Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
1 paket kulit popia( 50 keping)
1 biji sengkuang saiz sederhana
3 batang lobak merah saiz sederhana
2 sudu makan udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat.
3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji):
5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.)
15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
2 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk perasa
2 sudu makan bijan
5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air.
3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
Ads
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili.
2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat.
3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik.
4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Tak tahu nak masak menu apa untuk juadah minum petang? Nah, RASA bawakan 10 resipi mudah minum petang untuk hidangan bersama sekeluarga.
Resipi yang terdiri daripada kuih muih sama ada kukus atau bergoreng, dan juga kek yang pastinya sangat sedap!
10 resipi mudah minum petang ini, yang dikongsikan Khairunnisa Mohammad, sesuai buat ibu-ibu yang mahukan hidangan yang simple, tetapi menarik dan juga sedap.
CHURROS
BAHAN-BAHAN:
1+1/2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1+1/2 cawan air 125g mentega – beli online di sini 3 biji telur Secubit garam Gula Cinnamon powder (saya ganti dengan Milo) Nutella/Chocolate spread (untuk dip)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan air. Masukkan mentega dan garam. Kacau sebati. Masukkan tepung. Kacau sampai tepung tu masak, lepas tu tutup api. 2. Kacau-kacau lagi sampai suam sikit. Bila dah suam, masukkan telur satu-persatu sambil kacau. Pakai senduk kayu je ye. 3. Kacau sampai telur tu betul-betul rata/sebati dengan doh. Doh yang dah siap, masukkan dalam piping bag. 4. Panaskan minyak. Paip dan gunting ke dalam minyak panas. Goreng sampai kekuningan. Toskan. 5. Tabur gula+cinnamon powder. Siap untuk dimakan dengan Nutella/chocolate dipping.
APAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur 1/3 cawan brown sugar/gula putih – beli online di sini Secubit garam 1 sudu kecil esen vanila 4 biji pisang (kalau saiz kecil, jadikan 6 biji) 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking soda 1 sudu kecil baking powder ½ cawan minyak masak – beli online di sini
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan gula, garam dan esen vanila. Whisk sampai gula larut. 2. Kemudian lenyekkan pisang. Masukkan dalam adunan telur dan whisk sebati. 3. Kemudian ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder ke dalam adunan tersebut. Whisk sebati. 4. Akhir sekali masukkan minyak. Whisk sebati sampai nampak pekat. Masukkan ke dalam acuan yang dah disapu minyak. Tuang sampai penuh acuan. Kukus selama 15 minit, api perlahan.
APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar marjerin – beli online di sini 1 sudu kecil baking soda 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil esen vanila 3 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini 4 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Cairkan gula dalam kuali. Bila gula dah jadi perang, masukkan air panas. Kacau sebati kemudian masukkan marjerin. 2. Kacau sampai mendidih. Tutup api dan biar sejuk. Dalam bekas, pecahkan telur dan whisk. 3. Masukkan esen vanila dan susu pekat manis, whisk lagi. Masukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder. Whisk sebati. 4. Tuang air gula yang dah sejuk dan whisk sebati. Jangan tuang masa panas. Perap selama 15-20 minit. Jangan tak perap. 5. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Boleh kukus dalam loyang atau acuan. Kalau guna acuan, dapat dalam 22 biji apam. 6. Penutup pengukus tu balut dengan kain. Kalau air menitik atas apam, nanti apam jadi bantat, tak mahu naik. Telur mesti guna yang segar juga. Kalau nak pakai mixer, silakan. Tapi jangan pakai pengisar. Takda mixer, whisk pakai tangan je.
KUIH PENERAM
BAHAN-BAHAN:
250g tepung beras cap gajah 3 190g gula merah 80ml air 80ml santan pekat
1. Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api. 2. Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye. 3. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun. 4. Perap adunan minimum 5-6 jam. Saya perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk. 5. Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (saya buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi). 6. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas. 7. Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau perlahan pun takpa. Sekali goreng dapat 2-3 biji je. 8. Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu. 9. Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resepi tak letak pun. Ada juga yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. Jadi ikutlah masing-masing ye. 10. Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. 11. Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. Saya sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
BUTTER CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur Gred A 250g mentega 250g cream cheese 200g gula 210g tepung superfine (diayak dengan baking powder) 1 sudu kecil esen vanila 1+1/2 sudu kecil baking powder 80ml susu segar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix gula, mentega dan cream cheese hingga putih/gebu. Masukkan telur satu-persatu dan mix sebati. 2. Masukkan esen vanila dan sambung mix. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci. 3. Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam atau sehingga masak. Api atas bawah. Bila dah masak, keluarkan loyang dari ketuhar dan hentakkan loyang. Potong masa kek dah sejuk.
NOTA: *Nak kek tinggi, pakai loyang 7 inci. *Cream cheese letak dalam 150g pun ok dah. Tapi kalau nak letak 250g, sedap lagi. *Masa 1 jam tu cadangan saja. Kalau lepas 1 jam tak masak lagi, tambah je masa. Cucuk tengah kek tu. Kalau tiada adunan lekat, masak dah tu. *Tiada tepung superfine, tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder jugak. Tapi sedap lagi tepung superfine.
