Biasa makan Nasi Goreng Tomyam? Rasanya memang sedap sama seperti Mee Tomyam yang biasa kita makan tu. Masam, masin, pedas, semua lengkap. Sekali suap, memang puas. Ditambah pula dengan pelbagai lauk dan sayur dalamnya, memang sangat memuaskan hati. Bagi yang nak masak menu ini untuk keluarga, saudari Noorhafizah Ismail ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!
RESIPI NASI GORENG TOMYAM SEDAP, TAK CUKUP SEPINGGAN
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi 5-6 ekor udang 2-3 ekor sotong – hiris 2-3 biji bawang merah – kisar – beli online disini 2-3 ulas bawang putih – kisar – beli online disini 1 sudu makan cili kisar – bagi nasi goreng warna merah – beli online disini 2-3 helai daun limau purut – hiris 1 batang serai – hiris Cili padi tumbuk secukupnya – jika suka 3 keping kiub tomyam – beli online disini Garam secukup rasa Kubis bunga dan parutan lobak merah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang merah, bwang putih, cili padi dan cili kisar seketika hingga naik bau. 2. Bila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan kiub tomyam, hirisan daun limau purut dan hirisan serai. Kacau sebati. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. 3. Seterusnya masukkan udang. Kacau sebati dan masak seketika.
4. Bila tumisan sudah agak nak kering, masukkan nasi yang telah digemburkan. Kacau seketika. 5. Tambahkan sotong dan juga semua sayur. 4. Masukkan garam secukup rasa. Rasa dulu sebelum letak kerana kiub tomyam sudah memberikan rasa masin. 5. Gaul rata hingga semua sempurna. Nasi Goreng Tomyam siap dimasak dan boleh dinikmati bersama keropok keping goreng.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bihun goreng ‘kosong’ ni nampak ringkas sungguh. Taka da sebarang sayur dan protein. Sedap ke? Eh, jangan pandang sebelah mata ye. Walau pun nampak ‘kosong’ je, tapi sedap tau.
Masakan macam ni memang sesuai untuk anak-anak yang tak suka makan sayur. Kadang anak-anak ni, bila nampak ke sayur terus ‘reject’. Ha…kali ini cuba buat bihun ‘kosong’ ni. Tetap sedap kalau kena cara masaknya.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kiub ayam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi. Masukkan pula pes bihun goreng dan kacau sebati.
Tambah sedikit air. Biar ia menggelegak sekejap. Bolehlah masukkan bihun yang ditoskan tadi.
Tambah sos tomato, mushroom seasoning dan kicap manis. Tak perlu masukkan garam sebab dah ada stok ayam dan kicap. Gaul sebati. Tambah air lagi untuk melembutkan bihun (jika perlu).
Masak hingga bihun kering.Bolehlah angkat. Lepas asingkan anak-anak punya, untuk mak ayah, tabur sedikit cili padi untuk lebih umph!
Kadang kita tak tahu nak masak apa untuk dihidang atas meja makan. Kalau takde idea, jom buat lauk ni. Menyediakan ayam goreng adalah salah satu lauk yang senang dan sedap. Tak kira untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Ayam goreng memang sesuai dihidangkan. Nak buat ayam goreng yang sedap? Nah, RASA kongsikan resipi ayam goreng yang pasti memikat selera.
AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
.
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR KASAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
5cm lengkuas
5cm kunyit
2 batang serai
CARA MEMASAK
1. Masukkan ayam dan bahan kisar halus ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan bahan kisar kasar bersama bahan lain. Gaul sampai rata dan perap selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak yang banyak menggunakan api sederhana. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Daging Utara hidangan yang lengkap untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga. Resipi lengkap daripada nasi, sup dan juga air asam kerisek, menu macam ni boleh dimakan dari pagi sampai ke malam.
Hidangan istimewa dari Utara Malaysia ni memang cukup terkenal. Makan dengan air asam tu memang tambah menyelerakan. Istimewanya air asam ini diletakkan kerisek dengan rasa yang pedas-pedas masam.
Nurul Hawa Nadila Sari berkongsi resipi lengkap daripada nasi sehinggalah air asam kerisek. Buat hujung minggu nanti makan ramai-ramai memang best.
Resepi Nasi Daging Utara & Air Asam Kerisik
NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
Daging ½ kg potong nipis sederhana kecil dan rebus
Beras 5cawan
2 sb rempah kurma
3 sekawan
1sb marjerin
1ulas bawang merah hiris
1ulas bawang putih hiris
1helai daun pandan
Setengah kiub pati daging
Setengah cawan susu cair
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan dan serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum
Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair.
Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik tunggu je sampai masak.
Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
tomato dihiris
bawang merah hiris
3 biji cilipadi hiris
Asam jawa
kerisek
cili merah*
cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam*
Gula*
CARA MEMBUAT:
Tumbuk bahan bertanda * (nak hiris pun boleh atau picit)di atas
Bahan hiris masukkan dalam mangkuk
Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk
Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas-ramas biar sebati
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!