Resipi pisang muda masak lemak cili Api tempoyak ini memang sedapnya lain macam sungguh. Kalau dimasak untuk hidangan berbuka, mesti bertambah nasi.
Ini memang menu orang dulu-dulu. Dicampur pula dengan ikan bilis dan tempoyak. Nostalgia sangat. Ikut saja perkongsian resipi daripada puan Suisan Alieza ini. Memang menjadi sungguh.
Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping 9saya guna pisang emas). Pisang tu ikut banyak mana yang nak. Kalau lebih daripada sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuahnya nanti.
Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang. Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak.
Ads
Kemudian masukkan garam secukup rasa. Gaul sebati.
Siap! Gandingkan pula dengan ikan goreng. Memang mantap. Selamat mencuba.
Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu. Di Sarawak bunga durian adalah sayur yang cukup disukai. Menurut rakan admin yang berasal dari Sarawak, rasanya garing dan manis.
Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Bunga durian mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
kredit foto: http://resepimasakanmudah.blogspot.my
Sebelum dimasak, ia perlu dibersihkan dengan membuang setiap biji-biji bunga yang ada di hujung bunga durian kerana rasanya agak pahit. Eloknya dicelur atau direbus dalam air panas beberapa minit, kemudian ditoskan dan disimpan di tempat yang kering.
kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/
Bunga durian yang ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak. Dah siap proses ini, anda boleh goreng dengan bawang dan ikan bilis atau boleh juga dimasak sebagai kuah lemak dengan mengikut cara masak lemak sayur yang lain. Jom kita cuba masak bunga durian, mana tahu sesuai dengan selera anda.
Sayur amat penting diambil dalam hidangan harian kerana ia membekalkan zat serta vitamin yang diperlukan oleh badan. Namun tidak ramai yang menggemari rasanya. Salah tu…Hidangan sayur-sayuran, jika kena dengan gaya masakan, memang enak. Malah ada yang boleh dinikmati tanpa perlukan lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan empat resipi sayur yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. TAUGEH IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
150gm tauge kasar
1 keping tauhu | dipotong kecil
3cm isi ikan masin
1 pokok daun kucau | dipotong 3cm
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
INFO CHEF: Guna tauge kasar kerana ia memberikan rasa yang lebih enak.
2. KACANG PANJANG GORENG BERTELUR BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat kacang panjang | dihiris
Sedikit ikan bilis halus
3 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
1/2 biji bawang besar | dihiris nipis
1 keping tauhu | dipotong kecil dan digoreng seketika
1 biji cili merah | dihiris
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris sehingga terbit bau harum.
Masukkan cili kisar. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sedikit air dan juga ikan bilis. Gaul rata.
Seterusnya masukkan kacang panjang, cili merah dan tauhu. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Tambah isi udang untuk rasa yang lebih enak.
3. BENDI GORENG BERCILI BERSAMA DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
20 batang bendi | dihiris serong
5 keping daging burger | dicincang kasar
3 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
2 sudu makan cili kisar
Sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta cili giling hingga garing.
Kemudian masukkan daging burger. Masak sehingga sedikit kecut dan tidak melekat pada kuali.
Seterusnya masukkan sos tiram, garam serta sedikit gula. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Akhir sekali masukkan hirisan bendi. Gaul hingga rata dan semua bahan kelihatan mesra.
Angkat dna sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daging burger, boleh juga menggunakan corned beef.
4. LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang leek | dihiris serong
10 ekor udang segar | dibersihkan
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji cili merah | dihiris serong
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili merah hingga wangi.
Kemudian Masukkan udang. Goreng lagi hingga isi udang separa masak.
Tambahkan kicap, sos tiram, gula, air dan sedikit garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan leek. Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Leek tidak perlu dimasak lama kerana ia akan menjadi terlalu lembik.
Buat peminat K drama, tentu tidak asing dengan makanan yang satu ini. Danmuji atau acar lobak Korea, yang tidak kurang popularnya dibandingkan kimchi. Danmuji disajikan sebagai sajian pelengkap hidangan Korea, seperti ramen atau jjajangmyeon. Danmuji juga boleh dijadikan inti kimbap, iaitu nasi gulung Korea. Rasanya manis dan masam .Bahan asasnya tetap sama iaitu lobak, air, gula, garam dan cuka.Untuk warna kuningnya, ada yang menggunakan kunyit serbuk atau kunyit segar. Buat yang teringin bolehlah buat.
DANMUJI /RADISH PICKLED BAHAN-BAHAN : White raddish (yang gemuk dan panjang) 1/2 sudu kecik serbuk kunyit Air ( agak-agak untuk nak jerukkan raddish tu nanti) 1 sudu kecil cuka ( tak letak pun takpa) 1 cawan gula 1 sudu besar garam 2 helai bay leaves 20 biji black pepper Serbuk kunyit
CARA MEMBUAT :
1. Kopek kulit white raddish dan hiris. Jangan nipis sangat. Tebal sikit baru ada rasa crunchy. 2. Panaskan cuka, air, gula, serbuk kunyit, black pepper dan bay leaves sehingga mendidih. Kemudian matikan api.
3. Masukkan white raddish yang sudah dipotong dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
4. Selepas sejuk, pindahkan ke dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimakan. Kredit:Rozel Linda
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!