Enaknya andai dapat menikmati Puding Kastard Koktail sejuk di waktu-waktu begini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya sangat ringkas malah tidak mahal. Sangat sesuailah anda hasilkan untuk dinikmati bersama keluarga. Nak cuba? Saudari Mastura Razali ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api. 2. Masak guna api perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul. 3. Masak sampai kastard agak pekat kemudian tutup api. 4. Kemudian masukkan adunan kastard ke dalam acuan atau loyang bersesuaian.
5. Bila kastard telah mengeras, potong menjadi ketulan kecil.
BAHAN B (KUAH): 1 tin susu sejat 4 tin air 1 cawan gula 1 sudu teh garam 2 sudu makan tepung kastard Buah-buahan koktail / sumi/ nata de coco
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan (kecuali buah koktail/sumi/nata de coco) dan masak hingga mendidih. 2. Tutup api dan biarkan kuah menjadi sejuk. 3. Untuk menikmatinya, masukkan kastard yang dipotong tadi ke dalam mangkuk. 4. Tuang kuah secukupnya dan tambah buah-buahan koktail, sumi dan nata de coco.
5. Boleh sediakan awal kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih enak.
Menu makan malam ni kita masak lempeng. Memang kenyang tambah pula dimakan dengan gulai ayam. Nak buat yang gebu, ikut resipi ni. Gerenti bertambah makan. Lempeng ni ikut resepi dekat warung, dapat sekeping pun kenyang. Betul-betul sedap,gebu dan lain dari lain. Cicah dengan sambal pun sedap.
LEMPENG KAMPUNG
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan tepung kentang
Garam
Sedikit ajinomoto -option
1 biji telur gred paling kecil, kalau gred besar kurangkan putihnya
Cara membuat:
1.Satukan semua.Tuang air kalau ikut sukatan cawan mak dalam 4 cawan. Korang boleh agak-agak adunan tu tak pekat dan tak cair. Cara tengoknya masa korang tuang dari senduk adunan tak melekat dekat senduk. Kalau korang rajin tapis la pakai tapis besi tu.
2.Panaskan kuali tidak melekat.
3.Sapu pakai tisu minyak di kuali
4.Tuang adunan sesenduk.Buat bulatan O pakai belakang senduk.Masa ni kecil kan sedikit api.
Breadstik Mix Herb antara menu pilihan yang sesuai buat anda yang sudah mula jemu dengan sajian yang berat. Rangup dikunyah ia membuatkan sajian Breadstick Mix Herb enak dimakan ketika panas-panas. Hendak pula bila ada sup, memang asyiklah menyuap ke mulut. Wangi bau mix herb lagilah membuka selera. Boleh cuba resipi Breadstick Mix Herb seperti yang dikongsikan oleh Hannah Zura
RESIPI BREADSTICK MIX HERB
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – BELI ONLINE Tepung beras boleh ganti dengan tepung bistari jika ada – BELI ONLINE Nisbah anggaran tepung gandum contoh 3 sudu tepung gandum 1 tepung beras (terpulang masing-masing) Telur Serbuk kunyit – BELI ONLINE Mix herb @ oregano herb Lada sulah – BELI ONLINE Lada hitam jika suka – BELI ONLINE Garam/perasa Air
CARA MEMBUAT:
1.Bancuhan buat jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.. Biar sampai coating tu elok lekat pada roti
2. Bancuhan ini pun boleh digunakan untuk gorengan lain.
3. Terpulang pada anda untuk buat bancuhan macam mana.
4. Gaul sebati semua. Ini kalau ada sup, memang sedap kalau dicicah.
Teringin nak makan kek butter zaman mak-mak kita dulu. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan cara buatnya juga mudah. Inilah sebab ia menjadi kesukaan ramai. Teksturnya sangat lembut dan gebu. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Rozel ini. Mesti korang puas dan tak berhenti makan sebab rasanya yang sedap.
#oven di panaskan terlebih dahulu#
1.Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih
2.Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi dlm 3 minute
3.Masukkan tepung gandum
4.Masukkan baking powder dan pukul lagi
5.Masukkan esen vanila dan pukul lagi
6.Sediakan loyang, sapu mentega di dalam dan keliling
7.Tuang adunan..ketuk-ketuk sikit biar sama rata dalam loyang
8.Bakar dalam suhu 175°c /45-50 minit bergantung pada oven.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...