Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau hanyir telur ayam. Jadi, kalau nak puding karamel lebih sedap, ini resipi kami kongsikan tanpa telur ayam. Lebih mudah dan bebas bau yang kurang menyenangkan.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Ads
Bahan A (Gula Hangus)
• 3 sudu besar gula pasir
• Sedikit air
Bahan B (Puding)
• 1 peket agar-agar serbuk 10 gram
• 4 cawan air
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/2 cawan susu pekat manis
• 1 tin susu cair
• 1 sudu kecil esen vanila
Ads
Cara membuat
1. Untuk membuat gula hangus, letakkan Bahan A dalam kuali dan panaskan atas api sederhana. Biar sampai gula nampak hangus sikit-sikit. Kemudian angkat dan masukkan dalam loyang. Ketepikan.
2. Untuk menyediakan puding pula, campurkan semua Bahan B dalam periuk. Masak guna api sederhana. Sentiasa kacau untuk elakkan berketul.
3. Lepas adunan menggelegak dan nampak pekat, tutup api dan curahkan adunan puding dalam loyang gula hangus tadi. Biarkan adunan mengeras.
4. Bila adunan telah suam boleh letak dalam peti ais untuk lebih cepat mengeras.
6. Kemudian terbalikkan puding supaya gula hangus berada di atas. Sedia untuk dimakan
Sayang kalau roti tu dibiarkan tamat tempoh. Selain dijadikan puding, anda juga boleh buat roti kering menggunakannya. Krup..krup rangup. Memang layan! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..tak nampak dah orang kanan kiri. Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
ROTI KERING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya, mudah pula membuatnya.Esok hujung minggu beli santan lebih sedikit. Boleh buat 5 ‘dessert’ Melayu tradisional yang menceriakan hari minggu anda sekeluarga. Jom ‘try’ ya…
1. ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuah :
CARA MEMASAK : 1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk. 2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa. 3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil 4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya. 5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan. 6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi. 7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan. 8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak.
Cara buah kuah : 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul. 2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi 3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.
Saiz hidangan : 20 biji Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih inisejuk atau panas.
2. BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK : 1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu makan minyak masak (untuk cepat empuk). 2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir 3. Masukkan gula Melaka yang diracik, kacau hingga gula larut dan sebati. 4. Masukkan isi durian, masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. 5. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api. 6. Setelah siap bolehlah dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Bubur kacang hijau jadi makanan lepas buka istimewa terutamanya waktu moreh
INFO CHEF : Tambahan durian mengenakkan bubur kacang hijau. Mudah dan ringkas disediakan.
3. AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja. 2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati. 3. Pukul sedikit telur bersama santan. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti. 4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit. 5. Tuang ke dalam acuan kecil dan sejukkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 10 minit Cara memasak : Didih dan didinginkan dalam peti sejuk Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa santan berlemak dan daun pandan beraroma wangi
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk. Jika mahukan warna, boleh sahaja meletakkkan pewarna hijau atau gunakan gula Melaka untuk warna perang untuk agar-agar santan gula Melaka
4. PENGAT DELIMA DENGAN BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
1. Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3. Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
5. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN :
Bahan gula Melaka:
CARA MEMASAK : Cara masak sagu : 1. Masak dalam api perlahan dan sentiasa kacau hingga sagu kembang. 2. Toskan dan bilas untuk buang kanji dan kemudian sejukkan. Cara masak gula Melaka : 1. Masak semua bahan dalam api perlahan sehingga gula melaka cair . 2. Reneh hingga pekat, sejukkan. Cara penyediaan : 1. Sudukan sedikit sagu dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuangkan susu perlahan-lahan 3. Tuangkan sedikit sirap gula Melaka sedikit atau ikut kemanisan yang anda suka.
Saiz hidangan : 4 mangkuk kecil Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Sedap dimakan dingin, lemak manis.
INFO CHEF : Boleh gunakan santan gantikan susu. Masakkan santan sekejap dengan daun pandan dan sedikit garam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda pernah pergi ke Thailand dan Indonesia, pasti ada ternampak bebola ubi kopong dijual di jalanan. Boleh dikatakan, bebola ubi kopong ini sebagai snek yang biasa dijual sebagai street food.
Rasanya manis dan kenyal. Apabila digigit, terasa rangup dan akan nampak ruang kosong di tengah-tengahnya. Sebab itulah namanya kopong. Sedap dimakan panas-panas. Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
2 cawan ubi keledek oren (direbus & dilenyek)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk penaik
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan semua bahan.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh sehingga habis.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana. Masukkan bebola ubi apabila minyak telah benar-benar panas.
5. Apabila bebola ubi sudah kekuningan, layang-layangkan dan tekan-tekankan bebola tersebut dengan menggunakan belakang sudip. Tidak perlu risau bebola akan penyek kerana bebola akan kembali kepada bentuk asal.
6. Goreng sehingga bebola berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap.
Berdarah keturunan bangsawan dari Negeri Perak, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah yang juga merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-9, Tun Ramli Ngah Talib ini ada berkongsi resipi untuk membuat Rendang Dinding Perak ini.