Resipi Nuget Ayam Kentang Homemade

Share

Kanak-kanak memang suka makan nuget ayam. Jika anak-anak anda pun begitu, anda patut cuba resipi Nuget Ayam Homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nuget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap.

 

RESIPI NUGET AYAM KENTANG HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping dada ayam – kisar tanpa air
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu
  • 4 biji kentang sederhana – rebus, lenyek
  • 1/2 batang lobak merah – sagat. nak letak sayur lain pun boleh
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukupnya

BAHAN SALUTAN TEMPURA:

  • Tepung beras secukupnya – boleh juga salut dengan tepung kfc/bestari. Nak salut guna serbuk roti pun boleh.
  • Telur – dipukul sedikit

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan diatas dan adunan hingga sebati.

 

2. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.

 

3. Bila adunan dah masak, keluarkan dan potong ikut bentuk yang disukai.

 

4. Sediakan bahan-bahn untuk salutan.

 

5. Ambil kepingan nugget ayam kemudian celup dalam bancuhan telur. Kemudian salut pula dengan tepung atau serbuk roti.

 

6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing keemasan.

 

7. Sedia untuk dinikmati.

 

8. Jika ada lebihan, boleh goreng separuh masak, sejukkan, simpan dalam bekas dan sejukbekukan.

 

Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan

IKLAN