Anda suka makan nasi goreng? Jom cuba resipi Nasi Goreng Sotong Kunyit yang sangat sedap perkongsian saudari Har Ryea ni. Mudah, sedap dan tentunya membuka selera ramai.
Bagi yang suka makan nasi goreng pedas, boleh letak cili mengikut kepedasan yang disukai. Memang terbaik!
Paling sedap gunakan sotong segar. Barulah lebih enak rasanya berbanding sotong ring atau sotong sejukbeku yang dijual di kedai. Cubalah. Pasti anda puas hati dengan rasanya.
CARA MASAK NASI GORENG KUNYIT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih
Sotong segar
Minyak masak secukupnya
Ikan bilis – beli online disini
Telur
Ajinomoto & garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
BAHAN TUMBUK:
Bawang merah
Bawang putih
Lada merah
Sedikit cili padi hijau
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong, hiris dan masukkan dalam kuali. Buka api perlahan nanti air sotong akan keluar.
2.Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah & sedikit cili padi hijau. Jika suka, boleh sahaja kisar kasar.
3. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan sedikit.
4. Masukkan telur. Bila sudah sedikit masak, hancurkan. Ketepikan juga.
5. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk diikuti aji dan garam. Gaul lagi. Tumis lagi hingga wangi dan sedikit garing.
6. Masukkan sotong yang sudah dikeringkan airnya terlebih dahulu.
7. Tabur sedikit serbuk kunyit. Gaul rata semua bahan-bahan.
Nasi iaitu dari beras basmathi boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan. Lebih-lebih lagi nasi dari negara Arab mahupun Mediterranean.
Kalau masak guna basmathi tu jangan lupa direndam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memasak. Barulah gebu nasi tu. Ni min kongsikan 4 resipi Nasi dari negara Yemen, Turki, Palestin dan Mesir. Boleh jadikan juadah raya.
1. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kiub besar
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
2 biji bawang besar | mayang halus
4 cawan air rebusan daging
3 sudu makan mentega/minyak sapi
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh air rendaman safron
1 sudu teh jus lemon
2 helai daun bay leaf
1 sudu teh biji lada hitam
5 ulas bawang putih
Garam dan gula perang secukupnya
Bawang goreng dan kismis secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi. 3. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak. 4. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak. 5. Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati. 6. Tambah bawang goreng dan kismis jika suka. 7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang Jenis hidangan : Yemen Keistimewaan : Penuh perisa Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
2. NASI KOSHARY RINGKAS
BAHAN-BAHAN A:
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
4 cawan air rebusan ayam/daging
½ cawan tomato puri
½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk
1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
2 sudu makan minyak sapi
4 ulas bawang merah |mayang halus
2 ulas bawang putih | mayang halus
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi. 2. Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging. 3. Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak. 4. Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata. 5. Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Mesir Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Jika ikut resipi asli dari Mesir mereka akan menambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih. Kacang kuda direndam dulu.
3. NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
2 cawan air rebusan daging kambing
2 cawan susu cair
300gm daging kambing | potong dadu sederhana & rebus empuk
2 biji ubi kentang |belah empat
2 biji tomato | potong bulat
1 batang lobak merah |potong bulat
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Kismis & bawang goreng | untuk hiasan
2 – 3 biji telur rebus | pilihan
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 sudu teh jintan putih
BAHAN-BAHAN C:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau. 2. Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak. 3. Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan. 4. Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng. 5. Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Turki Keistimewaan : Rasa daging kambing Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
4. Nasi Maqlubah Kambing
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam
2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 inchi@ 5 sm
4 sudu makan rempah Maqlubah
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 liter air stok daging
2 biji bawang besar /dimayang
10 ulas bawang putih/ diketuk
2 batang kayu manis
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
5 biji cili hijau / potong 1 inci@ 2.5 sm
3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan
CARA MEMASAK : 1. Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya. 2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. 3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. 4. Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis hingga naik bau. 5. Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis hingga pecah minyak. 6. Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halus 7. Didih dengan api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras. 8. Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras. 9. Biarkan mendidih dengan api sederhana dan tutup api sebelum kering. 10. Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu makan minyak masak. 11. Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yang telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli. 12. Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit. 13. Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk. 14. Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dengan hirisan lemon, daun pudina dan tomato.
Saiz hidangan : 8 -10 orang Waktu memasak : 1 jam 45 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Nasi Arab Palestin dan Syria Keistimewaan : Berbeza dengan nasi Arab yang lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sebagai ramuan. Anggaran kos : RM 70
INFO CHEF: Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yang terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.
Nasi goreng ni adalah antara menu yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Pagi atau malam, boleh je makan nasi goreng. Nak buat pun senang. Tapi, kena ingat. Nasi goreng kena dimasak sedap barulah best nak dimakan. Cara tumisnya, cara menggoreng. Dan paling penting tekstur nasi itu pun memainkan peranan. Jangan masak lembik sangat, nanti tak sedap nak digoreng. RASA kongsikan resipi nasi goreng kampung yang simple tapi cukup lengkap cita rasanya.
NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE
Bahan Kisar
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.
Pulut kuning makanan tradisional yang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan untuk majlis-majlis tertentu tetapi jika tekak ingin menikmati tak perlu tunggu samapai ke petang, buat terus ya. Selamat mencuba!
RESIPI PULUT KUNING DIRAJA
BAHAN-BAHAN:
Beras Pulut 1kg ( 10- 15 org mkn )
Santan kelapa sebiji ( 2cwn pati santan)
Daun pandan
Serbuk kunyit babas 1 sudu besar
Asam keping ( 3 keping )
Garam ( 1 sudu teh )
CARA MEMASAK:
Cuci beras pulut sebanyak 3 kali
Rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Kak normi guna serbuk kunyit babas sbb colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.
Kukus beras pulut yg telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit
Kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yg telah diletak 1 sudu teh garam
Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )
kemudian kukus utk kali kedua dgn daun pandan juga selama 20 minit shj.
Siap
RAHSIA KAK NORMI: Kak normi share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam. Okay supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama macam dalam gambar. Selamat mencuba
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...