Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari Hazirah Zaihan yang boleh dicuba. Persis Popia Sira Sambal yang kita beli di pasar malam. Memang sedap. Popia yang rangup, sambal yang likat bersalut. Memang best lah. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
1.Panaskan minyak dan tumis udang geragau sebentar. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis lagi hingga wangi. 2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata. 3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Goreng sekejap kemudian tutup api. 4. Angkat inti tadi dan masukkan ke dalam tapis untuk toskan air dan minyak. Ketepikan.
5. Untuk menyediakan sambal, tumis bawang putih hingga wangi. 6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 7. Masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata dan masukkan gula. 8. Tumis sambal sampai berbuih kemudian masukkan bijan. Kacau rata dan tutup api. Biarkan sambal sejuk. 9. Bila inti sudah sejuk, isikan pada kulit popia dan gulung seperti biasa. 10. Panaskan minyak guna api sederhana dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak. 11. Bila popia sudah sejuk, gaulkan dengan sambal sira tadi. 12. Tabur bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.
Masakan Chinese Style yang ringkas tapi penuh dengan bahan-bahan menarik. Hidangan mi berkuah mempunyai rasa ringan dan jika hendak rasa pedas boleh sediakan cili potong kicap.
BAHAN-BAHAN:
1 paket yee mee
3 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang putih ] dicincang
200gm ayam ] dihiris
100gm udang basah ] dibuangkan kulit
1 keping kek ikan ] dipotong nipis
1 cawan air rebusan ayam
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan sos tiram
100gm lobak merah ] dipotong kecil dan panjang
100gm brokoli ] dipotong
100gm bunga kubis ] dipotong
2 sudu makan tepung jagung ] dibancuh dengan air
1 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga agak wangi dan masukkan ayam, udang dan kek ikan.
Masukkan air rebusan ayam, air, lada sulah, sos tiram, dan lobak merah.
Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan air dan kacau rata supaya tidak bergentel.
Campurkan brokoli dan bunga kubis. Perasakan dengan garam secukupnya. Tutup api dan kacau.
Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Nasi goreng yang paling cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah. Menjimatkan masa bagi mereka yang ingin cepat makan sebab terlalu lapar dan menjimatkan duit. Sesuai untuk orang bujang nih maklumlah dah tengah bulan.
NASI GORENG BERAPI SARDIN SEMPOI & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Nasi secukupnya
1 tin sardin
Garam
Bahan tumbuk :
13 cili padi
2 cili besar
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan yang di tumbuk sampai wangi.
2. Masukkan sardin dan lenyek halus.
3. Kemudian cepat-cepat masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
4. Angkat, sedia untuk dihidangkan.
Info: Jika suka boleh sayuran yang anda suka dan tambah telur goreng atau ikan bilis goreng ranggup.