Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
IKLAN
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
IKLAN
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
IKLAN
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Oat memang bagus kerana kandungan serat yang tinggi. Sebab itulah oat dianggap sebagai salah satu bahan makanan yang boleh bantu menurunkan berat badan. Namun tak ramai yang mampu nak telan oat sebab rasanya yang kurang menyelerakan. Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Kak Long Faizah berkongsi resipi oat yang sedap namun boleh bantu turunkan berat badan.
Jom ikuti kisah Kak Long Faizah.
Bila facebook throwback gambar Kak Faie sebelum bermula bertukar gaya hidup sihat dan pemakanan sihat ni. Mulalah nak throwback jugak macam mana tekad nya diriku ini. Tiga bulan on off MC aka cuti sakit sebab pergelangan kaki membengkak. Hampir menangis bila nak berjalan pun seksa yang amat tau.
Bila pi satu klinik ni doktor suh buat check darah sebab dia suspek Gout. dah keluar results rupanya daku ada penyakit Rheumatoid Athiritis. Lebih kurang 2 bulan sementara nak hilang sakit selepas dapat ubat yang betul memang seksa sangat. Lepas pergelangan kaki dia serang sendi-sendi di tangan. Nak buat susu, nak tepuk baby twin tidur semua menangis tau. Sakittt.
Alhamdulillah akhirnya amik keputusan nak ubah berat badan nak susut kan badan supaya darah dalam badan jadi elok semula. Agak lama jugak nak sampai ke tahap ni hampir 2 tahun dari berat 91.6 kg kepada 67 kg. Perghhh.
Jom try buat Bubur Oat Lambuk.
BUBUR OAT LAMBUK
.
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah (BELI DI SINI)
1 keping dada ayam (potong kecil)
1 batang lobak merah (potong kecil)
3 sudu besar rolled oat (rendam sekejap)
2 cawan air
2 biji buah pelaga
Lada hitam
Garam (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan ayam dan lobak merah. Tunggu hingga ayam masak.
2. Masukkan rolled oat, 2 cawan air, buah pelaga, lada hitam dan garam. Biar sehingga oat kembang dan masak.
Kombinasi lamb shank dan nasi briyani memang sedap dinikmati sekeluarga. Jika anda peminat kambing pasti puas makan. Resipi yang dikongsi oleh Aishah Muslim ini sesuai untuk enam orang makan.
Lamb shank
(6 orang )
Bahan-bahan: 6 ketul lamb shank atau 2 -3kg kambing / lembu. Seeloknya beserta tulang tulang sedikit. * rebus sehingga lembut (2 – 21/2 jam periuk biasa / 1jam preasure cooker). Simpan air rebusan utk masak nasi & kuah briyani nanti.
Bahan tumis:- 3 biji bawang Holland Segenggam bawang putih 3 inci halia *blend halus semua
Rempah kering :- 2 sudu teh ketumbar 2 sudu teh jintan manis 1 sudu teh buah pelaga *blend kering 2 batang kayu manis sederhana besar 1/2 tin besar tomato puree 3 – 4 sudu makan cili sos 3 – 4 sudu makan rempah briyani kegemaran 1/2 cawan yogurt /susu cair Sedikit gula (jika masak lamb shank /kambing) sedikit daun sup & daun bawang dipotong panjang seinci ( jika ada) Minyak zaitun / ghee / minyak biasa untuk menumis
Cara memasak:- 1.Tumis bahan giling yang dikisar halus tadi sehingga wangi.
2.Masukkan 2 batang kayu manis tadi. Tumis lagi.