DONAT SATU CAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik) 1 biji telur 1 sudu kecil yis (sudu KFC) ½ sudu kecil baking powder 1 sudu besar gula ¼ cawan air suam
1. Campur semua bahan. Gaul dan uli sekejap. 2. Lepas tu masukkan ½ sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. 3. Perap 1 jam. Lepas perap, bahagikan kepada 8-10 bahagian kecil. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah. 4. Perap lagi 30 minit. Lepastu goreng. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
PAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
360g tepung pau 4g instant yeast 35g gula 35g minyak 200g susu segar suam/air suam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur semua bahan ni dalam bekas. Gaul dan uli. Pastu perap 20 minit. Pastu canai rata. Lipatkan. 2. Ulang langkah ni beberapa kali. Pastu bentukkan jadi bentuk silinder memanjang. Potong sama besar kepada 16 bahagian. Canai rata setiap doh tu. 3. Bahagian tepi canai nipis lagi. Tebalkan yang tengah. Lepastu boleh masukkan inti suka hati anda. 4. Pastu bulatkan ikut korang macam mana. Saya tak reti buat bentuk pusing-pusing tu. Pastu perap 30 minit. Kukus 15 minit. Siap.
KEK MARJERIN
BAHAN-BAHAN:
250g marjerin 200g gula halus 210g tepung naik sendiri 80ml susu segar/susu cair 5 biji telur gred C 1 sudu kecil esen vanila Perisa pilihan masing-masing
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix marjerin, gula, dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur satu-persatu. Mix sebati. 2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mix, diselang-selikan dengan susu. Bahagikan kepada perisa yang kita suka. 3. Tuang adunan dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 170°C selama 50 minit atau sehingga masak. Api atas bawah.
CARROT CAKE
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak merah saiz medium | disagat 3 biji telur gred A 150g gula kastor 150g tepung gandum 1 sudu kecil garam 125ml minyak 1 sudu besar sunquick/lemon juice 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil baking soda 250g cream cheese Susu pekat manis secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix telur dan gula hingga gebu/putih. Masukkan minyak dan sunquick kemudian mix sebati. 2. Ayak tepung gandum, garam, baking soda dan baking powder ke dalam bekas telur yang telah dipukul. Kacau rata menggunakan spatula sahaja. 3. Kemudian masukkan lobak merah dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam loyang 8x8x2. 4. Bakar pada suhu 170°C selama 1 jam. Api atas bawah. Bila kek dah masak, sejukkan dulu. 5. Mix cream cheese dengan susu pekat manis. Kemanisan ikut selera masing-masing. Boleh tambah jus lemon jugak kalau nak. Paip atau ratakan cream cheese atas kek. 6. Kek ni kalau makan macam tu saja pun sedap dah. Sebab keknya sangat gebu dan lembut. Tak perlu tambah cream cheese. Tapi kalau nak topping, boleh je tambah.
CUPCAKE TANPA TELUR
BAHAN-BAHAN:
210g tepung gandum serbaguna 150g gula halus 1 sudu kecil serbuk penaik Secubit garam 75ml minyak masak 250ml air suam 1 sudu kecil esen vanila Perisa pilihan (optional)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180°C. Campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata. 2. Campurkan air suam, esen vanila dan minyak di dalam cawan. Kacau sebati. 3. Tuang campuran tersebut ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul. 4. Tuang adunan ke dalam cup. Saiz medium akan dapat dalam 12 cup. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180°C. 5. Saya letak sunquick sikit tadi nak bagi rasa dan warna oren sikit. Lepas tu masukkan chocolate chips. Anda boleh pilih nak masukkan perisa pandan atau apa-apa yang sesuai.
Sedapnya Kuih Bom Bijan Keledek ni. Jika bab resipi kuih muih tradisional, resipi-resipi perkongsian Opah Mas Cotek memang terbaik. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Beliau juga tak berkira untuk berkongsi tip buat semua. Bagi anda yang sukakan Kuih Bom Bijan, boleh cuba resipi perkongsian opah ni. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa sama ada nak guna inti kelapa atau inti kacang. Dua-dua sedap. Kata Opah, kuih ini beliau goreng lama sedikit. Hasilnya ia jadi garing diluar dan lembut di dalam. Inti pun penuh. Memang puas makan. Jom cuba!
Dalam penghasilan karipap, doh adalah bahagian yang paling penting. Jika kulit karipap tersebut rangup, rapuh dan enak, memang sedaplah kuih tersebut. Tak puas makan! Jadi bagi anda yang nak belajar cara-cara buat kulit karipap yang kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil. Menurut beliau, karipap ini adalah antara yang menjadi kegemaran kawan-kawan serta pelanggan setia beliau. Wow, memang kena cuba!
CARA-CARA BUAT DOH KARIPAP RANGUP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan daun sup cincang.
2. Kemudian masukkan minyak, planta yang dah dipanaskan dan air kapur.
3. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk. Setelah sedikit sejuk, barulah diramas dengan tangan hingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
4. Seterusnya masukkan air dan uli.
5. Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas tepung dama 10-15 minit. Perap dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
6. Kemudian bolehlah dicanai dan diisi inti kegemaran masing-masing. Bentukkan seperti karipap dan goreng hingga masak.