.
3. Telur pukul sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus aje uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, ulilah dengan tangan sampai betul-betul sebati dan takde lagi ketulan tepung.
Tip : Doh yang cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat dekat tangan.
4. Masukkan doh dalam piping beg. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper (tujuan tak bagi melekat aje)
Sementara dok paip Churros tu, bolehlah la panaskan kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.
6. Sira dgn gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau cecah dalam sos coklat.
SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°°
BAHAN-BAHAN :
- 100gm coklat masakan – beli online DI SINI
- 1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je)
– cairkan secara double boil
Tip nak dapatkan Churros yang best dan menjadi :
1. Ada beberapa resepi Churros yang empunya resipi dah cuba tetapi baginya ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dalam.
Ada resepi saya buat, Churros saya keras macam belimbing besi,sebab tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dah cukup ye, kalau lebih, confirm boleh baling dinding.
2. Masa nak masukkan & tepung, kebanyakan resepi suruh perlahankan api, Tapi saya TUTUP API masa tu.
Ikut petua, jangan uli tepung dengann air yang menggelegak, ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lebih lama…
3. Kalau agak agak doh panas lagi tak boleh uli dengan tangan, boleh je tunggu kejap, no hal Ambil masa anda untuk uli doh untuk uli doh bagi licin ye, tak perlu tergesa-gesa sebab kuih ni takde istilah bantat ke ape…
4. Seeloknya guna piping beg yang tebal kalau tak nak 10 kali tukar bag, kalau piping bag nipis mudah pecah.
5. Guna star nozle untuk corak belimbing yg cantik. Kalau nak guna acuan samprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa, nak gentel aje pun takde masalah.
Saiz Churros saya ni, agak dlm 2 inci setiap satu.
.
6. Pada yg expert pro master boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam paip dulu semua dalam dulang untuk seragamkan. Selepas itu baru masukkan dan goreng baru campak semua sekali dlm kuali, masak pun seragam je.
.
Kredit: BBOS
INGIN MENCARI KUALI ANTI LEKAT, BOLEH BELI ONLINE DI SINI
JOM SEMAK VIDEO MASAKAN MENARIK INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Biscotti & Pastri Puff Menggoda Selera Dari Chef Mohd Shafeeq
Sedap & Mudah. Koleksi Resipi Pastri Buat Penggemar Manisan.
Cara Buat Donut Bomboloni Velvet Sedap Secara Homemade.

Suka makan donut? Anda kena cuba resipi Bomboloni Hot Pink Velvet perkongsian saudari Ainur Aziana ni. Sedap, lembut dan gebu. Memang puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BOMBOLONI HOT PINK VELVET
BAHAN A:
- 1 paket yis ( 11gm)
- 2 sudu maka susu pekat manis
- 1 cawan air suam
- 1 sudu teh emulco red velvet
(campur semua bahan dan biar hingga yis naik)
BAHAN B:
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh bread improver ( pilihan)
- 2 sudu makan marjerin
- 1 sudu teh garam
( campur semua bahan dan ramas hingga jadi serbuk roti)
BAHAN C:
- 250gm krim keju
- Susu pekat manis – sukatan agak-agak
- Gula ising – sukatan agak-agak
- Krim putar ( whipping cream) – pukul hingga kental
(Pukul krim keju, gula ising dan susu pekat manis. Jumlah susu dan gula agak-agak ikut kemanisan yang anda suka. Campurkan dengan krim putar. Sebatikan dan simpan dalam peti sejuk.)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas berisi bahan B. Kacau sebati dan perap. Tak perlu uli lama. Adunan memang agak lembik. Asalkan doh tidak melekat di tangan, sudah dikira ok.
2. Perap doh selama 30 minit atau 1 jam. Tumbuk bagi membuang angin dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan biar hingga naik 2 kali ganda.
3. Goreng doh tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Bila bomboloni dah sejuk, isikan inti ( campuran bahan C) dengan secukupnya. Salut dengan gula (jika suka) dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ainur Aziana
6 Resipi Lauk Pauk Yang Boleh Dihasilkan Dengan Kos Bawah RM15

Tercari-cari menu yang mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya? Resipi-resipi di bawah ini anda boleh hasilkan. Hanya dengan kos yang kurang dari RM15, anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan sotong, ayam, ikan bilis, daging dan hati ayam. Lihat pada bahan utama, nampak macam lauk mahal kan? Tapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Moga idea masakan ini boleh membantu anda menyediakan sajian berkhasiat serta enak buat keluarga. Selamat mencuba!
1. AYAM PERCIK KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul kepak ayam | dipotong dua
- 5 tangkai cili kering | dikisar
- 1 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 1 batang serai | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 1cm lengkuas | dikisar
- Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
- 1/2 biji kelapa | diambil santannya
- 5 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 4 tangkai cili kering | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 1 batang serai | dikisar
- 1 keping asam gelugur
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan kepak ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya kemudian perapkan bersama bahan kisar selama dua jam. Kemudian panggang ayam di atas bara arang sehingga masak. Ketepikan.
- Untuk membuat sos percik, satukan santan bersama bahan kisar dan masak sehingga mendidih dan pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya berketul.
- Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
- Apabila kuah telah pekat, padamkan api dan tuangkan ke atas kepak ayam yang telah siap dipanggang tadi.
- Sedia untuk dihidang.
Info chef: Ayam juga boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
2. HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 350gm hati ayam
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 1 ulas bawang putih | dimayang
- 3 tangkai cili kering | dikisar halus
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Bersihkan hati ayam dan masukkan garam bersama serbuk kunyit dengan secukupnya. Goreng hingga garing dan ketepikan seketika.
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu. Angkat dan tumbuk gorengan bawang tadi hingga lumat.
- Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan kicap lemak manis dan hati ayam. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk mempelbagaikan rasa, boleh juga dicampurkan dengan pedal
BACA JUGA:
12 Resipi Mudah & Terbaik Untuk Masak Ikan Segar. Memang Terasa Manis Isi Ikan!
3. BERGEDIL DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang bersaiz besar
- 250gm daging cincang
- 2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
- 1 labu bawang besar | dicincang halus
- 1 pokok daun sup | dihiris halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
- Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
- Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
- Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
- Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
4. SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm terung pipit
- 50gm ikan bilis
- 30gm cili padi hijau | dikisar
- 2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
- 1cm belacan | dikisar
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
- Seterusnya masukkan terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan tos minyaknya.
- Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan serbuk perasa dan juga garam mengikut cita rasa anda.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Elakkan menggoreng terung pipit dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kurang enak.
ANDA MUNGKIN SUKA:
5. SOTONG REBUS SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm sotong segar
- 1 batang serai | diketuk
- 100ml air
- 3 biji cili padi | jika suka
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam periuk.
- Kemudian tambahkan air dan didihkan. Jika sukakan kuah yang banyak, lebihkan jumlah air.
- Masukkan serai dan cili padi. Biarkan sehingga sotong masak.
- Perasakan dengan garam danserbuk perasa dengan secukupnya.
- Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Menu sihat yang ringkas dan kaya dengan haruman serai
6. IKAN BILIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis
- 1 batang bunga kantan | dihiris halus
- 5 biji cili merah | dikisar
- 2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan ikan bilis dan hirisan bunga kantan. Gaul seketika hingga rata.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika mahukan rasa yang lebih pedas, tambah sedikit cili padi kisar.