3.Masukkan pula bahan rempah kisar kering tadi bersama rempah briyani. Tumis lagi sehingga terbit minyak. 4.Masukkan sedikit air rebusan lamb shank/kambing/lembu utk elakkan rempah tumis dari terlalu kering. 5.Masukkan tomato puree & tomato sos. Kacau lagi. Jika masak lamb shank / kambing masukkan sedikit gula. Jika masak daging lembu tidak perlu gula. 6.Bila sudah kelihatan mesra & berkilat sedikit masukkan pula lamb shank / kambing / daging lembu yang telah direbus bersama 4 – 5 cawan air rebusan lamb shank tadi. Biarkan tanak semua bahan menjadi mesra dan pekat. Jika suka kuah lebih boleh tambah air rebusan lagi. 7.Bila sudah pekat dan tanak, masukkan yogurt/susu cair dan biarkan didih lagi sehingga betul-betul mesra. 8.Perasakan garam dan gula sekali lagi. Tutup api dan taburkan potongan daun sup & daun bawang tadi. Siap untuk dihidang.
Nasi Briyani (6 orang) Bahan-bahan:- 3-4 pot beras basmathi / beras parboiled cuci bersih dan toskan Bahan tumis:- 1/2 labu bawang holland – hiris halus 2 sudu rempah briyani 1 batang kecil kayu manis 1 sudu kecil buah pelaga 1 sudu kecil bunga lawang 2 helai daun salam (jika ada) 2 helai daun pandan (jika ada) Secubit gula Air rebusan lamb shank / daging / kambing Minyak zaitun / ghee / minyak masak untuk menumis Secubit saffron dan rendam dalam 1/2 cawan air suam atau jika tiada saffron boleh guna pewarna kuning sahaja
1 sudu kecil dan larutkan sedikit dengan air
Cara memasak:- 1.Tumis bawang bersama kayu manis, buah pelaga & bunga lawang hingga wangi. Kemudian masukkan pula rempah briyani. Tumis lagi. 2.Masukkan beras dan kacau perlahan sehingga kelihatan jernih. Kacau perlahan beberapa kali sahaja supaya beras tidak pecah. 3.Kemudian masukkan air rebusan lamb shank / daging / kambing tadi mengikut sukatan yang diperlukan. 4.Masukkan sekali daun salam, daun pandan dan tabur secubit gula. Gula akan menjadikan nasi ini tetap lembut dan agak berkilat. 5.Tutup dan masak seperti biasa. Seeloknya api sederhana besar. 6.Bila sudah masak.Tutup api dan kaup balik kan nasi tadi perlahan. 7. Ambil sesenduk kuah briyani yang sudah dimasak tadi dan tabur sedikit demi sedikit di atas nasi berselang seli dengan larutan saffron atau larutan pewarna kuning tadi. 8.Tutup balik periuk nasi dan biar ia mesra sebelum dihidang.
Kredit resipi dan gambar: fb Noraishah Muslim
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI.
Tak lama lagi kita bakal menyambut Ramadan. Bubur lambuk menu kemestian buat mereka yang menggemarinya. Kesedapan bubur lambuk kampung baru memang buat kita terkenang-kenang. Nah buat yang merinduinya, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Datin Shida. Pasti terubat rindu kalian semua.
Bubur Lambuk
Bahan-bahan A
2 pot beras dicuci bersih
Air secukupnya
Bahan-bahan B:-
Bahan tumis :-
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Lada hitam
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Bahan-bahan kisar:-
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu makan udang kering (dikisar)
1 paket rempah sup (dijadikan pes)
300gm daging ( dipotong dadu & nipis)
1 liter santan
2 sudu makan minyak sapi
2 helai daun pandan
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1.Rebus beras dengan air & simpulkan daun pandan masak sehingga beras hampir menjadi bubur
2.Di dalam kuali berasingan panaskan minyak & tumis bahan-bahan B.
3.Kemudian masukkan bahan-bahan kisar & sehelai simpulan daun pandan, tumis hingga naik bau
4.Masukkan rempah sup yang telah dijadikan pes & tumis sehingga naik minyak
5.Masukkan daging yang telah dipotong dadu nipis2-nipis dan kacau rata
6.Campurkan bahan-bahan B ini ke dalam Bahan A dan kacau sebati
7.Apabila bubur dah hampir masak masukkan santan, minyak sapi & akhir sekali garam secukup rasa
8.Hidangkan bersama-sama daun bawang, bawang goreng & daun sup.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour